Kelmarin ada terbaca post di fb mengenai perkara ini, tetapi kawe tak pasti la betul ke tidak. Hari ini baca surat khabar berita harian memang terbukti la berita tu. boleh baca untuk keterangan lanjut.
Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang
Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya
hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin.
Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain
bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya,
Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila
dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke
bilik persalinan.
Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.
Marah, kecewa
Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak
untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk
muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan
sepasukan.
Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63
dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup
wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.
Perlu sokongan
Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu
menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak
bukan setakat kemahiran individu.
Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring.
artikel asal di
sini