Sunday, December 12, 2010

Piala Emas Raja-Raja milik KELANTAN


Kelantan akhirnya berjaya memenangi Piala Emas Raja-Raja edisi kali ini setelah berjaya menewaskan Kedah pada perlawanan akhir td....agak lama juga menunggu keputusan...akhirnya Kelantan berjaya memenagi menerusi penentuan sepakan penalti...Kelantan menang 4-3...alhamdulillah..

Sunday, October 31, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

Sempat bersama2 penyokong menyokong di perlawanan akhir semalam...




Akhirnya setelah menunggu selama 40 tahun sejak kali pertama memasuki perlawanan akhir,Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama...Tahniah diucapkan kepada pemain2 dan staff KAFA dan juga penyokong2 pasukan kelate kito...

Monday, October 25, 2010

Final Piala Malaysia 2010


Akhirnya Kelantan berjaya sekali lagi memasuki perlawanan akhir Piala Malaysia bagi tahun 2010...harap sangat tahun ni Kelantan tidak sia-siakan peluang untuk merangkul kejuaraan...peminat semua dahagakan kejuaraan....yakin boleh The Red Warriors...Gomo Kelate Gomo...

Saturday, September 18, 2010

Tanah kubur (9)

Kemenangan pertama Red Warriors dalam Piala Malaysia 2010.

Malam tadi Kelantan berjaya meraih kemenangan pertama dalam kancah Piala Malaysia setelah kecewa di pertemuan pertama menentang Negri Sembilan di Kota Bharu Selasa lalu...

Dan seperti biasa,kawe telah berkunjung ke Stadium untuk menyaksikan Kelantan menewaskan PKNS FC dengan jaringan tunggal Akmal Rizal...

Perlawanan pada separuh masa pertama agak hambar...tetapi setelah memasuki separuh masa kedua,Kelantan mula melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol lawan...

Akhirnya Akmal Rizal berjaya menjaringkan gol untuk pasukan Kelantan pada minit ke 73...

Tetapi PKNS tidak berdiam diri sahaja,malah cubaan mereka membuahkan hasil apabila berjaya mendapat sepakan penalti...

Pada saat Kelantan memerlukan keajaiban,muncullah Syed Adney menyelamatkan penalti...

Penyokong meraikan kemenangan Kelantan dengan meriah sekali...Tahniah The Red Warriors....


M. Rajoli meninggal dunia ( petikan Kosmo 18.9.2010 )

M. Rajoli meninggal dunia


M.RAJOLI ditemani Hashimah semasa terlantar di rumahnya di AU3 Keramat, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu.


M. Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @ Mohd. Rajab Mohamed yang hampir setahun terbaring di rumahnya di AU3, Keramat di sini, dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Menurut adik iparnya, Mohlis Mohd. Din, 47, keadaan M. Rajoli kritikal sewaktu dimasukkan ke hospital sehingga diberi bantuan pernafasan oleh doktor.

"Pihak hospital memaklumkan dia berada dalam keadaan nazak dan hanya mampu menunjukkan pergerakan mata dan jari," katanya ketika ditemui di hospital.

M. Rajoli meninggal dunia di sisi isteri pertamanya, Hashimah Mohd. Din dan anak bongsu, Mohd. Ariff, 23.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan Wan Chik Othman. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha, 34; Nur Muhammad, 33; Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang dilahirkan pada 7 April 1945 itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat pada pukul 11 pagi ini.

Tuesday, September 14, 2010

Bersiap sedia ke Stadium...


Sekarang tengah bersiap sedia untuk ke Stadium Sultan Muhammad Ke 4 untuk menyaksikan perlawanan diantara Kelantan dan Negri Sembilan....harap2 menang malam ni...Gomo Kelate Gomo....

Saturday, September 11, 2010

Monday, September 6, 2010

Kelate lwn N.9

hahahaha...akhirnya kawe berpeluang jgk nok tgk bola di stadium sultan muhammd 4 dlm Piala Malaysia tahun ni...kelate bakal menerima kunjungan n.9 di kb pada 14hb ni...blh la kawe gi tgk...tahun lepas g tgk kelate lwn kl plus...cuma liga super jah tak berpeluang lagi nok tgk di SSM4...

ingat maso kecik2 dulu sokmo ikut abah gi tgk bola di stadium...

Nok dapat hok nombor 3 pulop....

insyaallah hujung tahun ni @ awal tahun depe kawe bakal dapat baby lagi...loni doh 5 bule...

Thursday, July 15, 2010

Kuala Lumpur lwn Kelantan 17.7.2010




Pasukan the red warrior akan sekali lagi tampil ke Lembah Klang. Tetapi kali ini untuk bertemu dengan Kuala Lumpur pula...sama2 lah kita penyokong2 kelate kito memeriahkan stadium Cheras nanti...kito bawa sekali semangat 'gomo kelate gomo'...

Kenangan....



Masa ni kawe sem 5..buat persembahan masa jamuan akhir tahun...