Monday, December 5, 2011

Search

Album Cinta Buatan Malaysia

Search ialah sebuah kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka sedikit sebanyak merudum pada 2000-an.

1981-88: Permulaan

Ketika diasaskan di Johor Bahru pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram. Belum sempat mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama RamPa (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya, Suhaimi Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai "Amy", menggantikan tempat Zainal sebelum kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama Polygram Records di Singapura pada pertengahan 1980-an.Dengan bantuan M.Nasir sebagai Penebit Search.Bermula lah satu lagenda M.Nasir dan Search. beliau merupakan insan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings,dan lain lain.

Tiga buah album studio terawal mereka, iaitu Cinta Buatan Malaysia (1985), Langit dan Bumi (1986), dan Mentari Merah di Ufuk Timur, dirakam di Lion Studio, Singapura dengan M. Nasir sebagai penerbit. Dengan album-album ini, mereka cepat mendapat perhatian peminat muzik Malaysia. Album Cinta Buatan Malaysia dibantu oleh Yan dan Man Kidal dari kugiran Lefthanded sebagai pemuzik undangan. Hillary Ang pula hanya melibatkan diri dalam album Langit dan Bumi dan Mentari Merah saat bersama Polygram.

Persembahan live mereka sebagai sebuah kugiran terkenal adalah sebagai artis jemputan di Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 2 Februari 1986, diikuti konsert sendiri pertama mereka iaitu Konsert Terbuka Search di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.

Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang keluar pada tahun 1986.Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian pada tahun 1987.

Album Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, dan Mentari Merah di Ufuk Timur, masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu. Walau bagaimanapun, Polygram Records tidak menyerahkan anugerah-anugerah tersebut kepada Search sebaik sahaja mereka tamat kontrak mereka pada tahun 1987. Apapun, walaupun sudah meninggalkan Polygram, Polygram sempat menerbitkan dua lagi 'album studio' (sebenarnya album himpunan) dengan nama Search, iaitu Di Pintu Sepi dan Berpaling yang memuatkan lagu lama dan lagu baru yang dirakam oleh mereka ketika sesi pembikinan album Mentari Merah itu, di samping dua jilid album himpunan Koleksi Terbaik, semuanya pada tahun 1988.

Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu Gersang (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan Mega (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; Kluang, 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember), diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran Thailand di Bangkok, di ambang tahun baru 1989.

1989–1997: "Fenomena" Search

Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search beralih ke Pacific Records (kemudian bertukar nama menjadi BMG Pacific) sebagai label edaran, menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Go-Search Sdn Bhd (di mana kelak mereka merakam semua albumnya sepanjang 1990-an) dan merakam album hit pertama mereka di bawah label itu, Fenomena untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang terdapat dalam bentuk cakera padat yang keluar setahun selepas versi kasetnya. Walau bagaimanapun, Hillary Ang meninggalkan kugiran ini di tengah-tengah sesi rakaman album ini untuk mengejar kerjaya solo.Dan tempat beliau telah di gantikan oleh Kid atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama) iaitu bekas pemain gitar utama kumpulan Gersang dan juga adik kepada Nordin Md Taib (gitar) . Dalam album inilah termuatnya lagu malar hijau "Isabella". Apapun, album Fenomena terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia.

Sepanjang tahun 1989, mereka juga semakin aktif membuat persembahan live, termasuk jelajah Konsert Isabella yang diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Kuala Lumpur pada pertengahan tahun itu, kemudian dilanjutkan ke tahun 1990 di Kuantan dan Jakarta, Indonesia.

Search memuka tirai dekad 1990-an dengan mengeluarkan album Karisma. Album tersebut terjual lebih dari 150,000 unit di Malaysia dan 200,000 ribu unit di Indonesia. Mereka sekali lagi berlakon dalam dua buah filem pawagam, iaitu muzikal Fenomena dan drama cinta Isabella, yang diilhamkan oleh lagu "Isabella". Kedua-dua filem ini dibintangi oleh Amy, dan sedikit sebanyak mengundang kontroversi kerana terdapat adegan berciuman. Sepanjang tahun 1990 juga, kugiran Search bersama Ella dan Wings mengadakan jelajah Konsert Revolusi Salem di seluruh negara, di samping menyambungkan jelajah Isabella di Kuantan dan Jakarta seperti yang disebut tadi. Tidak lama setelah album Karisma diterbitkan, Nasir Daud meninggalkan Search untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Dangooroos.

Pada tahun 1991, kumpulan Search meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan mengeluarkan album himpunan Sepuluh Tahun yang memuatkan 10 lagu hit lama dan dua lagu baru. Pada tashun ini juga, mereka berpeluang untuk melebarkan sayap populariti mereka merentas benua untuk beraksi di pesta New Music Nights di Cat Club, Bandaraya New York, Amerika Syarikat, pada bulan Julai, sebelum kembali ke tanahair untuk Konsert Karisma di Stadium Negara, Kuala Lumpur, sebulan kemudian.

Pada tahun 1992, giliran kumpulan Search menjadi penerbit album sendiri dalam merakam album pertama dengan penglibatan M. Nasir sebagai penasihat penerbitan sahaja, bermula dengan album Rampage, yang juga diiringi oleh Konsert Rampage di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada bulan November. Pada tahun yang sama, mereka berkolaborasi dengan kumpulan Wings untuk menghasilkan album Double Trouble.

Walaupun menikmati populariti yang luar biasa, namun mereka menghadapi rintangan dari pihak media, khususnya penyiar milik negara RTM yang melarang penyanyi lelaki berambut terlalu panjang dari siaran radio dan TV-nya. Oleh itu, pada November 1992, Amy bersama Awie dari kumpulan Wings menerima potongan rambut dari Menteri Penerangan ketika itu, Mohamad Rahmat, agar dapat membuat kemunculan di corong radio dan TV penyiar awam itu. Walau bagaimanapun, RTM kelihatan tidak menepati janjinya, sehingga menerima kecaman dari Amy sendiri untuk mengingatkan mereka pada tahun berikutnya.

Pada pertengahan tahun 1993, ketua jabatan media cetak dan elektronik BMG Pacific, Rozita Ramli mengeluarkan kenyataan bahawa seorang wartawan berbangsa Belanda tiba di Malaysia untuk menemu bual Amy, gara-gara populariti sebuah lagu yang dikatakan menempa nama di negara Eropah tersebut, iaitu "Fantasia Bulan Madu" yang dirakam dalam bahasa Inggeris dengan tajuk "Feel the Pain". Pada tahun yang sama, Search dan Wings berusahasama mengadakan jelajah "Double Trouble" di tujuh tempat di seluruh Semenanjung, dengan tujuan meringankan beban kewangan yang didakwa dialami oleh kedua-dua kugiran tersebut.

Pada tahun 1994, Amy melancarkan kerjaya solonya dengan album berjudul Magic, sementara kegiatan kugirannya berkurangan dengan hanya satu konsert di Shah Alam, satu EP remix dan satu album himpunan tanpa lagu baru, iaitu Terbaik. Pada tahun berikutnya, Nasir Daud kembali ke kumpulan Search untuk merakam album Gema di Timur Jauhan mengadakan dua konsert bersempena album ini di Shah Alam (9 Jun) dan Kuala Lumpur (18 Oktober) yang turut menyumbang kepada album live berjudul Gema di Timur Jauh Unplugged (yang banyak berbeza himpunan lagunya dari album Gema asal). Album unplugged pertama kumpulan Search ini telah terjual lebih dari 100,000 unit.

Kugiran Search mengeluarkan album lagi pada tahun 1996 iaitu Rock 'N' Roll Pie sempena ulang tahun mereka yang ke-15, kali ini melibatkan hasil karya penulis lagu tempatan dan antarabangsa (termasuk Klaus Meine dari kumpulan Scorpions dari Jerman). Pada Oktober tahun itu, mereka bersama Ramlah Ram mewakili Malaysia di pesta muzik Hanoi-Asean Golden Song Festival yang disertai di Vietnam. Pada tahun berikutnya, kugiran ini mengadakan Konsert Rock 'N' Roll Pie di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang dirakam untuk siaran di TV3 dan keluaran album, di samping Amy mengeluarkan album solo keduanya, Camouflage.

1998–2001: Perpecahan

Selepas penyertaan Fauzi sebagai pemain gitar bes baru yang menggantikan Nasir Daud yang meninggalkan kugiran ini buat kali kedua, Kumpulan Search sekali lagi berganding bahu dengan kumpulan Wings (yang ketika ini diterajui oleh Mustaffa Din) untuk mengeluarkan album Double Trouble 2 untuk dipasarkan pada awal tahun 1998. Akan tetapi, pada tahun inilah kugiran Search mengalami saat paling getir apabila Amy meninggalkan kugirannya di tengah-tengah usaha merakam album baru untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solonya, tidak lama kemudian meninggalkan BMG untuk menyertai label Sony Music.

Sebagai pelengkap album yang berjudul Bikin Wilayah, mereka mengundang Awie sebagai penyanyi jemputan dan menyebut namanya di kulit album keluaran akhir tahun 1998 itu. Akan tetapi, kumpulan Search sudah di ambang perpecahan apabila Kid, Noordin dan Fauzi meninggalkan kumpulan itu, meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya anggota asal Search yang tinggal. Pada tahun 1999, Akhirnya selepas berpeluh sebaldi, Yazit berjaya membariskan line up baru dlm SEARCH iaitu Moq(vokaliz), Shah(gitaris), Zam(bassis), dan Yazit(Drummer).

Selepas itu album mereka iaitu 'Selepas Banjir' keluar, tetapi sambutannya amat mengecewakan. Selepas Banjir, album berlagu baru terakhir di bawah nama Search, sebelum kugiran itu dibubarkan album himpunan Rockestra dikeluarkan.

Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula album Fenomena dan Gema di Timur Jauh yang menjalani usaha baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Sham pula meneruskan perjuangan mereka dalam seni muzik tanahair dengan membentuk kugiran Rampage, sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga album di bawah label Sony (kemudian menjadi Sony BMG): Aku, Suatu Masa dan IKON: A Rockstar Chronicle.

Pembubaran SEARCH satu Sejarah Sedih.Search ialah sebuah nama yang besar dlm sejarah muzik tanahair...siapa sangka kumpulan yang begitu gagah ini tertewas setelah 18 tahun berentap di arena muzik malaysia.Akhirnya, Search tertewas setelah bertahun-tahun berjuang dan telah di bubarkan pada tahun 2001.dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001 .

2003–kini: Bersatu semula

SELEPAS lima tahun dibubarkan, kumpulan rock Search akhirnya mengambil keputusan bersatu semula.Kerana peminat Search merindui aksi aksi Search setelah mereka bubarkan nama Search pada tahun 2001.Nama Search dihidupkan kembali dengan dibarisi ahli kumpulan iaitu Amy (penyanyi),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes),Lola (Drum)ialah bekas pemain drum XPDC dan mengadakan sebuah konsert reunion yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Februari 2004. Persembahan konsert tersebut dirakam dalam album live Konsert Rock Search Evolusi 2004 yang keluar tiga tahun kemudian. Pada tahun 2004 juga, kugiran Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert Scorpions di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran Jerman tersebut, walaupun menghadapi tentangan hebat dari Pemuda PAS atas alasan konsert tersebut bakal merosakkan akhlak muda-mudi.. Dan tidak lama itu Lola (Drum) telah mengundurkan diri dari Search dan Yazit Ahmad (Drum)pemain drum asal Search telah kembali pada Search.

Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Nash] bersama Kumpulan Lefthanded, Saleem bersama Kumpulan Iklim Awie bersama Kumpulan Wings, Mustaffa Din / Mus bersama Kumpulan May, Joey bersama Kumpulan Bumiputra Rockers, Mael bersama Kumpulan XPDC dan ramai lagi.

Pada awal tahun 2006,dua pemain gitar Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar)telah mengundurkan diri sekali lagi dari Search dan Hillary ang (gitar utama)kembali pada Search setelah sekian lama beliau meninggalkan kumpulan tersebut dari tahun 1988,Beliau adalah pemain gitar asal Kumpulan Search yang ditubuhkan pada tahun 1981.Petikkan bunyi gitar beliau begitu sinonim dengan kumpulan Search dan Cromok, petikkan gitar beliau yang "berhantu" membuatkan peminat masih mahukan Hillary Ang kembali bersama Search. dan media mengesahkan bahawa Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Yazid Ahmad kembali bersama untuk merakam album baru sekali lagi, di samping memperkenalkan tapak sesawang rasmi mereka, Dunia Search. Amy melaporkan bahawa tapak web tersebut dikunjungi 200,000 kali sepanjang minggu pertamanya. Single pertama mereka sejak tujuh tahun menyepi, Ying dan Yang yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut, merupakan sebuah single dari EP Empire Garden. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat dipasarkan atas masalah-masalah teknikal. Serentak dengan Empire Garden, mereka mengusahakan album Gothik Malam Edan yang mengunakn hasil dari Eddrie Hashim & M.Nasir yang berjaya diterbitkan pada pertengahan tahun 2006, kali ini di bawah label edaran Life Records dan syarikat rakaman Neo Digital Sdn Bhd.

Pada tahun 2006 juga, Search mengumumkan konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25, bergandingan dengan kumpulan Slank dari Indonesia, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2007 di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, kumpulan Search menarik diri pada saat-saat akhir, kononnya sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor pada bulan sebelumnya, maka tinggalnya Slank dengan bantuan kugiran Spider dan Wings. Akibatnya, konsert yang menantikan kedatangan 20,000 peminat menjadi hambar dengan kehadiran 7,000 orang sahaja, dilaporkan kebanyakannya berasal dari Indonesia. Setelah Search membatalkan menyertai konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25,Search membuat konsert Konsert Selepas Banjir di Johor, selepas banjir besar melanda Kota Tinggi, Johor .

Pada tahun 2008, Amy Search mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.

Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah "Konsert Penghargaan Search di Awan Biru" yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara, termasuk tiga di Malaysia Timur iaitu Seberang Jaya Penang,Johor Bahru Johor,Jengka Pahang,Kuala Terengganu,Alor Setar Kedah,Kota Bahru Kelantan,Kuching Sarawak,Miri Sarawak,Sandakan or Kota Kinabalu Sabah,Tawau Sabah,Kelana Jaya or Shah Alam Selangor.Dan juga sekembali nya Noordin Taib (gitar) pada kepangkuan Search pada tahun 2009. Konsert Jelajah yang menerima sokongan dari penaja utamanya Celcom ini bermula dengan konsert pembukaan di Seberang Perai pada 2 Mei hingga konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos.Konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos menyaksikan kembalinya 'Kid' atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama)pada Search. Konsert istimewa itu menyaksikan 3 gitaris di atas pentas Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),dan Hillary Ang (gitar utama). Konsert terakhir bagi Hillary Ang (gitar utama) sebelum beliau mengundurkan diri dari Search sekali lagi. Dan tugas gitar utama di galas sekali lagi oleh 'Kid' atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama). Konsert terakhir yang dilangsungkan di padang Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara itu, beberapa hari selepas hari jadi Amy yang ke-50, dilaporkan menarik kira-kira 14,000 hingga 25,000 peminat.

Perkembangan semasa

Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah dengan dibarisi ahli kumpulan Amy (penyanyi),Yazid Ahmad (dram),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes) melebarkan sayapnya di Ireland dan United Kingdom pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan Hujan untuk persembahan pembukaan. Mereka beraksi di Button Factory, Dublin, pada 16 Februari; Scala London, King's Cross, London (18 Februari); dan Cavern Club, Liverpool (21 Februari).

Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac. Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.

Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan dilaporkan dihadiri oleh 20,000 orang. Ini disusuli pula dengan konsert di Stadium Larkin, Johor Bahru yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12,000 peminat. Nama Konsert DT bertukar lagi menjadi "Konsert Gemuruh DT" sempena persembahan di Seberang Jaya pada 18 Disember dan penutup tirai di Sunway Lagoon pada 25 Disember 2010.

Search Kembali Dengan Konsert Fenomena 30 Tahun! Setelah 30 tahun bersama, akhirnya Search kembali berteriak dengan Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan diadakan pada bulan November & Disember 2011.Search memulakan siri jelajah Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Pulau Pinang pada 19 November 2011, Johor Bahru 3 Disember 2011 dan berakhir di Kuala Lumpur 17 Disember 2011.Bagi tidak mahu menghampakan peminat Search di Sabah dan Sarawak, Search telah mengumumkan Sambungan Konsert Fenomena Search 30 Tahun Ke Borneo! Search membawa Konsert Fenomena Search 30 Tahun menjelajah ke dua negeri itu.24 Disember 2011 di Kompleks Sukan Tawau, Sabah dan diikuti Stadium Negeri Kuching, Sarawak pada 31 Disember 2011 iaitu konsert akhir bagi SEARCH 2011.

Konsert SEARCH XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012. pada tarikh 28 Januari 2012,SEARCH & XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012.di Stadium Tertutup Singapura. lokasi yang pernah berlangsungnya konsert band-band Rock/Heavy Metal internasional seperti Iron Maiden, Metallica mahupun No Doubt itu.Yang menarik mengenai konsert itu nanti adalah ianya merupakan buat pertama kalinya Search dan XPDC bergabung dalam satu konsert di negara repablik itu. Nilai-nilai sentimental yang dapat dilihat di sini adalah kedua-dua Lola dan Yan turut pernah menyertai Search.

Album

-Hits Songs

  1. Kejora
  2. Isi Atau Kulit
  3. Cinta Buatan Malaysia
  4. Balada Pemuzik Jalanan

-Hits Songs

  1. Rozana
  2. Meniti Titian Usang
  3. Langit dan Bumi
  4. Bisa

-Hits Songs

  1. Fantasia Bulan Madu
  2. Mentari Merah Di Ufuk Timur
  3. Gadisku
  4. Pelesit Kota

-Hits Songs

  1. Isabella
  2. Pawana
  3. Fenomena
  4. Gadis Misteri
  5. Bencana
  6. Mencari ( Instrumental dari KID )

-Hits Songs

  1. Teguh
  2. Melastik Ke Bintang
  3. Orang Timur

-Hits Songs

  1. Nigina
  2. Asli & Tulus
  3. Nirmala

-Hits Songs

  1. Gemuruh
  2. Seribu Satu Natijah
  3. Ikutkan Saja

-Hits Songs

  1. Laila Namamu Teratas
  2. Cintaku Hilang Bisanya
  3. Andaiku Miliki Semalam

-Hits Songs

  1. Seroja
  2. Diari Habil & Qabil
  3. Rock N Roll Pie
  4. Satu Bangsa Satu Arah
  5. Panggung Khayalan

-Hits Songs

  1. Yale Yale

-Hits Songs

  1. Nur Nilam Sari
  2. Zen ( Bikin Wilayah )
  3. Bayangan Baiduri

-Hits Songs

  1. Kejoraku Bersatu
  2. Selepas Banjir

-Hits Songs

  1. Gothik Malam Edan
  2. Lara Tari Pencinta


EP

-Hits Songs

  1. Ying & Yang
Album Live
Album Kompilasi

-Hits Songs

  1. Di pintu Sepi
  2. Setelah Hujan
  3. Gadis Ayu
  4. Kepala Angin

-Hits Songs

  1. Berpaling
  2. Mungkinkah Tertawa
sumber : Wikipedia Bahasa Melayu

Wings

Album Belenggu Irama

Wings merupakan sebuah kugiran rock yang berasal dari Malaysia dan ditubuhkan sekitar 1980-an.
SEJARAH

Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.

Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri. Manakala Syam menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Kumpulan CRK.

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan dua anggota baru iaitu Eddie dan Black (merupakan bekas anggota asal Kumpulan Babylon) yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus WINGS adalah Ali Bakar.

Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti WINGS sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanah air. WINGS tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.

Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu penggubah terkenal seperti M.Nasir, J S Kevin, pertarungan pertama WINGS di persada seni tanah air menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.

Lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu WINGS atas alasan lirik, lagu dan latar belakang WINGS yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan.

Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, WINGS berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 150,000 unit.

Selepas itu, populariti WINGS terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan WINGS yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.

Tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dengan Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar menarik diri dan kekosongan ini digantikan Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan WINGS kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.

Ahli-Ahli

Penyanyi Utama

  1. Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993, 2002 - Sekarang
  2. Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
  3. Mus Kumpulan May (Mustafa Din) 1996 - 2001

Pemain Gitar

  1. Syam(Berpindah Ke Kumpulan CRK 1985 - 1987
  2. Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album)
  3. Joe (Abdul Zamin bin Abdul Kadir) 1988 - Hari Ini

Pemain Bass

  1. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985 - Hari Ini

Pemain Dram

  1. Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990, 1994 - Hari Ini
  2. Jojet (Telah menyertai Kumpulan Gersang) 1990 - 1993
  3. Nicx (Nik Auzany)- Sessionist- 2005 - Hari Ini

Berikut secara ringkas sejarah anggota WINGS. Joe pernah manganggotai SCANDALS sebelum memasuki WINGS. Black [(Babylon]) keluar dari WINGS selepas album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli GERSANG. Beliau kembali menjadi pemain dram WINGS pada tahun 1994 selepas Jojet pula keluar dari WINGS.

Sejarah pertukaran penyanyi utama WINGS cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan WINGS di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. Dua tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama WINGS dan album Orang Asing dihasilkan.

Bagaimanapun, jodoh Mel dengan WINGS tidak kekal lama. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari WINGS dan WINGS bernasib baik kerana tempat Mel digantikan Mus, bekas penyanyi utama MAY yang seangkatan dengan WINGS. Ura-ura yang Mus akan memasuki WINGS sudah lama diperkatakan selepas Awie menarik diri. Oleh itu, selepas Mel dan WINGS tidak serasi, Mus segera menerima tawaran WINGS untuk bersama tiga lagi anggota WINGS meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanah air.

Sebanyak enam buah album termasuk satu album kompilasi dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama WINGS dan vokal Mus makin serasi dengan muzik WINGS.

Album terakhir Mus bersama WINGS adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, MAY dan tempatnya digantikan semula penyanyi asal WINGS, Awie.

Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album terhasil, Naga Kramat. Kini WINGS masih diterima peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka.

Ironinya, walaupun WINGS sudah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila vokalis utama mereka Awie menarik diri dan bergerak secara solo, namun WINGS masih mampu mempertahankan reputasi mereka dalam industri muzik rock tanah air.

Mereka tidak cepat melatah untuk terus membubarkan WINGS, lantas mengambil inisiatif dengan menerbitkan album Wings & Superfriends 1 & 2, yang menggabungkan beberapa artis rock popular tanah air.

Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, mereka tidak seharusnya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan WINGS terus bertahan dan kekal sebagai sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia.

Senarai anggota terkini pada tahun 2005 adalah :-

  1. Awie (Ahmad Azhar bin Othman)
  2. Abdul Zamin bin Abdul Kadir(Joe)
  3. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris)
  4. Black(Azmi Hashim)
Album
  1. Belenggu Irama (1987)
  2. Hukum Karma (1988)
  3. Teori Domino (1990)
  4. Best Of Wings (1990)
  5. Jerangkung Dalam Almari (1991)
  6. Double Trouble (bersama kumpulan Search) (1992)
  7. Bazooka Penaka (1993)
  8. Wings & Superfriends 1 (1994)
  9. Wings & Superfriends 2 (1994)
  10. Orang Asing (1995)
  11. Biru Mata Hitamku (1996)
  12. Puisi Aidilfitri (1996)
  13. Double Trouble 2 (bersama kumpulan Search) (1997)
  14. Mencari Asal Usul (1998)
  15. MasterPiece Wings & J.S Kevin (1999)
  16. Mr.Barbarik (2000)
  17. Trilogi (2001)
  18. Naga Kramat (2002)
  19. Wings Alive 2006 (2007)
  20. Wings - 2 Dekad (2007)
  21. Wings - Live At Planet Hollywood (2008)
sumber : Wikipedia Bahasa Melayu

MAY

Album Dilema

Kumpulan May ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia semenjak penghujung 1980-an. Kumpulan ini membawakan lagu-lagu berbahasa Melayu dan dicipta oleh pemuzik lain

Kumpulan MAY ditubuhkan pada 1986 oleh 4 orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar).

Album pertama May diterbitkan sendiri mereka pada tahun 1987 berjudul 'Dilema'. Sebelum 'Dilema', May ada merakamkan sebuah album mini 'Juara Juara Rock' yang mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.

Album kedua May yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang menaikkan nama May. Album ini berjaya dijual sebanyak 200,000 unit. Lagu-lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi siulan anak-anak muda ketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir dalam Muzik-Muzik.

Ahli-Ahli

Ahli sekarang

  1. Mustaffa (Mus) - Vokalis Utama
  2. Man - Dram
  3. Abu - Gitar
  4. Yus - Bass Gitar

Ahli terdahulu

  1. Yantzen - penyanyi
  2. Wan/Oney - penyanyi

Album

May - Dilema (1988) 01 - Impian 02 - Tiada Lagi Engkau 03 - Emosi Muda 04 - Kau Masih Lena 05 - Keadilan 06 - Trajidi 07 - Sketsa Sebuah Cinta 08 - Haruskah 09 - Gadis Misteri 10 - Ku Dalam Dilema


May - Hakikat (1989) 01. Dari Kacamata 02. Sendiri 03. Pelayaran 04. Cintamu Mekar Di Hati 05. Penghuni Kota 06. Cintaku Sewangi Kasihku 07. Hakikat Perjuangan 08. Grafiti 09. Janji Illahi 10. Dalam Kembara


May - Rahsia (1990) 01 - Racun Bermadu 02 - Gadis Bertudung Putih 03 - Rahsia Kota 04 - Terukir Janji 05 - Black Area 06 - Pahlawan Mimpi 07 - Diari Cinta Pertama 08 - Batu Api 09 - Genggam Bara 10 - Pasrah Impian Siksa


May - Strategi (1991) 01 - Strategi 02 - Abadi 03 - Duri 04 - Empat Sudut Berdiri 05 - Raja Jiwa 06 - Alam 07 - Generasi 08 - Singa Taring Palsu 09 - Teman Tak Bernyawa 10 - Sendiri Untuk Ke Mana


May - Ziet Giest (1992) 01 - Ziet Geist 02 - Resah 03 - Senjata Gila, Atomic War 04 - Meniti Suratan 05 - Dont Stop May From Rock N Roll 06 - Jeritan Mentaliti 07 - Visions Of Emotion 08 - Obsession 09 - Renda


May - Wira Cyborg (1994) 01 - Wira Cyborg 02 - Suci 03 - Huru Hara 04 - Exorcism 05 - Hasrat Cinta Dan Tuhan 06 - Ratu Cinta 07 - Madu Beracun 08 - Steel Warrior 09 - Kau Ingat Kau Siapa 10 - Tiada Lagi Berseri


May - Ideologi (1995) 01 - Janji 02 - Ideologi 03 - Ikhlas 04 - Mat Gonjeng 05 - Cuma Cuma 06 - Genocide 07 - Let's Get Real 08 - Trajis Impi 09 - Hukuman Cinta 10 - Cinta Tersia


May - Layar (1995) 01 - Layar 02 - Grafiti 03 - Membantah Kata 04 - Penghuni Kota 05 - Strategi 06 - Dimana Harga Dirimu 07 - Hakikat Perjuangan 08 - Dari Kaca Mata 09 - Jauh Rasanya 10 - Arca Kehidupan


May - Penaklukan (1997) 01 - Mahligai Fantasi 02 - Roda Dunia 03 - Jemu 04 - Taklukan 05 - Nafsu Puaka 06 - Rock Rapsodi 07 - Penunggang Qada Dan Qadar 08 - Penanti 09 - Membujur Lalu Melintang Patah 10 - Beradu Terasing

May - The Best Of May (2002) 01 - Sendiri 02 - Cintaku Sewangi Kasihku 03 - Cintamu Mekar Di Hati 04 - Jemu 05 - Kau Ingat Kau Siapa 06 - Madu Beracun 07 - Meniti Suratan 08 - Sinar 09 - Sketsa Sebuah Cinta 10 - Suci


May - Sinar (2003) 01 - Sendat & Ketat 02 - Sinar 03 - Pasti...Tak Tahu 04 - Kedua Kali 05 - Jiwa Karat 06 - Sendiri Mahu Ingat 07 - Peluru Sesat 08 - Nanti Dulu 09 - Salam Buat Along 10 - Mai Pen Rai

May - Live & Unplugged at Planet (2005) 01 - Sendat & Ketat 02 - Jiwa Karat 03 - Pelayaran 04 - Penghuni Kota 05 - Graffiti 06 - Dari Kaca Mata 07 - Mai Pen Rai 08 - Sinar 09 - Gadis Bertudung Putih 10 - Sketsa Sebuah Cinta 11 - Ku Dalam Dilema 12 - Sendiri 13 - Cintamu Mekar Dihati 14 - Wira Cyborg 15 - Meniti Suratan (Yantzen)] 16 - Siapa Kau 17 - Hakikat Perjuangan


* May - Otai Jamm 2 (2006) 1. Penaklukan 2. Hiasan Kalbu 3. Senjata Gila 4. Kau Ingat Kau Siapa 5. Resah 6. Dendam 7. Derita Bangsa 8. Jemu 9. Dusta 10. Keadilan 11. Bergegar Segunung Rindu 12. Riwayat Mandolin


sumber : Wikipedia Bahasa Melayu

Tuesday, November 8, 2011

Senarai Pemain Kelantan 2012


"Pengumuman senarai pemain terbaru oleh KAFA sebentar tadi masih belum lengkap kerana masih ada pemain yang sedang dirunding untuk menyertai skuad. Teori pembelian pemain tidak terjangka masih relevan krn tarikh ttp pendaftaran pemain ialah pada 8 Disember 2011. Sama2 kita nantikan, pemain mana yang akan menyertai Kelantan dan melengkapkan senarai pemain".- RedFC-News
Senarai Pemain Kelantan 2012 (Update Pengumuman KAFA)

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Jersi 19)
2. Mohd Shahrizan Ismail (Jersi 1)
3. Syawzwan Yusof (Jersi 20)

Pertahanan
1. S. Subramaniam (Jersi 3)
2. Farisham Ismail (Jersi 6)
3. Rizal Fahmi Rosid (Jersi 17)
4. Aziz Ismail (Jersi 11)
5. Nik Shahrul Azim (Piala Presiden) (Jersi 5)
6. Daudsu Jamaludin (Jersi 15)
7. Zairul Fitree Ishak (Jersi 24)
8. Azizi Mat Rose *Baru* (Jersi 2)

Tengah
1. Badri Radzi (Jersi 16)
2. Shakir Shaari (Jersi 8)
3. Izuan Salahudin (Jersi 26)
4. Nurul Azwan Roya (Jersi 12)
5. khairul Izuan Rosli (Piala Presiden) (Jersi 27)
6. S Chanturu (Jersi 23)
7. Norfarhan Mohamad *Baru* (Jersi 10)
8. Indra Putra Mahayudin *Baru* (Jersi 13)
9. Emmanuel Okine (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 4)
10. Zamri Ramli (Jersi 14)

Penyerang
1. Norshahrul Idlan Talaha (Jersi 9)
2. Ramzul Zahini Adenan (Jersi 7)
3. Aris Zaidi (Piala Presiden)(Jersi 28)
4. Mohd Ghaadar (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 22)
5. Denny Antwi (Import/Kontrak 2 Tahun)*Baru*(Jersi 18)

Sunday, November 6, 2011

Adakah ini Jersi Baru Kelantan??

info dari J Photography
Adakah ini jersi baru skuad TRW 2012??? comam jgk..tapi gak modal lg ni...

Norfarhan Muhamad sah Super Warriors 2012

Hero Piala FA TRW tahun 2009 kini sah kembali ke Kelantan untuk musim 2012. Norfarhan Muhammad kini sedia untuk menabur bakti sekali lagi untuk pasukan Super Warriors setelah semusim berkhidmat di T-Team.

'kawe sempat bergambar dengan Norfarhan pada tahun 2010'

Secara peribadinya, kawe amat meminati permainan Norfarhan. Walaupun cara beliau pergi meninggalkan TRW amat tidak disenangi para peminat TRW, namun kita hanyalah manusia biasa. Yang lepas biarkan berlalu. Kini TRW perlu terus memandang ke hadapan apatah lagi Kelantan akan mengharungi banyak perlawanan termasuk Piala AFC tahun 2012 nanti.

Selamat maju jaya Norfarhan Muhammad!

Selamat Hari Raya Aidiladha


Anak-anak je beraya!


Tahun ni sekali lagi beraya di Gombak. Boring pun ada...huhuhu! daging korban dan perut muda cicoh air asam..teringat weh!

Thursday, October 27, 2011

20 PEMAIN YANG DIKEKALKAN TRW 2012


19 PEMAIN YANG DIKEKALKAN TRW 2012 :
PENJAGA GOL

1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Shahrizan Ismail

PERTAHANAN
3. S. Subramaniam
4. Rizal Fahmi Rosid
5. Zairul Fitri Ishak
6. Mohamad Abd Aziz Ismail
7. Daudsu Jamaludin
8. Nik Shahrul Azim *Piala Presiden + Liga M
9. Zamri Ramli
10. Farisham Ismail TENGAH
11. Muhd Badhri Radzi
12. Shakir Shaari
13. Izuan Salahuddin *Piala Presiden + Liga M
14. Khairul Izwan Rosli
15. S. Chanturu

PENYERANG

16. Norshahrul Idlan Talaha
17. Ramzul Zahini Adenan
18. Mohd Nizad Ayub
19. Mohd Aris Zaidi *Piala Presiden + Liga M

Info : - 4 dari 6 player IMPORT TEMPATAN sudah
tandatangan kontrak. Masih ada 2 lagi kekosongan.
- 3 PEMAIN IMPORT akan menyertai TRW dalam Liga
M. Manakala 1 orang lagi PEMAIN IMPORT ASIA akan
didaftarkan untuk saingan AFC. (3+1) - SEMUA PEMAIN IMPORT MASIH DALAM SESI
PEMILIHAN.

**Selain dari senarai nama 19 yang disahkan masih
bersama TRW 2012, yang lain tidak lagi bersama pasukan samaada bersara/dilepaskan/masih dalam
proses rundingan.
**Dua pemain lama masih dalam proses rundingan.
**Senarai nama 19 pemain ini diumumkan sendiri
oleh Tan Sri Annuar Musa pada sidang media di The Red Warriors Station, KTC, pukul 6.00 petang tadi. [25.10.2011]

Sumber info : wawanfaiz.com

** dari fb Tan Sri Anuar Musa...Nurul Azwan Roya,beliau SUDAH BERSETUJU DAN MENANDATANGANI KONTREK utk kekal bersama TRW 2012......

Beberapa Pemain Kelantan dilepaskan


Antara pemain yang dilepaskan ialah Norhadi Ubaidillah, Wan Rohaimi Wan Ismail[gambar], Wan Zaman Wan Mustapha, Khairan Eruan Razali, Khairan Eroza Razali, Khalid Jamlus, Solehin Kanasian Abdullah, Daniel Fadzly Abdullah dan Zul Yusri Che Harun, manakala penjaga gol veteran, Mohd. Halim Napi mengambil keputusan untuk bersara daripada arena bola sepak.

sumber : Laman PFKE.com

Sunday, October 23, 2011

Novel Paling Best Pernah Kawe Baca - ‘ MEREKA YANG TERTEWAS’


‘ MEREKA YANG TERTEWAS’

artikel asal boleh baca di sini, sini dan sini

Bermula
penceritaan di Padi Setempat. Disebabkan pendapatan hasil berhuma amat kecil, Tapa mengalih kerjayanya dengan mengambil ipah mengayuh perahu penambang kepunyaan bapanya. Upah membawa penumpang sebanyak satu sen dari seberang tebing Padi Setempat ke tebing Bukit Mata Beralih pada waktu itu sudah cukup lumayan Di kaki Bukit Mata Beralih itu terdapat kedai barang-barang runcit milik keluarga Chee Keong. Kedai inilah yang menjadi tumpuan penduduk Padi Setempat untuk mendapatkan bekalan barang-barang keperluan.

Perkhidmatan perahu penambang Tapa menghadapi saingan daripada perkhidmatan perahu penambang yang diusahakan oleh Midin. Tetapi disebabkan Tapa lebih cekap mengendalikan perahu penambangnya, penumpang lebih yakin menaiki perahu Tapa. Suatu hari, perahu penambang Midin karam di dalam arus deras Sungai Lepeh. Dengan pertolongan Tapa, Mimah dan Mak Bibah yang hampir mati lemas dapat diselamatkan oleh tapa. Tapa tertarik dengan kecantikan dan keramahan Mimah. Pada ketika lain, Tapa menyatakan hasratnya ingin mengambil Mimah sebagai isterinya. Mimah tidak menolak malah meminta Tapa menemui keluarganya.

Ternyata Mak Bibah, ibu Mimah menolak peminangan ke atas Mimah. Penolakan itu disebabkan pada pandangan Mak Bibah, Tapa itu berasal daripada keluarga miskin juga daripada keturunan yang tidak mulia. Sebenarnya Tapa memang miskin tetapi dia dari keturunan Sultan Hasanuddin dan Pandikar Ali dari Tanah Makasar. Kedua-dua pahlawan bangsa ini memang memusuhi penjajah Belanda di Indonesia. (1) Penolakan peminangan ini menyebabkan Tapa patah hati. Dia jatuh sakit beberapa bulan. Setelah sembuh, Tapa mengambil keputusan merantau meninggalkan Padi Setempat.

Sewaktu Tapa hendak berangkat meninggalkan Padi Setempat, Mimah datang menemuinya di tambatan Sungai Lepeh. Mimah ingin mengikuti Tapa. Tapa enggan membawa Mimah pergi. Dia tidak mahu nama baik keluarganya menjadi buruk lantaran perlakuan membawa anak dara orang. Midin pula berjanji akan menjaga kedua ibu bapanya sepanjang waktu Tapa di perantauan. Marwan dan Mak Bedah, ibu Tapa turut rela melepaskan Tapa pergi. Marwan sendiri merungkai tali perahu Tapa bagi membolehkan perahu meluncur dalam arus Sungai Lepeh.
Setelah menghilirkan perahu selama seminggu, akhirnya Tapa naik ke tebing Sungai. Dia berjalan dan sampai di hadapan Madrasah An-Najjah Bukit Keledang. Di sinilah dia menyaksikan sendiri penghargaan Imam Mat terhadap kewibawaan keluarganya.
" Siapa dirimu ini, maksud Pak Guru namamu? "
" Tapa1"
" Asalmu? "
" Padi Setempat."
" Ibumu siapa namanya? "
" Bedah."
" Bapamu? "
" Marwan."
Pucuk mangga yang meneduhi seluruh halaman pondok madrasah Bukit Keledang direnung oleh Imam Mat. Di laut fikirnya cuba mengingati apakah ia mengenali nama-nama yang disebut oleh Tapa. Kening Imam Mat sekali-sekala berkerut. Anak-anak pondok Bukit Keledang hanya menjenguk mukanya daripada jendela madrasah. Mereka tidak dibenarkan oleh Imam Mat untuk menghampiri manusia yang masih terlalu asing bagi mereka itu.

" Benar-benarkah kamu ini berasal dari Kampung Padi Setempat? "
" Benar Tuan Imam."
"Benar-benarkah Marwan itu bapamu? "
" Benar."
"Benar-benarkah Bedah itu ibumu? "
" Benar...kenalkah Tuan Imam kepaa mereka? "
" Ya! "
Tapa terjelepok di tengah halaman madrasah Bukit Keledang. Dia amat terkejut. Bagaimanakah ibu dan bapanya yang terlalu daif itu dapat dikenali oleh orang-orang yang semulia Pak Imam di hadapannya itu.
" Kamu anak keturunan orang yang baik-baik, tapi kenapa kamu boleh jadi seperti ini, nak? "
Hari itu Tapa benar-benar menangis. Kata-kata orang semulia Imam Mat yang memperakui kemuliaan keturunannya amat mengharukan hatinya (2)
Imam Mat yang mengajar di madrasah itu mengajak Tapa mendalami ilmu agama Islam. Tapa tidak keberatan. Ini disebabkan dia tiada pilihan tempat lain hendak ditujui. Dia kemudiannya menjadi anak didik Imam Mat.

Semasa di madrasah ini, Tapa mempelajari cabang-cabang ilmu agama dengan mendalam. Dia juga mempelajari Pencak Silat Seribu Kalimah daripada Imam Mat. Di madrasah ini juga, Tapa mendapat berita daripada Midin bahawa ibu bapanya dan Mimah telah meninggal dunia. Walaupun begitu, faktor kematian Mimah semacam penentu bagi Tapa melupakan terus dunia Padi setempat. Perasaan pilu dan sayu hati Tapa dapat dikesan seperti berikut:
" Mimah? Sudah berkahwinkah Mimah? Siapa suaminya? "
" Kamu masih mengingatinya Tapa? "
" Ya.. setiap lepas sembahyang, saya berdoa semoga hidupnya diberkati Allah, dimasukkan oleh Allah di kalangan manusia yang suci dari fitnah."
" Doamu diberkati Allah, Tapa."
" Maksudmu, Mimah telah sempurna hidupnya kini? "
" Lebih daripada itu."
" Saya tidak faham maksud kata-katamu itu, Midin."
" Mimah telah pergi menemui Tuhannya dengan membawa cinta kasihnya padamu yang tiada sempadannya itu."
" Mimah!!! "
Hari itu Tapa benar-benar merasai dunia ini terlalu kosong. Dunia ini sudah terlalu sempit untuk didudukinya... . (3)
Faktor kegagalan percintaannya itu adalah faktor terkuat kenapa Tapa tidak kembali ke Padi Setempat. Walaupun dia tahu di Padi Setempat itu ada kuburan ibu dan bapanya, tetapi peristiwa kegagalan percintaannya dengan Mimah semacam satu igauan ngeri sepanjang hidupnya. Hal ini dapat dilihat daripada pengakuan Tapa sendiri.
" Saya tidak sanggup untuk melihat tambatan di tepi Sungai Lepeh itu," Lebai Pa menyuarakan sesuatu yang amat pilu di hatinya.
" Tambatan itu telah dirobohkan 20 tahun lalu. Sekarang ini sebuah jambatan berdinding besi telah mengantikan tugas perahu penambang untuk membawa penduduk yang hendak pergi balik ke tebing Kampung Padi Setempat atau ke tebing Bukit Mata Beralih.
" Hutan Bukit Mata Beralih selalu mengingatkan saya tentang kesungguhan bapa saya membantu saya mencari wang buat peminangan yang gagal itu," Lebai Pa memberi alasan lagi.
" Hutan itu sudah tidak ada lagi. Hutan itu telah ditebang oleh Tauke Chee Keong, anak Tauke Ah Tong. Hutan itu sekarang telah ditanam keseluruhannya dengan pokok-pokok getah." (4)

Setelah lima tahun mempelajari ilmu agama di Madrasah An-Najah Bukit Keledang, Tapa meminta kebenaran Imam Mat untuk meninggalkan madrasah itu. Imam Mat tidak keberatan melepaskan pemergian Tapa. Tetapi sebelum meninggalkan madrasah itu, Imam Mat telah mengahwinkan Tapa dengan Jemilah, anak saudaranya. Pasangan ini diminta oleh Imam Mat menetap di Kampung Bukit Setugal. Di kampung itu terdapat anak-anak murid Imam Mat yang kukuh pegangan agamanya bernama Imam Resat.

Berpindahlah Tapa dan Jemilah ke Kampung Bukit Setugal. Di sini, Tapa dan Jemilah telah bekerja membina kehidupan. Setelah menetap di Bukit Setugal hampir 35 tahun, Tapa dan Jemilah telah memiliki 10 ekar kebun getah, dua ekar tanah sawah dan 2 ekar tanah kampung. Mengenai tanah peninggalan bapa Tapa di Padi setempat, tanah itu telah diamanahkan oleh Tapa kepada Midin untuk diwakafkan. Harta itu semacam telah dilupakan oleh Tapa dalam kehidupannya.

Semasa di pekampungan Bukit Setugal ini, Tapa berkesempatan mempelajari ilmu-ilmu Islam daripada Imam Resat. Dianggarkan selama 25 tahun dia mempelajari ilmu agama daripada Imam Resat. Tetapi malangnya, setelah Imam Resat meninggal dunia, Tapa tidak meneruskan usaha-usaha dakwah Islamiah yang dilakukan oleh Imam Resat selama ini.

Di Bukit Setugal, Tapa lebih dikenali dengan gelaran Lebai Pa. Penghormatan masyarakat Bukit Setugal amat tinggi kepadanya. Lebai Pa selalu dipanggil ke majlis kenduri-kendara. Pernah dia memangku jawatan jurunikah yang berurusan dengan Jabatan Agama Islam Daerah Kalisendung. Pernah juga dia menjadi imam sembahyang Jumaat ketika ketiadaan Imam Min. Namun begitu, Lebai Pa amat kurang memerhati perubahan masyarakat dari hari ke sehari. Malah di Bukit Setugal pun, dia tidak mempunyai ramai anak-anak muridnya.
Atas kesedaran dia tidak mempunyai anak didik dalam bidang keagamaan serta menyedari masyarakatnya semakin pincang, Lebai Pa bercadang ingin membuka kelas agama. Hasratnya itu disokong oleh Jemilah, isterinya. Dia bercadang hendak berbincang hal tersebut dengan Mat Yasin, Imam Min dan Uda Puat. Tetapi oleh kerana kematian Senah, hasrat itu terpaksa ditangguhkan. Setelah tujuh hari kematian Senah, Lebai Pa pergi menemui Imam Min. Persetujuan Imam Min amat penting kerana Imam Min pada waktu itu ialah Imam sembahyang Jumaat di Bukit Setugal.

Dalam pertemuan Lebai Pa dengan Imam Min, Lebai Pa bersungguh-sungguh mengajak Imam Min mempelopori usaha-usaha dakwah Islamiah di Bukit Setugal. Imam Min yang pada waktu itu baharu sahaja berkahwin dengan wanita suku abad ternyata berat hati untuk mempelopori usaha dakwah itu. Hal ini dapat dilihat dengan jelas seperti berikut:
" Sejak arwah Imam Resat meninggalkan kita, surau kita sudah tidak semakmur dahulu lagi. Bersembahyang jemaah pun susah hendak didirikan. Masyarakat pula sudah jauh daripada ajaran agama. Maksiat bermaharajalela di sekeliling kita menunggu kesempurnaannya. Apakah kita hendak biarkan sahaja diri kita, keluarga kita dilanda oleh angkara kemungkaran itu. Apakah tidak ada lagi sisa-sisa tenaga kita untuk membetulkan keadaan yang semakin pincang ini? " Lebai Pa meluahkan segala kesimpulan yang menjadi tanda-tanya kepada Imam Min sejak tadi.
" Kata-kata Lebai itu memang benar. Saya juga pernah berfikir begitu tapi saya sendiri pun tidak nampak jalan penyelesaiannya."
" Penyelesaiannya dengan menyatakan tanpa takut dan ragu-ragu akan kebenaran Islam yang bersumber kepada al-Quran dan Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w. Kita didik anak-anak yang masih kecil mendekati al-Quran, memujuk anak-anak muda supaya kembali kepada p[enghidupan Islam dan memenuhi kehidupan mereka dengan menuntut ilmu, membangkitkan kembali semangat kepada orang dewasa dan orang-orang tua supaya membentuk kembali akhlak yang mampu menjadi contoh kepada anak-anak mereka," Lebai Pa bertegas. Segala kata-katanya itu telah dikarang untuk diluahkan sejak semalam lagi. Imam Min mesti ditarik bersama-sama memperjuangkan ajaran Islam yang mempunyai matlamat yang jelas itu.
" Susah Lebai, susah untuk menjalankannya. Bagi diri saya yang serba lemah dan serba kekurangan ini, cukuplah saya menjaga diri saya dan keluarga saya dari diresapi oleh segala penyakit yang meresapi masyarakat Kampung Bukit Setugal ini," Imam Min mengaku terus-terang pendiriannya terhadap apa yang dikemukakan oleh Lebai Pa.
Hati Lebai Pa bagaikan terjerit-jerit, terpekik-pekik dan terlolong-lolong mendengar kata-kata Imam Min itu. Apakah itu kata-kata yang layak diluahkan oleh seorang Imam? (5)
Namun begitu, Lebai Pa tetap bertekad hendak mempelopori semula penyebaran syiar Islam di Bukit Setugal. Untuk itu, dia telah berpakat dengan Mat Yasin, Uda Puat dan Pudin. Mereka bersetuju tarikh 10 Muharram sebagai tarikh mula pembukaan kelas agama di surau Bukit Setugal. Satu kenduri kecil akan diadakan dan kepala keluarga di Bukit Setugal akan dijemput mendengar taklimat pembukaan kelas agama itu.

Tetapi perancangan Lebai Pa itu tidak menjadi kenyataan. Mat Yasin terpaksa pergi ke Paya Jaras untuk menguruskan harta pusaka peninggalan bapanya. Sementara itu, Uda Puat terpaksa menghantar isterinya yang sakit ke hospital. Pada 12 Muharram, mereka dapat berjumpa semula. Namun begitu, perbincangan lanjut tentang perancangan membuka kelas agama itu tertangguh. Ini disebabkan Imam Min yang datang ke surau menggesa Lebai Pa menghalang niat Pak Soh, ketua kampung yang hendak memindahkan tapak masjid baru dari tanah waqaf Imam Resat ke kawasan tanah lapang berhampiran reserve parit dan jalan raya.

Bertolak dari sini, Lebai Pa menghabiskan waktu membuat kajian daripada kitab-kitab agama mengenai tanah wakaf. Dengan bantuan Mat Yasin, kitab-kitab tersebut diperolehi. Pada hari Jumaat, setelah selesai berjemaah solat Jumaat, Pak Soh hendak membuat undian menentukan tapak masjid baru. Tetapi dengan tegas, Lebai Pa menyatakan penentangan terhadap hasrat Pak Soh itu. Pandangan Lebai Pa itu mendapat sokongan para jemaah. Dengan itu, Pak Soh terpaksa menarik kembali cadangannya. Pak Soh kecewadan berdendam terhadap Lebai Pa.

Rupa-rupanya penentangan Lebai Pa ke atas hasrat Pak Soh itu membawa kesulitan kepada Lebai Pa. Fitnah-fitnah bertebaran memburuk-burukkan keperibadian dan perjuangan Lebai Pa. Islam adalah agama yang menyeluruh, mencakup semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan watan, atau pun pemerintah dan ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan pemikiran. Akidah yang benar dan ibadah yang sah." (6)

Rupa-rupanya penentangan Lebai Pa ke atas hasrat Pak Soh itu membawa kesulitan kepada Lebai Pa. Fitnah-fitnah bertebaran memburuk-burukkan keperibadian dan perjuangan Lebai Pa. Di hadapan Sheikh abdul Qahar, Lebai Pa menegaskan inti perjuangan Islamnya seperti berikut.

Islam adalah agama yang menyeluruh, mencakup semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan watan, atau pun pemerintah dan ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan pemikiran. Akidah yang benar dan ibadah yang sah." (6)

Ruanglingkup dakwah yang ingin disampaikan oleh Lebai Pa itu ternyata sangat bertepatan dengan tasawur Islam. Malah dalam perjuangan yang hendak ditempuhinya, ternyata Lebai Pa mempunyai keyakinan dan keteasan yang jitu. Ini dapat dilihat lagi dalam pengakuannya berhubung arah tuju dakwah Islamiahnya.

" Jika pada pandangan tuan, apa yang saya perjuangkan ini adalah salah, saya rela dihukum. Saya rela! Jika saya dipenjara, saya berkhalwah. Jika saya dibuang negeri, saya melancong. Jika saya dibunuh kerana menegakkan perjuangan suci ini, saya mati syahid."(7)

Melalui pertemuan dengan Syeikh Abdul Qahar, Lebai Pa mengetahui bahawa Tuan Kadi itu ialah anak Midin, shabatnya di Kampung Padi Setempat. Lebai Pa berasa terharu. Syeikh Abd. Qahar sendiri menghantar Lebai Pa pulang. Di rumah Lebai Pa, Syeikh Abd. Qahar mencadangkan supaya Lebai Pa mendirikan sekolah agama berhampiran rumahnya. Dia berjanji akan membantu Lebai Pa mendirikan bangunan madrasan dan membekalkan tenaga pengajar. Lebai Pa bersetuju dengan cadangan itu.

Rupa-rupanya sewaktu pemergian Lebai Pa ke Pejabat Kadi Daerah Kalisendung itu, Tijah dan Kidam telah pergi ke rumah Uda Puat lalu mengancam Uda Puat. Uda Puat dipaksa menghentikan kegiatan keislamannya jika dia mahu hidup aman damai di Bukit Setugal. Tijah juga telah pergi ke rumah Lebai Pa menemui Jemilah bagi tujuan mengambil semula murid-muridnya yang belajar andam-mengandam. Walaupun begitu, bekas anak murid Tijah itu tidak mahu lagi belajar andam-mengandam. Ini menaikkan kemarahan Tijah. Tijah mencaci keperibadian Lebai Pa di hadapan Jemilah.

Sesungguhnya Lebai Pa tidak mengetahui ancaman Tijah dan Kidam itu sehinggalah Mat Yasin memberitahu hal itu kepadanya. Mat Yasin juga kelihatan lemah semangat setelah Uda Puat mengambil keputusan menarik diri daripada barisa pelopor dakwah Islamiah di Bukit Setugal. Melihat semangat Mat Yasin yang mulai lemah itu, Lebai Pa memberi kata-kata semangat dan perangsang sehingga Mat Yasin kembali bertekad untuk meneruskan perjuangan.

Namun begitu, sebagai manusia biasa, adakalanya semangat itu turun naik. Begitulah yang berlaku kepada Lebai Pa. Tambahan lagi, ancaman dan kata-kata Tijah cukup menjejaskan pendirian Jemilah yang selama ini amat kental keperibadiannya sebagai isteri yang cukup setia dan tidak meragui kesetiaan Lebai Pa. Episod ini dapat dilihat dalam perbualan pada ketika-ketika semangat Lebai Pa dan Jemilah lentur-mundur.

" Tijah mengatakan Pa menyuruh saya mengajar budak-budak perempuan itu dengan tujuan supaya Pa dapat memilih di antara budak-budak itu, seorang perempuan yang nantinya Pa akan jadikan isteri muda Pa."

Lebai Pa tersentak. Kata-kata Jemilah itu bagaikan racun yang amat bisa, memusnah lalu membunuh seluruh jiwa raganya. Patutlah... patutlah Uda Puat tidak sanggup untuk meneruskan perjuangan yang sama-sama mereka terajui. Patutlah Mat Yasin amat rungsing bila menyampaikan pesanan daripada Uda Puat kepadanya tadi. Kata-kata Tijah yang disampaikan oleh Jemilah tadi terlalu bahaya jika merebak ke telinga seluruh penghubi Bukit Setugal yang lebih senang menerima khabar angin tanpa menilai benar salahnya. Pasti... pasti akan ramai anak muridnya akan hilang kepercayaan kepadanya jika mereka itu juga tidak menggunakan pemikiran yang waras meneliti satu persatu benar salahnya tuduhan Tijah itu. Tentu seluruh penghuni Bukit Setugal akan memulaukannya, mencemuh lalu memintanya keluar secara baik dari Bukit Setugal itu. Patutlah...patutlah Imam Min sejak awal-awal lagi tidak sanggup untuk bersama-sama dengannya. Mungkin dia telah dapat mencium lebih awal suasana seperti ini akan berlaku.

" Kalau Pa hendak bernikah lagi, Milah boleh pinangkan budak-budak itu untuk Pa. Milah ini pun sudah tua," Jemilah menyampaikan kerungsingan hatinya bagaikan orang yang tidak ada pedoman lagi.

" Tidak! " Tegas Lebai Pa. Muka Jemilah direnungnya. Jemilah menundukkan mukanya memandang lantai rumah. Rasa kekesalan timbul di dalam hatinya kerana melafazkan kata-kata yang seolah-olah cuba mencurigai kesetiaan Lebai Pa yang dicurahkan kepadanya selama ini. " Saya sudah tua Milah," sambung Lebai Pa bersuara sayu. " Saya sedar diri saya sudah tua. Bukan medannya lagi saya mengejar nikmat dunia yang sementara itu. Cukuplah... cukuplah dengan apa yang telah kita nikmati bersama selama ini," Lebai Pa memejam-celikkan matanya. Semakin dia berbuat begitu, dirasakan matanya semakin pedih. Air-air bening mulai menggenang di bibir kolam matanya.

" Saya menyeru kepada kebenaran Islam bukan untuk mengejar pangkat atau tanda jasa, tidak juga bertujuan untuk meminta sesuap nasi atau upah duitan, tidak berhasrat untuk meminta sanjungan dan kata pujian. Saya melakukan semuanya itu kerana kasih saya kepada penghuni Bukit Setugal ini. Saya ingin membawa mereka daripada cara penghidupan yang jahil tentang hukum-hakam agama kepada kejelasan Islam, daripada kedunguan kepada kebijaksanaan, daripada kesempitan kehidupan kepada keluasan aturan Islam." Lebai Pa mencapai kain serbannya yang tersidah di tepi almari kain lalu menyapu air jernih yang sudah mula berjatuhan dari kolam matanya.

" Sabarlah Pa. Sabarlah. Tuhan tetap menilai setiap apa yang terniat dalam hati Pa itu."
" Sampai hati Tijah menuduh saya begitu."
" Dia itu jahil... tidak berilmu. Janganlah ambil hati sangat."
" Mungkin dia ada masalah lain. Berdoa sahajalah semoga Tuhan meneguhkan hatinya untuk terus dalam jemaah yang akan menyebarkan syiar Islam di Bukit Setugal ini."
" Imam Min sampai sekarang tidak menjenguk muka melihat budak-budak itu belajar."
" Mentuanya di Paya Tubi itu sakit. Kalau mentuanya itu nanti sudah sembuh, mungkin dia ada kesempatan untuk mengajar budak-udak itu nanti."
" Pak Soh... Pak Soh tentu akan terus mencari jalan untuk menghalang usaha saya ini dengan fitnah-fitnahnya yang lebih memedihkan hati saya."
" Janganlah cakap macam itu... tidak baik bersangka buruk kepadanya. Mungkin dia akan insaf bila pegawai dari Jabatan Agama itu menasihatinya nanti. Bawalah mengucap Pa... istighfar." (8)
Tugas dakwah yang paling berat kini ialah meratakan kefahaman Islam dalam masyarakat. Lepai Pa amat merasainya begitu. Oleh itu, Lebai Pa mengambil langkah untuk membina madrasah Islamiah agar ajaran dapat disampaikan. Usaha mendirikan madrasah itu menelan belanja lebih kurang $8,000.00. Namun begitu, menurut Lebai Pa, madrasah itu akan didirikan menurut kemampuan semasa.

Walaupun dalam keadaan keletihan setelah menebas semak-samun di tanah datar di rusuk rumahnya pada sebelah petang itu, Lebai Pa tetap mengajar anak-anak muridnya mengaji al-Quran. Menjelang jam 5.30 petang, berlaku kegemparan oleh jeritan Jemilah di halaman rumah. Lebai Pa mendekati Jemilah. Didapatinya Tijah sedang memeluk Jemilah. Tijah meminta perlindungan diri daripada ancaman Kidam. Sebenarnya Kidam telah memperkosa Tijah. Dia berbuat begitu kerana cemburu oleh kehadira dua orang pegawai jabatan agama ke rumah Tijah.

Jemilah pula meminta Lebai Pa memulihkan Kidam yang gila isim. Lebai Pa enggan. Dia tidak yakin dapat memulihkan kegilaan isim Kidam kerana sudah lama tidak beramal dengan isim-isim persilatan. Jemilah mendesak juga agar Lebai Pa segera memulihkan Kidam sebelum Kidam mengganas dan mencabul kehormatan anak-anak mudir Lebai Pa. Oleh itu, demi menjaga kesejahteraan masyarakat Bukit Setugal, Lebai Pa bersetuju untuk memulihkan Kidam. Dia menyediakan diri dengan amalan sepatutnya dan melangkah menuju ke rumah Pendekar Atan.

Setelah hampir dengan rumah Pendekar Atan, Lebai Pa mendengar bunyi gendang ketawak dipukul. Lebai Pa yakin Pendekar Atan ada di rumah. Dia meneruskan perjalanan dan masuk ke gelanggang silat di hadapan rumah Pendekar Atan. Ternyata Pendekar Atan tiada. Yang ada di situ ialah Majid dan Kidam. Melihat kehadiran Lebai Pa itu, kemarahan Kidam memuncak. Dia cuba menghalang perjalanan Lebai Pa ke rumah Pendekar Atan. Berlaku pertarungan antara Kidam dengan Lebai Pa. Oleh kerana ketuaan usia Lebai Pa dan kurang kudratnya, Lebai Pa dibelasah oleh Kidam. Kidam berhasrat menamatkan sahaja riwayat hidup Lebai Pa.

Tetapi hasrat Kidam itu tidak kesampaian. Dia telah diserang oleh Pudin secara mengejut. Serangan Pudin yang pantas itu menyebabkan Kidam gagal bertahan dan akhirnya Kidam tewas. Berita Lebai Pa dibelasah oleh Kidam itu tersebar ke seluruh kampung Bukit Setugal. Lebai Pa pengsan dan dibaringkan di serambi rumah. Dia diziarahi oleh penduduk kampung. Setelah sedar dari pengsan, Pudin telah mengurut tubuh Lebai Pa. Tepat jam 11.00 malam, Midin dan Syeikh Abd. Qahar sampai ke rumah Lebai Pa. Dengan bantuan Midin, Kidam dapat dipulihkan. Midin mengajak Lebai Pa berziarah ke Padi Setempat. Pada mulanya dia keberatan tetapi akhirnya akur dengan pelawaan Midin itu. Imam Min pula bersetuju mengajar anak-anak muda Bukit Setugal sepanjang pemergian Lebai Pa ke Padi Setempat.
Daripada peristiwa yang telah berlaku itu, Lebai Pa amat menginsafi bahawa kerja-kerja membangunkan Islam perlu dilakukan secara berjamaah. Umat Islam seumpama batu-bata yang saling mengukuh. Dengan perpaduan dan persatuan sahaja, Islam kembali menyinar dan kukuh di bumi Allah.