Saturday, September 18, 2010
Kemenangan pertama Red Warriors dalam Piala Malaysia 2010.
Dan seperti biasa,kawe telah berkunjung ke Stadium untuk menyaksikan Kelantan menewaskan PKNS FC dengan jaringan tunggal Akmal Rizal...
Perlawanan pada separuh masa pertama agak hambar...tetapi setelah memasuki separuh masa kedua,Kelantan mula melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol lawan...
Akhirnya Akmal Rizal berjaya menjaringkan gol untuk pasukan Kelantan pada minit ke 73...
Tetapi PKNS tidak berdiam diri sahaja,malah cubaan mereka membuahkan hasil apabila berjaya mendapat sepakan penalti...
Pada saat Kelantan memerlukan keajaiban,muncullah Syed Adney menyelamatkan penalti...
Penyokong meraikan kemenangan Kelantan dengan meriah sekali...Tahniah The Red Warriors....
M. Rajoli meninggal dunia ( petikan Kosmo 18.9.2010 )
M. Rajoli meninggal dunia
faizal.saharuni@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Selepas tiga tahun menderita akibat menghidap kanser kelenjar otak, pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia pukul 10.45 malam di Hospital Ampang dekat sini semalam.

M. Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @ Mohd. Rajab Mohamed yang hampir setahun terbaring di rumahnya di AU3, Keramat di sini, dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.
Menurut adik iparnya, Mohlis Mohd. Din, 47, keadaan M. Rajoli kritikal sewaktu dimasukkan ke hospital sehingga diberi bantuan pernafasan oleh doktor.
"Pihak hospital memaklumkan dia berada dalam keadaan nazak dan hanya mampu menunjukkan pergerakan mata dan jari," katanya ketika ditemui di hospital.
M. Rajoli meninggal dunia di sisi isteri pertamanya, Hashimah Mohd. Din dan anak bongsu, Mohd. Ariff, 23.
Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan Wan Chik Othman. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha, 34; Nur Muhammad, 33; Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang dilahirkan pada 7 April 1945 itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat pada pukul 11 pagi ini.
Tuesday, September 14, 2010
Bersiap sedia ke Stadium...
Saturday, September 11, 2010
Selamat Hari Raya...meh jale dumoh!
Monday, September 6, 2010
Kelate lwn N.9
ingat maso kecik2 dulu sokmo ikut abah gi tgk bola di stadium...
