Friday, December 7, 2012

Dari minat menjadi kerjaya...

Muzik, itu minat kawe masa zaman sekolah dulu. Kisah bermula ketika kawe tingkatan 3 pada tahun 1997. Masa tu kawe menolong arwah ayah saudara meniaga di kantin sebuah kilang jam di Pengkalan Chepa bersama abe sepupu kawe, Yut. Kawe menolong arwah kerana sebelum itu abe sulung kawe yang selalu menolong arwah telah melanjutkan pelajaran ke matrikulasi Kulim. 

Jadi untuk meringankan beban arwah, kawe membantunya, sekadar membasuh pinggan mangkuk di sana. Oleh kerana selalu bersama Abe Yut, yang selalu memainkan CD lagu band rock tersohor Kelantan iaitu Desire, membuatkan kawe terpaut pada lagu2 kumpulan Desire yang sebelum itu belum pernah kawe dengar. Yang paling terkesan lagu Bias Cinta dan Sentuhan. Yut juga mempunyai sebuah gitar yang selalu dimainkan.

(Album Desire yang selalu dimainkan oleh Yut)

Oleh kerana terlalu terpaut pada petikan solo gitar Lie, membuatkan kawe ingin belajar bermain gitar. Maka, bermula lah sesi mencari guru gitar. Haha, guru gitar kawe yang pertama ialah saing rapat kawe masa tu, Faisol a.k.a Piso. Ketika itu, Piso 'biso' sikit daripada kawe. Maka, dialah menjadi tempat kawe belajar memetik gitar.

Tak lama selepas itu, kawe mendapat tahu ada seorang 'brader' yang 'hebat' bermain gitar di kampung kawe. Mat Yie namanya. Usianya lebih tua, tetapi tidak menjadi masalah untuk melepak bersamanya.  Jadi selalu la kawe melepak di biliknya. Boleh dikatakan  tiap2 malam untuk mendengar beliau 'jamming' dengan 'saing' beliau, Mat Sejuk. Apabila beliau tidak memetik gitar, itulah masanya untuk kawe memetik seketika gitarnya. Beliau selalu memberi tunjuk ajar cara bermain gitar. Secara tak langsung, beliau menjadi guru gitar kawe yang seterusnya. Disini kawe dan beberapa 'saing' belajar memetik gitar bersama-sama. Sempat juga mengikut Mat Yie dan kawan-kawannya 'Jamming' di studio beberapa kali. Setelah Mat Yie mendapat tawaran kerja di luar Kelantan, kawe telah mahir bermain gitar secara asasnya. Maka kawe teruskan belajar sendiri dengan bantuan Piso. 

Pada tahun 2000, setelah tamat belajar sekolah menengah, kawe membantu sekali lagi arwah ayah saudara meniaga. Kali ini di kantin JPJ Panji pula. Disini kawe menyambung pelajaran gitar kawe sedikit sebanyak dengan abe sepupu kawe, Abe EE. Abe E juga membantu arwah di kantin. 

(gambar ketika bercuti dikampung)

Pada tahun 2001, kawe berjaya mendapat tempat di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang dalam jurusan Muzik dan Pengajian Melayu. Disinilah bermulanya masa-masa terhebat dalam hidup kawe. Disini kawe dikelilingi ramai orang yang minatnya sama dengan kawe. Pendi, Apek, Mat Peluk, Nidzar, Gundala, Stiben dan yang paling hebat ialah Mat Siam. Mereka2 ini semuanya rakan-rakan sekelas kawe, MUPM. Itu tidak termasuk nama2 senior yang hebat2. Disini juga kawe menyertai Kelab Gitar Ensembal dibawah bimbingan En.Goh dan isteri. Mereka berdua sangat berbakat dalam bidang muzik. 



(BIG 2001)


(di bilik asrama 2002)


(Gitar Ensembal [Konvo] 2002)


(Gitar Ensembal [Konvo] 2002)


(Gitar Ensembal [2002])


(Gitar Ensembal [2002])


(Malam P.Ramlee & Saloma [2002])


(antara gambar2 ketika belajar di M4P)

Sepanjang berada di M4P, begitu banyak kenangan manis yang dilalui dalam bidang muzik. Dari belajar rekoder sehingga belajar bermain gamelan, semua ilmu asas tentang muzik kawe pelajari disini. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.



(Malam Gemerlapan 2003)


(Pidato Spontan 2001)

(antara gambar2 ketika belajar di M4P)


2004 ialah tahun kawe memulakan langkah sebagai seorang guru muzik. Di SKBE1, tempat kawe curahkan bakti mengajar murid2 asas muzik dalam diri mereka. Kawe cuma mampu mencuit sedikit daripada bakat mereka2 ini. Ianya terpulang kepada mereka untuk meneruskan minat dalam bidang muzik jika itu yang mereka mahukan. 




(antara gambar ketika di SKBE1)

Ianya bermula hanya dengan minat disertai sedikit bakat, bolehlah menceburi bidang muzik. Selagi tidak membawa kita terpesong kearah negatif, maka tidak salah rasanya.

Thursday, November 8, 2012

Hadi dan Spiderman

Hadi & Spiderman kini ibarat isi dan kuku...setiap hari bila balik sekolah jah, mesti nak pakai baju spiderman [ baju jemur tok de kering nyo paka doh...], nok tgk movie spiderman[ brapo kali ule doh tok tahu la...], nok mainan spiderman, nok main game online spiderman, nok tgk kartun spiderman, semuonyo spiderman...kalu buleh nok jadi spiderman.

Ado jah eksprimen nok wat jaring spiderman...hari ni,kawe kelik2, tgk dio ikat tali rafia kat tangan..konon2nya jaring spiderman...hahahaha...kreatif anok abah!

Male ni pulok sakit gigi...duk teriok jah..pah bilo tanyo "nok tgk spiderman ko?" Dio jawab, "Nok, Spiderman 3!"...senyap slaluh...tu baru jenero sambil2 layan spiderman kat Fox Movie 413. Aduh la...nasib baik la langgan astro  Beyond PVR...buleh rekod.


Loni tok laye mano doh Ben 10 & Boboiboy...patung mainan & jam Ben 10 duk merata2 doh...beli patung mainan Boboiboy pun tok teruja lah mano...hahahaha..abah dio pulok hok sungguh cari...maklum la anok jate sore baru...

Tuesday, October 23, 2012

Perjalanan Rombongan Jogho ke Stadium Shah Alam - Penamat

Catatan perjalanan ke Final Piala Malaysia oleh saudara Mohammad Iddham a.k.a Pok Bir pada 19.10.2012 - 20.10.2012. Kawe mengambil kesempatan ini untuk abadikan memori beliau dalam blog kawe ini. Jom kita ikuti pengalaman Rombongan Aral & Pok Bir ke Shah Alam.


Pok Bir dan Rombongan Ke Shah Alam

Hanya sebuah diari perjalanan PB dan sohobat2 yang sanggup naik beng. Duk dengan taik lembu. Bau busuk nak buleh ko sapa Shah Alam. xdop dos raso aircond, minyak wongi, hok canggih2. Ben pagar burok, rumput, dedok, tali lembu, sadat, dan hok oghe xleh nak kato gapo dos. Buke keselesaan, buke kemewahan, buke glemor, buke saham wajah diutamakan tapi semangat ni lah buat PB segar dari demam.

Kesimpulan Perjalanan Rombongan, PB akan mengenang kisah ini sampai bilo2. Selagi hayat ada dikandung badan, tetap akan menjadi memori paling bersejarah dalam final Piala Malaysia 2012. Sebab dale Malaysia xdop lagi oghe bawok Lembu gi Stadium.

Gomo Kelate Gomo! Kemah Bir, kawe tabik demo!

Perjalanan Rombongan Jogho ke Stadium Shah Alam - Episod 5

Catatan perjalanan ke Final Piala Malaysia oleh Saudara Mohammad Iddham a.k.a Pok Bir pada 19.10.2012 - 20.10.2012. kawe mengambil kesempatan ini untuk abadikan memori beliau dalam blog kawe ni. Jom kita ikuti pengalaman Rombongan Aral & Pok Bir ke Shah Alam.






Episod 5 : Perjalanan Rombongan Jogho ke Stadium Shah Alam.


Jam 2.35 petey, PB dan rombongan terdiri daripada Reez Ismail, Mat Yoe, Mohd BazliAzli Ibrahim dan Emie pakat naik beng pagar nak g Stadium Shah Alam.. maso ni alik belakang ben ada derro R.. ada derro TRW.. ada derro Pas.. ada derro kelate.. maso ni PB, Reez, Poklie, dan Mat Yoe duk alik belakang ben pagar.. pakai semutar belako dengan kain lepah.  Meme oghe kampung kelih caro makai nyo. Napok sangat darat supo ruso masuk kampung. Aral ada maso ni duk dale keadaan molek. Bermulalah perjalanan ke Stadium Shah Alam dari Taman Selasih Fasa 1 Greenwood. 

Tok dea sekilo jale beng lagi..bunyi doh oghe buat pekkkkttt..xkiro oghe luar..oghe kelate samo teloh..penuh bui hon..siap akat deroo..siap amik gambar..siap suruh selow drebar..oghe semua pakat nak amik gambar..xsapa lagi ni lebuhraya nkve..penuh dos..lepas amik kad transit di duta nkve..semua pakat wat double signal iring beng pagar PB ko shah alam..maso ni tuhe jah tau perasoan saeng sobat atah ben, nak oyak bui bekali kejut ko guana ada lembu atah beng nak g tgk bola..

Maso ni ada beratus amik gambar..meme ramai..meme jadi maskot la..baye lah bermula di Duke sapa ko Shah Alam di api stop politeknik..oghe panggil nama Pokbir terrr..maso ni lah palo angin dewa dewa maghi..hahahaha..masuk kelilingperkarangan stadium dari belakang giant sapa ko pusing kali kedua nak oyak bui..beginilah ceritanya episod 5..hahahaha..semanagt Jogho meme bagi puak2 PB suatu semangat perjuangan kekal abadi..

Perjalanan Rombongan Jogho ke Stadium Shah Alam - Episod 4

Catatan perjalanan ke Final Piala Malaysia oleh Saudara Mohammad Iddham a.k.a Pok Bir pada 19.10.2012 - 20.10.2012. kawe mengambil kesempatan ini untuk abadikan memori beliau dalam blog kawe ni. Jom kita ikuti pengalaman Rombongan Aral & Pok Bir ke Shah Alam.



Episod 4 : Perjalanan Rombongan Jogho ke Stadium Shah Alam.

Bangun pagi jam 8 pagi, hok lain serupo Emin, Mohd Bazli dan mat yoe xkaba apo lagi..ambo g gerok Wan Irwan Wan Ismail mari lah nak g beli bunga melor di Sentul..pat india duk jual..nak beli kalung sakut lembu ag..bangun2 la takut lewat ni..pah PB dengan xmandi g la nak motor Wan Izzat bergekndong tae kain sarung.. hahahaha..sapa di Sentul PB turun beli bunga melor pat auntie (nama oghe india)..pah tuh litah jale pulok g beli bunga kalung pat unclee (nama oghe india)..duk meta Bas Kelab Penyokong Kelate lalu..bokali hairan guana pakai kain sarung baju trw duk beli bungo pat india ni.. hahahaha.. bocaro apo.. PB pun g tunggu pat mutor..duk berselo beley2 isap rokok daun..keno tunggu 20 minit sebab nak wat bunga kalung..pah uncle panggil..siap dos tuh..pah dio kata bunga ini harga RM20..aiyaa uncle mahal nya..bunga ni saya mahu letak sama lembu..tuhan uncle nak arak masuk stadium shah alam..kasi murah la uncle..uncle bui RM15 lepas tuh mitok lagi bunga2 kecik 2, 3 genggey..hahahahaha..


Naik la mutor sapa dumah..tgk puak2 ni baru bangun tido..maso ni xmandi belako lagi, tiba2 Azli Ibrahim danIbrahim Salleh sapa, nak tgk jogho lagu mano..planning nak wat turun lembu..nak mandi biar napok comey..masa ni jam 10 pagi..wat turun mandi tuh PB sabun la Aral..mat yoe pun mandi la samo2..acu mandi berok depey tanggo..berok nyo berok..jawap mama nak bui rezeki la tuh..Tiba tiba lembu lucut tali..Ya Allah lembu nyo lari po kudo... lajunya..habis kalut ni..sudoh dos la..pakat habis berlari ambat..PB pakai sarung kaki ayam hungga jugok..emiey xbaju kaki ayam berlari..habis pening..nge mutor ada belako..antaranya Reez Ismail..maso ni jugok Mimie Make Up pun kelih jugok..pakat bimbe takut lembu rukah lebuhraya Duke buleh pekdos la..hambat2 tu gak dea di Bomba Taman Melewar..lembu pijok kaki reboh..xbeso..habis oghe perumahan pakat tubik..bokali hairanlah wei mari mana lembu ni kat2 duduk puluh2 tahun xdop lagi lembu..subhanaallah maso ni meme xtau apo..semua pakat rusim..nak pisoh lembu jadi sejuk tu gak ada kat sejam..nak pisoh baru ni..mugo lingo lembu gebeng time ni..xpisoh atah ben lagi ni..tuhan jah tau..oghe berderru..2 jam nak pisoh lembu naik beng..maso ni PB dengan Yoe meme xtau nak kato gapo..tgk tali idung lembu xdop..putus..sudoh..nak beli mano pulok..nasib la abe him ada tali lembu..xpero lembu tapi sipe seney nak wat godey oghe jahat masuk dale rumah..hehe..





Episod berair mata dos ni..yoe bergenang airmata..xseko lembu hok jinok selamo kenni jadi lagu ni..kih segar baru lepah mandi..capur xbeso maghi KL..lembu pun culture shock..jangan ingat menesio jah. Maso ni PB xkaba apo..duk berselo atah jale, duk berjerit po oghe gilo..woooouuu woouuuuu nak oyak angin sekok sebok dale dado..pah poklie mari tepuk belakang bereh dos kea ni..PB jerit meme sedih dan terharu sangat2 sebab akhirnya selepas 3 jam lembu baru naik beng, maso ni jam 1tghari xsiap apo2 lagi nak g stadium..PB pun naik mutor duk sipuh..kebah bah bah kain sarung PB..maso ni suka dale sedih..sapa dumah mama pun bui bunga rampai..mama maroh ko PB..mama royak lain kali kalu kata nak bui bunga rampai keno bui..lembu xleh kalu niat2 ni..keno pelepas selaluh..PB pun amik besen g di beng pagar..PB tgk airmuka Aral..meme dio sedih..maso ni PB sero nak reboh..xleh nak tehey sekok sebok nak jerit..PB pun tabur bunga rampai ko Aral..molek sedia kala jadi juruh..lepas ni semua siap nak g stadium shah alam..jam maso ni 1.45 pete..nak tau cerita pengalaman hok xakan dilupakan sepanjang hayat geng2 PB..nantikan sambungannya..


bersambung episod 5..

Perjalanan Rombongan Jogho ke Stadium Shah Alam - Episod 3

Catatan perjalanan ke Final Piala Malaysia oleh Saudara Mohammad Iddham a.k.a Pok Bir pada 19.10.2012 - 20.10.2012. kawe mengambil kesempatan ini untuk abadikan memori beliau dalam blog kawe ni. Jom kita ikuti pengalaman Rombongan Aral & Pok Bir ke Shah Alam.

Episod 3 : Perjalanan Rombongan Jogho ke Stadium Shah Alam.

Beng Pagar PB mula naik Karak..maso ni lah perasaan bangga mula menjelma..xleh nak gambar..beley2 airmata tubik ni..Aral Jogho ambo nak naik lebuhraya Karak..maso ni oghe ramai mulo raso pelik dos..nak g mano Lembu ni naik beng..bayar la tol di Bentong ni..dea lagi ngorat jurutol..hahahaha..gomo kelate gomo lagi..telepon koWan Irwan Wan

 Ismail kato nak sapa dos ni..nati lah jangan tidur..rombongan PB nak sapa dos..bawok Jogho ni..maso ni oghe pakai wat hon..pong pong pong pit pit pit ada belako jenis bunyi hon dengar..gebah lube idung lembu..hahahaha..wat pek la bena kekg puak2 demo buleh tehe ambak aku la..baso xreti aku letih duk cacaey takdi lagi..nati la puak mu..lembu kato..


Litah doh genting sempah..oghe pakat kelih belako dos..bokali nak wat g stadium dos la..masuk terowong sapa la di Tol Gombak..oghe birra jale semua akat tangan lambai2..gomo klate gomo..bunyi duk tepit..meh2 tgk bola dos..semangat puak2 PB mula berkobar2 ni..acu nak berkobar2 sapa dos heh di Greenwood rumah Reez Ismail di taman selasih fasa 1..parking lembu di atah padey depe masjid as syakirin..bui siap2 rumput belako..masuk dale rumah E..so keluarga E duk nati..mama, ayah wan pakat bangun belako wat air kopi..segar butir mato pah jenero..dan esok pagi bermulalah dugaan paling mencabar dale perjalanan..

bersambung episod 4..













Perjalanan Rombongan Jogho ke Stadium Shah Alam - Episod 2

Catatan perjalanan ke Final Piala Malaysia oleh Saudara Mohammad Iddham a.k.a Pok Bir pada 19.10.2012 - 20.10.2012. kawe mengambil kesempatan ini untuk abadikan memori beliau dalam blog kawe ni. Jom kita ikuti pengalaman Rombongan Aral & Pok Bir ke Shah Alam.




Episod 2 : Perjalanan Rombongan Jogho ke Stadiumm Shah Alam.


PB selepas breti di Shell jupo dengan Danial Sabri Buya, PB teruskan perjalanan ko Shah Alam..tapi PB breti di RnR Gua Musang hok baru..duk sini mugo Seri Anum dan Mat Lutut duk nati sini..maso ni meme PB xdop mood langsung..meme sumak la..duk main tawaf RnR masuk koktuh tubik koknih..last2 breti parking alik belakang pat oghe parking b
as..PB turun sekali dengan Tok Minduk ambo Mohd Bazli duk berselo gulong rokok daun..duk bergulong rokok la..lepah habis seputung seputung..PB pun sero lapar g lah beli roti gardenia perisa vanilla dale kedai..PB masuk oghe pakat ngilai..cik abe sauk mano lah kain sarung..hahahahaha..duli apo gak dale hati kato..kito pisoh nak cari angin semangat..tapi xjaddi kijo jugok..PB dengan Tok Minduk naik beng semula nak g ko Shah Alam ni..


Sapo kato beng pagar PB ni selow, betat po kuro..Beng PB laju naik 120km/jam biarlah tulis 90km/jam lebuhraya..hahaha..bersiung naik drebar kito namanya Emie Gong Datok..PB dengan Mohd Bazli duk berdikir habis segala lagu duk alik belakang..siap buat rentok lagi..lembu duk kelih ko puak ambo..menate apo lah puak ni duk melalok dale bukit 7..puak2 ni xtau aku nak nati lari ngamok di KL..biar puak dio pitah la aku kekg..rukah Bukit 7 dengan bergaya..tiba tiba drebar terjun lube dalam..ambo dengan tok miduk alik belakang po oghe letok spring..dio neting ag mano..Tok Minduk ambo nopat syumm pah ko bawoh perut lembu..hahahaha..ambo sikit lagi nak terjun kube pah tanoh..maggok molek drebar..selok PB sapa ketut nak oyak bui..lepas bukit 7 sikit ada masuk miskol berpuluh puluh pakat nanyo duk mana dos..kito pun telepon hok mana sero nak oyak..

Perut ambo dengan Tok Minduk sero lapar dos ni mugo makan nasi pagi takdi jah, pah helo ko Abe Mat nak breti makan nasi di Padang Tengku..makan la denu..PB wat tubik nasi lemok bui hidey belako..semuanya kato sambal ike ayo PB meme terbaik..hehehehe, perjalanan ke Shah Alam bermula lagi, telepon la ko Poknik Theredlanders..poknik nak temu nge PB di Lipis nak ajak makan tea katanya..PB pun breti la..betapa terharunya PB bila poknik sambut dengan cara molek sapa ko nak menitiskan airmata..Di sinilah bermula semangat nak bawok lembu ko stadium shah alam..oyak ko Poknik kato makan tea dos sakni..semula semula la..Poknik pun bui ko ambo RM50..suruh wat makan..nak jerit sero..sapa gitu more nah..oghe nak sambut bui semangat...sms Poknik berbunyi "berjuanglah kembalikan kegemilangan budaya kelate sebab PB berani"..airmata maso ni xpayah royak la meme lipoh kat2 nok..


Lalu masa nak gerok, terlihat bendera PAS yang baru pacok..PB lintah amik buh alik belakang xpasey lagi..bermulalah perjalanan ke Shah Alam dengan sempurna dan sapa sahaja di bandar raub, tiba tiba tukar drebar, kih drebar xdop lesen GDL, tukar drebar dengan Emie hok ada lesen..lepas tuh Polis hok duk nati di cabe nak g Bukit Fraser tuh suruh ben pagar PB breti tepi jalan..loklo dos nak buleh surat ngeley sebab bawok lebih penumpang..lori atau ben hanya 3 oghe sajo PB behey 4 oghe..drebar g pat bawok kemoh polis dos..PB pun turun..turun dengan segala fail dengan keadaan nak amroh capur gerey..nyo sekat rombongan PB..PB pun kato jangan di saman la cik abe dio..kito nak g tgk bola ni..kito buke wat kijo jahat..nak urine..???xnasaboh tubuh gemuk2 belako ni..nak surat beranok lembu PB bui cukup lekat..dengan sekali pengesahan KP Pasir Puteh..nak kato guana..dio baca surat dan permit..polis tuh kato ni lah kali pertama dale sejarah ada oghe nak bawok lembu g stadium..bagus2..polis2 tu kata naik molek ben tuh..semoga selamat sapa..insyaallah kelate mene male esok..xjadi saman..hahahahaha..polis pakat suko lah nakal nakal puak2 kelate ni..masa ni jam 2.55 minit pagi.

bersambung episod 3..

Perjalanan Rombongan Jogho ke Stadium Shah Alam - Episod 1


Catatan perjalanan ke Final Piala Malaysia oleh Saudara Mohammad Iddham a.k.a Pok Bir pada 19.10.2012 - 20.10.2012. kawe mengambil kesempatan ini untuk abadikan memori beliau dalam blog kawe ni. Jom kita ikuti pengalaman Rombongan Aral & Pok Bir ke Shah Alam.



Pok Bir & Aral

Episod 1 : Perjalanan Rombongan Jogho ke Stadium Shah Alam.



Pukul 5 pete, PB baru lepas siap wat nasi lemok 5kilo...wat sambal ike ayo, wat sambal kerang, wat sambal bilis. Umie PB atar PB dengan Poklie ko Sungai Durian. Sebelum sapa Sungai Durian, PB breti buh minyak di Shell Telekong, PB turun dari kreto dengan kain batik dos..ada mokcik tuh kato, guana tea kain tuh..hahahaha, xpo lah PB bertolok dari Mengkebang lepah maghrib masa ni PB dalam perjalanan nak g jupo dengan Pokdin. PB bertolak dari Mengkebang dan naik ben duk alik belakang dengan sohobat @ Yoe anak abe ije bersama Aral..maso ni langit ada napok kerdip binte, ada bule selindung awe, beley2 airmata ambo bergenang, basoh pipi, pah koho sekok sebok jerit atah ben bilo kelih ko Aral..raso xcayo akhirnya Aral buleh ambo bawok g ko Stadium Shah Alam..PB duk atah ben tuh tadoh tangan terima kasih kepada Allah swt, kepada Abe Ije, banyak ag..


Ben PB maso ni hanya ada derro Kelantan sajo..berkibar megoh..bawok harapan jutaan peminat dunia bola sepak nak tgk wat kelik piala..breti di Caltex Laloh oghe tanyo nak g mano bawok lembu..?? Mohd Bazli kato nak bawok g Stadium Shah Alam..oghe tuh mace xcayo..dio suko..xpo lah xcayo gak..breti buh minyak ben pagar, oghe sendiri, dan bertolak sekali dengan keluargaMat Lutut dan Seri Anum..perjalanan kami semua berjalan dengan lancar sekali..dale hati ni PB meme xdop nak suko..nak galok..duk mikir banyak karo..yolo ko aku ni nak bawok heret lembu..lagu mana tanggapan oghe kalu aku bawok lemmbu..pah lembu berok kokse kokde..mesti kato aku dan puak2 aku ni kube majlis..tapi xpo lah..bawok2 dos..gomo g la..breti lah di RnR alik sini Gua Muse, atah ben ni penuh dos taik lembu..Aral naik ben yolo selaluh nyo berok po pusu tinggi..banyak nak oyak bui..bokali gayat..breti cucur di RnR Gua Muse ni..sudah tuh tolok g pah pah ada oghe laung bowok lembu terrr..tapi semangat ni sikit habuk xbui PB naik angin..maso ni meme down terus...


Bertolak la ko Gua Muse, PB napok kibaran derro Pas..breti amik, amik 2 bate..acu nak pacok, tgk derro Pas burok hok zaman Final Piala Malaysia 2010 tembung nge ngundi PRK Galas..xjadi pasey..sekok sebok sero meh2 nak glepar. PB pun g beli rokok Dunhill isap..wat ile tekey..gerok la beley2 telepon duk tangan ni nak jupo dengan Danial Sabri Buya di Shell Gua Musang..sapa di Shell Gua Musang, PB jumpa dengan dio dan maso turun ni sedikit sebanyak sahabat PB hok kenal dale FB ni bui semangat koho2..PB kato ko dio.."pah mano gigi depey demo xdop seputong" jawab dio reboh mutor"..pah dio nak amik gambar..duk la kito ni apo acu nak amik gambar bateri xdop..hahahaha..kenangan buleh wat kiro la jugok..hahahaha..


bersambung episod 2...

Sunday, October 21, 2012

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012

~Tr3bl3~

Kelantan mengecapi kejuaraan Tr3bl3 pada tahun ini setelah berjaya menjulang Piala Malaysia 2012. Kejayaan Kelantan menumpaskan ATM dalam perlawanan Final pada 20.10.2012 melengkapkan koleksi 3 piala untuk musim ini.

Kelantan menang dengan jaringan 3 gol berbalas 2 gol. Gol2 jaringan Kelantan dijaringkan oleh NorShahrul Idlan Talaha[m.44 & m.50] dan juga Indra Putra Mahayuddin [m.96] dalam masa tambahan. Manakala gol2 ATM dijaringkan oleh Rezal Zamri {m.49] dan Marlon Alex James {m.62].

Keputusan penuh perlawanan ATM 2-3 KELANTAN

Kawe sempat ke perlawanan malam tadi bersama2 adik2. Perlawan akhir kedua pada tahun ini setelah kawe sempat juga ke Final  Piala FA 2012 yang lalu. Pada mulanya kawe hanya mahu menonton perlawanan ini di kaca tv sahaja, tetapi mengubah rancangan dan ke stadium juga akhirnya. Ternyata tak sia-sia kawe ke stadium. Perlawanan yang sungguh mendebarkan dan memang berkualiti. Puah hati!

Tiket Final dibeli last minit.


Bersama senior di M4P dulu...lamo dok bertemu mato.

Adik-adik yang bersama-sama ke Stadium Shah Alam.

Stadium yang dipenuhi oleh lautan penyokong Kelantan.


 sorakan kemenangan

sorakan kemenangan




Gol kemenangan Kelantan [Indra Putra m.96]


Tuesday, September 4, 2012

Koleksi Chak Tones untuk TRW 2012

 Koleksi Chak Tones untuk tahun 2012...untuk melihat koleksi tahun 2011, boleh klik sini. Untuk ke album koleksi beliau klik sini.







 

Chak Tones merupakan seorang Graphic Designer di SKB Creative Trading.
Untuk kenali beliau boleh ke facebook beliau. klik sini

Monday, August 13, 2012

Lagu Raya

Tak tahu nak kata apa la...memang terbaek la sapa yang edit ni..hihihi...

Layan je...



Metallica - Musafir di Aidilfitri



Sepultura - Jangan Main Mercun

Sunday, July 15, 2012

Kelantan Dinobatkan JUARA Liga Super Secara Rasmi

Malam tadi Kelantan dinobatkan Juara Liga Super secara rasmi setelah tamatnya perlawanan terakhir Liga Super. Sebelum dinobatkan sebagai juara, Kelantan telah menewaskan Sarawak dengan keputusan 3-1 hasil jaringan kapten marvel Kelantan, Piya [m.62], dan dua gol dari Norfarhan [m.64 & m.66]. Sarawak mendapat gol saguhati jaringan daripada Hairol pada minit 69.

Setelah Kapten Kelantan menjulang trofi Liga Super, majlis sambutan secara besar-besaran telah dilakukan oleh pihak KAFA.

Piya menjulang trofi Liga Super buat kali kedua


Kapten Marvel Kelantan, PIYA

Sambutan sebagai JUARA LIGA SUPER 2012

Thursday, July 5, 2012

Hadi....

17072010




keh sokmo dengar lagu dikir cokek mok bolok nga gomo kelate gomo....





menghiburkan adik...

Thursday, June 7, 2012

Nasran Desire Meninggal Dunia - 7/6/2012

Pada Selasa 5/6/2012,kawe dapat berita daripada sahabat [ex-admin Kelab Peminat Desire(KPD)] yang memaklumkan bahawa Nasran telah dimasukkan ke Hospital Kota Bharu dan menjalani pembedahan kerana diserang penyakit barah hati. Selepas pembedahan itu, dikhabarkan keadaannya kembali stabil. 

Bersama arwah di Showcase DesireX pada 1/7/2011


Petang Khamis, 7/6/2012 kawe mendapat berita lagi memaklumkan saudara Nasran telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.30 petang.  Kawe yang berada di Kuala Lumpur tidak dapat untuk menziarahi arwah yang berada di Kota Bharu. Hanya mampu menghadiahkan Al-Fatihah untuk arwah dari jauh.


Logo Kumpulan Desire

Sedikit info tentang arwah Nasran. Beliau merupakan bekas vokalis kumpulan rock 80-an dari negeri Kelantan iaitu kumpulan DESIRE. Arwah menjadi vokalis untuk rakaman album pertama Desire pada tahun 1988 yang berjudul Sumpitan Senja. Arwah mempunyai suara yang nyaring dan mampu menyanyi lagu2 yang bernada tinggi. Selepas merakamkan album tersebut, arwah menarik diri daripada kumpulan Desire atas beberapa sebab ketika itu. Arwah terus menyepikan diri daripada bidang nyanyian. Pada tahun 2011, arwah telah muncul kembali untuk memenuhi permintaan peminat2nya dan menyanyikan 2 buah lagu terkenalnya iaitu 'Kekejaman' dan 'Pemergian' dalam showcase kumpulan DesireX. Selepas itu, arwah kembali menyepikan diri dan menjalani kehidupan biasa.






Arwah ketika bersama ahli kumpulan Desire (dari kiri Zuki, Rody, Lie, arwah Nasran & Saiful)


Kawe sangat meminati kumpulan Desire dan arwah salah seorang vokalis rock yang sangat kawe minat. Impian kawe untuk bersua dengan arwah menjadi kenyataan pada tahun 2011 yang lalu. Al-Fatihah buat arwah Nasran.












Sunday, May 27, 2012

Guru Oh Guru



Guru Oh Guru

[Lelaki]
Guru oh guru kaulah pelita,
Menerangi kegelapan hidup ini,
Dengan cahaya ilmumu,
Cerah masa depanku,
Jasamu akan ku kenang selalu…

[Perempuan]
Berbakti kepada Negara,
Agama nusa dan juga bangsa,
Hadirmu di dalam hidupku,
Menerangi kehidupanku,
Guru Oh Guru…

[Perempuan]
Negara menghormati dirimu,
Guru…
Bangsa menyanjungi baktimu,
Guru…
[Lelaki]
Negara menghormati dirimu,
Guru…
Bangsa menyanjungi baktimu,

[Perempuan]
Ku…kan sentiasa mengingatimu, Guru…
Kan sentiasa menghormatimu,
Guru…
Kan sentiasa menyanjungimu…
Guru…Cahayaku…

[Lelaki]
Guru oh guru kaulah pelita,
Menerangi kegelapan hidup ini,
Dengan cahaya ilmumu,
Cerah masa depanku,
Jasamu akan ku kenang selalu…

[Perempuan]
Berbakti kepada Negara,
Agama nusa dan juga bangsa,
Hadirmu di dalam hidupku,
Menerangi kehidupanku,
Guru Oh Guru…


[Perempuan]
Negara menghormati dirimu,
Guru…
Bangsa menyanjungi baktimu,
Guru…
[Lelaki]
Negara menghormati dirimu,
Guru…
Bangsa menyanjungi baktimu,

[Perempuan]
Ku…kan sentiasa mengingatimu, Guru…
Kan sentiasa menghormatimu,
Guru…
Kan sentiasa menyanjungimu…
Guru…Cahayaku…

[Lelaki & Perempuan]
Guru oh guru kaulah pelita,
Menerangi kegelapan hidup ini,
Dengan cahaya ilmumu,
Cerah masa depanku,
Jasamu akan ku kenang selalu…
Jasamu akan ku kenang selalu…
Jasamu akan ku kenang selalu…

Monday, May 21, 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012

Akhirnya...Kelantan berjaya menjulang piala FA setelah kecewa 2 kali sebelum ni. Seperti biasa, kawe dan adik beradik dan sepupu2 akan duduk bersama2 di stadium. Final kali ni kawe dan ahli keluarga cukup gembira walaupun menang tipis. Tidak sia-sia abah,mami, paksu Hadi dan penyokong2 Kelantan yang datang untuk menyaksikan final kali ni.

Kelantan menang 1-0 hasil jaringan penalti Mohammed Ghaddar. Kini, lengkap sudah koleksi piala yang dimenangi pasukan Kelantan. Tahniah buat semua pemain dan pegawai KAFA terutamanya Tan Sri Annuar Musa. Gomo Kelate Gomo!

Sampai di Stadium seawal jam 5 petang.

 "Kegembiraan setelah wisel penamat dibunyikan"

 Bersama-sama abah dan adik beradik
Bersama adik ipar yang datang dari kampung




Video Sime Darby[0]-[1]Kelantan
(Sinar Harian)

Saturday, May 19, 2012

Sime Darby FC vs Kelantan, Esok terr...

Esok, kawe akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan Kelantan beraksi di final Piala FA buat kali ke 3. Dua kali sudah kecewa, harap kali ni tidak lagi.

Bersama ahli Keluarga di 'SNBJ' 2009

 Tiket Final 2009 - Kelantan FA mln Selangor FA [ RM15 jah! ]

Kali pertama layak ke Final Piala FA pada tahun 2009, Kelantan tewas di tangan Selangor dalam penentuan penalti. Pada waktu itu, dalam masa tambahan setelah seri 0-0, [90 minit] Kelantan mendahului dengan jaringan Nor Farhan. Tetapi Selangor membalas hasil jaringan Amri. Kemenangan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Kelantan kalah! Kecewa sangat2 masa tu.

 Bersama ahli Keluarga di 'SNBJ' 2011

 
 Tiket Final 2011 - Terengganu FA mln Kelantan FA [ RM30 naik doh! ]

Kali kedua layak ke Final Piala FA pada tahun lepas, 2011. Kelantan bertemu Terengganu. Kelantan mendahului juga melalui gol Nurul Azwan Roya. Tetapi Terengganu dapat menyamakan kedudukan hasil gol sendiri Daudsu. Seterusnya Terengganu mendapat gol kemenangan pada masa tambahan. Kecewa lagi.


Tiket Final 2012 - Sime Darby FC mln Kelantan FA [ RM40 naik lagi...]

Kelantan layak lagi untuk kali ketiga pada tahun ini, setelah layak berdasarkan peraturan gol ditempat lawan. Lawan kali ini dalam Final Piala FA ialah pasukan Sime Darby dari Liga Perdana. Kalau diikutkan, lawan kali ini memang tidak setaraf dengan kedudukan Kelantan yang beraksi di Liga Super. Tetapi, bola itu bulat. Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam masa 90 minit perlawanan. Harapan kawe agar kali ini tidak lagi kecewa seperti kedua-dua final yang lepas.


"Bo lawe setaro demo, Gomo Kelate Gomo"