Saturday, January 28, 2012
Belajar Lagi...
Kawe dapat sambung belajar lagi[edisi lambat neh!heh heh heh]...hmmm...selepas memohon untuk sambung belajar ke peringkat ijazah tahun lepas, keputusannya kawe telah layak.
Walaupun berdebar juga untuk sambung ni, maklumlah dah lama tinggal alam belajar ni...namun kawe tetap bersyukur kerana mendapat peluang untuk meningkatkan taraf hidup keluarga kawe. InsyaAllah, kawe akan lakukan dengan sebaik mungkin demi isteri dan anak-anak.
30 hb Januari ni baru dapat tahu dimana tempat untuk kawe sambung nanti. Kerana semasa memohon dahulu, ada 3 pilihan. Pilihan pertama semestinya opsyen kawe, Muzik di Uitm yang berdekatan...manakala pilihan ke2 dan ke3 pula subjek BM & Pemulihan di IPG berdekatan.
Kalau dapat Uitm, perlu berulang alik ke Shah Alam sekali lagi la nampaknya...[masa bercinta dulu selalu ke sana dengan motor jah!, heh heh heh]. Dan semestinya perlu belajar bahasa Inggeris la pulak!
Tuesday, January 10, 2012
Keputusan Penuh Liga Super 10/1/2012
Sunday, January 8, 2012
Piala Sumbangsih 2012 - Kelantan Naib Juara
Malam tadi kawe sempat bersama-sama sepupu dan kawan2 ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah ( Piala Sumbangsih ). Perlawanan melibatkan pasukan negeri kawe, Kelantan bertemu pasukan Negeri Sembilan.
Perlawanan semalam sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke 4, tetapi diubah ke SNBJ atas sebab ramalan dari pihak kaji cuaca yang mengatakan di Kota Bharu akan menerima hujan lebat sehari dua ini. Oleh itu, kami yang berada sekitar lembah klang berpeluang untuk menyaksikan perlawanan kali ini.
Untuk menyentuh perlawanan semalam, kawe tidak lah pandai sangat. Tetapi apa yang kawe boleh sebutkan disini, pasukan Negeri Sembilan lebih baik dari Kelantan. Apa yang penting, kami akan sentiasa menyokong pasukan Kelantan.
Di sini juga kawe ingin sentuh mengenai sikap segelintir penyokong Kelantan di SNBJ semalam. Masih ada yang mempunyai sikap liar apabila masih ada yang melontar objek2 ke dalam padang. Masih lagi tidak berubah walaupun telah di tegur banyak kali sebelum ini. Kawe sendiri terkena balingan objek di belakang badan. Mujurlah hanya 'Beg Telefon Bimbit' yang dilontarkan. Selepas itu, mujurlah tidak kena balingan 'Bekas Air Minuman' yang hanya lalu di atas kepala kawe. Kawe juga perasan, satu insiden di mana ada seorang dua penyokong berbalah 'mulut' akibat dari kes balingan objek ini. Apa pun, kawe harap insiden seperti ini tidak berlaku lagi.
Penyokong Kelantan juga sepatutnya sudah boleh berubah. Belajarlah menerima kekalahan. Janganlah kerana pasukan kita tidak menang, aksi lontaran objek seperti botol minuman mesti dilakukan. Jadilah penyokong yang matang. Jika tidak boleh kawal emosi, janganlah datang menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium. Cukuplah sekadar menonton di kaca tv sahaja jika ada.
Akhir sekali, kenangan semalam tidaklah seceria kenangan Piala Sultan Haji Ahmad Shah tahun lepas dimana pasukan Kelantan berjaya menewaskan pasukan Selangor. Aksi Liga Super baru bermula, masih ada masa untuk Kelantan menjadi pasukan Juara sekali lagi. Gomo Kelate Gomo.
video semalam

Thursday, January 5, 2012
Bila Hadi Bersekolah!

Pada malam 8 September 2007, kawe dan isteri baru sahaja pulang dari GIANT selepas membeli belah barangan dapur. Kawe teruskan aktiviti malam dengan melayan majlis Anugerah Era. Manakala isteri pula sibuk mengemas barang2 yang dibeli sebentar tadi.

Selepas mengemas, isteri datang untuk menonton bersama2 Anugerah Era. Tiba2, PULP! bunyi seperti sesuatu yang pecah. Terus basah sekitar tempat kami duduk. Nampaknya air ketuban dah pecah. Kalut memang kalut masa tu. Maklum la anak pertama. Tambah2 pula hanya kami berdua di rumah sewa.
Arwah mak mertua pula dalam perjalanan ke KL. Tiada orang lain yang menjadi rujukan kawe pada malam itu selain sahabat terdekat, 'UDO' (terima kasih Udo dan Yah kerana banyak membantu malam itu ) . Selepas bertanya apa yang patut, kami terus ke Hospital Selayang. Waktu itu lebih kurang pukul 12 malam lebih.
Tepat jam 9.05 pagi 09092007, bayi kami yang pertama selamat dilahirkan. Alhamdulliah, syukur padaNya. Semuanya selamat.
09092008, genap setahun umur Muhammad Hadi Marzuqi. Terasa seperti baru semalam Hadi dilahirkan. Belum cukup umur setahun Hadi dah boleh berjalan. Anak kesayangan kini semakin membesar. Tiada yang lain selain Hadi semuanya.

09092009, cukup 2 tahun umurnya. Waktu itu isteri tengah sarat mengandungkan anak kedua. Panggilan Hadi dah kami tukarkan kepada Abang Hadi. Abang Hadi kini dah pandai berkata-kata. Dah pandai serba serbi. Kami berasa amat gembira kerana Abang Hadi bakal mendapat teman bermain.

09092010, kini Abang Hadi berumur 3 tahun. Semuanya dia pandai. Kalau dahulu hanya layan Mickey Mouse Club House, kini dah pandai BEN 10! Semuanya Ben 10. Baju nak Ben 10, Jam Ben 10, mainan pun Ben 10 juga.

09092011, umurnya dah semakin meningkat. Ben 10 dan kini BoBoiBoy pula. Watak animasi tempatan ini menjadi pujaan baru. Sampaikan Kek Hari Jadi pun kami terpaksa carikan gambar BoBoiBoy. Tahun 2011 juga Abang Hadi kini menjadi abang kepada 2 orang adik perempuan.

04012012, Abang Hadi kini memasuki alam persekolahan. Walaupun PraSekolah, kami tetap teruja untuk menghantarnya. Abang Hadi memang ingin sangat bersekolah. Hari pertama dan kedua persekolahan tidak menjadi hari yang meyeronokkan baginya. Abang Hadi tidak biasa tinggal bersama orang lain, dari kecil sehingga kini, kehidupannya hanya Ummi, Huda dan Hani sahaja kerana isteri suri rumah sepenuh masa. Agak sukar untuknya tinggal di kelas. Walaupun dirumah dialah hero kami, tapi hakikatnya Abang Hadi adalah anak yang manja.
Kawe berharap sangat cikgu di sekolah memahaminya dan jangan putus asa melayan karenah anak kawe ini. Oleh kerana perlu jalankan tugas, kawe tidak boleh sentiasa menemaninya di kelas. Kini, baru kawe tahu perasaan ibu bapa yang selalu berada di dalam kawasan sekolah untuk menemani anak mereka ketika di awal persekolahan.
"Terlalu sukar untuk melepaskan mereka terbang bebas sendirian di angkasaraya..tetapi itulah kehidupan...mereka perlu belajar terbang sendirian demi masa depan mereka sendiri..."
Sunday, January 1, 2012
Selamat datang 2012

Hari ni bermula lah tahun baru 2012. Semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun2 sebelum. Tahun ni, kawe dapat mengajar Muzik untuk kesemua kelas di sekolah. Tercapai jugak hajat nak jadi Guru Muzik sepenuh masa..hihihi. BM tetap kena ajar, tetapi satu kelas saja.
Dan juga tanggungjawab besar kawe tahun ni sebagai penyelaras kejohanan Bola Tampar Zon Sentul yang mana SKBE1 bakal menjadi tuan rumah bagi tahun 2012. Dah dibagi tugas ni, buat je la. Bila lagi nak belajar,ye dak?
Tahun 2012 juga jika ada rezeki, kawe akan sambung belajar ke peringkat ijazah. Harap2 bila dapat tawaran nanti, boleh uruskan masa dengan sebaik2nya. Anak dah tiga, jadi kena tingkatkan kewangan la...dengan sambung belajar nanti semoga kehidupan kami akan bertambah selesa. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)