Thursday, June 30, 2011

Showcase DesireX Esok!

Esok,1.7.2011 kawe akan ke showcase DesireX di 1 Cafe. DesireX akan membuat persembahan buat kali pertama sejak ditubuhkan pada bulan April lalu.


Line-Up DesireX sebahagiannya adalah ex-Desire. Perpecahan berlaku kerana ada salah faham diantara ahli kumpulan...DesireX akan membawa lagu2 cover daripada album pertama dan kedua Desire, iaitu Sumpitan Senja dan Tolak,Campur,Kali,Bagi.

Buat rockers2 diluar sana,kita jumpa esok di 1 Cafe,KL...

Malaysia vs Taiwan

kawe di SNBJ dengan jersi Malaysia

Hari ini merupakan kali pertama kawe menonton perlawanan Malaysia secara live di stadium. Sebelum ini hanya ke stadium jikalau kelate yang beraksi. Agak seronok kerana dapat bersama-sama rakan sejawat yang berlainan negeri menyokong pasukan negara.

Bersama-sama rakan sejawat

Lebih menggembirakan, Malaysia menang dengan keputusan 2-1. Dapat juga bersorak dua kali bersama ribuan penyokong berlainan negeri. Disini kawe ingin mengucapkan Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana menang malam tadi, walaupun masih ada satu perlawanan yang perlu diharungi,iaitu di tempat lawan pula.

Untuk berita tentang perlawanan, klik sini dan sini

Monday, June 27, 2011

Hari Sukan Sekolah

Pada Sabtu lepas, sekolah kawe telah berjaya mengadakan Hari Sukan Sekolah. Pasukan Rumah Biru menjadi Johan baru tahun ini. Tahniah!

Rumah Biru

Tahun ini, tidak seperti tahun2 lepas. Kerja2 selepas sukan dapat dikurangkan kerana tidak lagi perlu menurunkan khemah dan menyusun kerusi2. Ini kerana khemah pada tahun ini semuanya disewa oleh pihak sekolah. Jika tidak, banyak kerja perlu dibuat bermula dengan membuat surat kepada kem askar,ambil khemah,pasang khemah(sebelum sukan)...selepas sukan, menurunkan khemah,susun kerusi2...barulah boleh balik kerumah.

Bersama Cikgu Azminor


Bersama Cikgu Muhamad

Tahun ni juga kawe bertugas sebagai jurugambar pada 'Hari Sukan'. Dengan berbekalkan 'D3000' sekolah, bekerja sambil belajar menggunakan kamera ni lah jawabnya (gambar sendiri harap belas ehsan kamera orang lain). Minggu ni, sibuk untuk menyiapkan buku rekod murid2 pula kerana sekolah akan mengadakan 'Hari Terbuka' pada Jumaat ini dan Larian 1 Malaysia pada Sabtu pula...sibuk weh!

Thursday, June 23, 2011

Bila Tidak Dapat Kawal Amarah

Kerana tidak dapat kawal nafsu amarah, seseorang boleh bertindak diluar batas. Walaupun terhadap orang yang disayangi.

Bekas Suami Tikam Janda Diburu

KOTA BHARU: Polis melancarkan gerakan memburu seorang kakitangan sebuah hospital berusia 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes menikam bekas isterinya menggunakan gunting dipercayai kerana gila talak dalam kejadian, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata berdasarkan siasatan, suspek yang dikenali sebagai Roofeza Abdullah bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di sebuah hospital, di sini.

“Kami (polis) mengesan suspek dan berusaha menangkapnya. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan cedera parah kepada mangsa yang juga bekas isterinya.

“Hasil siasatan, polis menemui senjata yang digunakan untuk mencederakan mangsa dan tindakan segera akan diambil, manakala senjata berkenaan dipercayai milik hospital tempat suspek bekerja,” katanya ketika ditemui di Wad 28, Hospital Raja Perempuan II (HRPZ II), di sini, semalam.

Terdahulu, Azham meluangkan masa kira-kira setengah jam bermula jam 12.15 tengah hari untuk melihat keadaan mangsa yang juga pelatih salun, Hazita Mohamad, 28, yang kini menerima rawatan di wad hospital berkenaan.

Pertemuan singkat terbabit digunakan Azham untuk memberi kata-kata semangat kepada Hazita dan anak lelakinya berusia enam tahun sebelum berjanji untuk menahan bekas suaminya.

Pemerhatian wartawan yang turut mengunjungi mangsa mendapati mangsa masih trauma dan tidak dapat menjawab soalan secara terperinci, meskipun dikelilingi keluarga terdekat.

Selain ditikam, laporan doktor mendapati, wanita itu turut menerima gigitan di lengan kiri tangannya dan lebam.

Baca lanjut disini

Tuesday, June 21, 2011

PC Buat Hal Pulak!

Lepas sembahyang maghrib tadi, kawe terus buka pc. Hajat dihati tu nak edit gambar yang diambil petang tadi. Selesai saja edit gambar2 tu, pc ni terus je 'off' dengan sendiri. Sebelum ni biasa berlaku, tetapi bila 'on' balik, ok saja. Tapi malam ni tak boleh nak 'on' terus. Bengang pun ada. Belum pun sempat nak 'save' gambar2 yang diedit tadi. 'Cilakak' betul.


'Acerpower FE'
(walaupun jenis yang lama, tapi masih berguna)


Lepas cuba godek2(tak tahu apa pun), masih tak boleh buka jugak. Nak kena hantar chek kat kedai la ni. 'Time'2 hujung bulan macam ni pulak dia buat hal. Nasib baik 'notebook' 1Malaysia ni masih ada. Biasanya bila kat rumah memang kawe tak guna 'notebook'ni(sebab kecil sangat). Kena edit lagi sekali. Benci betul kalau kena buat kerja dua kali ni.


Belajar ambil gambar dan 'edit' gambar

Alhamdulillah siap juga edit gambar2 tu(siap upload kat FB dah pun). Tengok pagi esok la macamana, nak hidup ke 'tak nak' pc tu. Kalu 'tak' hidup juga, alamat 'duk' terbiar 'kat' situ la sampai gaji masuk!

Monday, June 20, 2011

Sejarah Terbitnya Majalah UJANG

Kawe copy dari blog Majalah Ujang

UJANG-MAJALAH LAWAK ANTARABANGSA
SEBUAH BIOLGRAFI


JANUARI 1994-HARI ITU DALAM TAWARIKH

“Kau,
Genggam perasaanku,
Bila kau hampir kepadaku,
Kemarau di dalam dada,
Basah bagaikan disirami,
Bayangmu,
Sekilas datang,
Menggangguku dalam lena,
Sulitnya memikirkan,
Perasaan ini,
Datang kau bawa,
Fenomena, di jiwa,
Fenomena, kau cipta,
Fenomena, indah amat mengasyikkan...”

Demikianlah bait-bait lagu Fenomena yang menjulang nama kumpulan Search pada tahun 1989. Kang sebut bait-bait korang ingat kumpulan Flybaits pulak. Kumpulan The Flybaits takde kena mengena dengan ini gambar. Lima tahun selepas itu suatu fenomena lagi tercetus. Bukan kemunculan fenomena El-Nino tapi kali ini dengan lahirnya Majalah UJANG yang nyata mengempar dan menggempakkan dunia kartun tanah air. Umpama gempa bumi, cuma tak tau berapa kiraan dalam richter aje. UJANG-begitulah nama yang diberi dan sememangnya ia sempena nama Kartunis Ujang atau nama sebenarnya, Ibrahim bin Anon yang menjadi tulang belakang dan tulang sumsum di sebalik penerbitan majalah ini. Kartunis Ujang sebelum itu telah pun mencipta nama bersama sebuah majalah humor tuut! (atau secara berterus terang, Gila-Gila) sebelum beralih angin satu badan (maksudnya menyerahkan seluruh jiwa dan raga) ke Kharisma Publications, syarikat yang bertanggungjawab menerbitkan Majalah UJANG. Bersama barisan kartunis yang sudah mula mencipta nama , sedang mencipta nama dan baru nak mencipta nama, kelahiran majalah ini dilihat memberikan impak maksima dan mencetus fenomena kepada industri penerbitan tempatan tika dan saat itu. Jadi huraian ringkasnya atau konklusinya ketika itu, kemunculan atau bayangan Majalah UJANG mula menghantui perasaan para pembaca sehingga ke dalam lena kerana ia membuatkan si pembaca tak kering gusi, memanjang basah gigi ataupun tersenyum-senyum seorang diri.

Majalah UJANG menggunakan tagline Majalah Lawak Antarabangsa dan ia kekal hinggalah ke hari ini. Maskot majalah ini adalah seorang lelaki pertengahan usia yang di antara kelihatan gila, gila-gila, gila-gila bahasa, gila babas (terbabas gila), kurang siuman, tidak berapa waras, sewel, mana-mana satu, kesemuanya atau tiada satu pun daripada yang di atas dan Din Beramboi namanya (kemudian ia ditukar kepada nama Pak Cik Din atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri, luar negeri atau mungkin juga atas sebab kesihatan). Sekilas pandang ia nampak kontroversi biarpun hakikat sebenarnya diri beliau sememangnya versi kontrol hensem. Memandangkan nama Ujang sinonim sebagai gelaran untuk lelaki bujang di Negeri Sembilan maka sedikit sebanyak dialog atau bahasa yang digunakan menggunakan dialek negeri tersebut dan tidak terkecuali Pak Cik Din sendiri. Karakter Pak Cik Din ternyata berjaya menarik perhatian para pembaca dan diri beliau dilihat popular seiring dan sejalan (cam lagu Broery dan Kak Pah) dengan kepopularan majalah itu sendiri serta kartunis-kartunisnya.

Di awal kemunculannya majalah ini menghimpunkan kartunis yang sudah mencipta nama bersama mereka yang baru naik, yang sedang naik dan yang turun naik. Tak terkecuali ada juga yang tak berapa naik sampai ke sudah. Kartunis Gayour, Aie, Nik dan Imuda adalah di antara beberapa nama yang mula-mula menghasilkan karya ketika itu. Uniknya, lain-lain kartunis diberi nama baru, sama ada berdasarkan buah-buahan, tumbuh-tumbuhan ataupun makanan tempatan. Maka timbullah nama-nama kartunis seperti Jering, Bijan, Sukun, Duku, Ciku dan kemudian menjadi berpuluh macam nama lagi, ada yang kemudiannya tenggelam dan tak kurang yang tenggelam timbul. Antara kartunis yang pernah dan masih menaikkan nama majalah ini (serta majalah APO? dan Blues Selamanya) ialah (mengikut alphabet atau alifbata), sekadar catatan bak angin nan lalu ialah (yang tercicir sila masukkan nama)…:

A-Aie, Adonis, Ah Tuck, Aedes, Ah Liow, Are-U (kartunis perempuan)
B-Bawang, Bijan, Bacang, Belitong, Bendi, Buloh, Blue, Bop
C-Ciku, Cendawan, Cendol, Chang
D-Duku, Dedak, Daun Limau
E-
F-
G-Gayour, Genesis/Black Pepper, Gandum
H-Halia
I-Imuda
J-Jering, Jakalll, Joe Labu/Asan, Jambang
K-Keladi, Kangkung, Kunyit, Kobis Bunga, Kaktus/Piston, Kelinci, Kopi, Kuyup
L-Labu, Leen Mafia (perempuan), Lempeng, Lepat, Lalang, Lengkuas, Lambok
M-Manggis, Mona (perempuan), Murtabak
N-Nik, Niezam, Nizam Bachok, Norman
O-Oren
P-Papan, Pandan, Pisang, Petai, Puding, Pac
Q-Padi
R-Rambai, Retah, Rodin, Rudy
S-Sireh, Serai, Sawi, Sukun, Sagu, Spider, Sara (perempuan), Siak, She
T-Taugeh, Tembakau, Topan
U-Ujang, Ubi
V-Vikey
W-
X-
Y-Yaz Malee (pelukis cover & poster)
Z-Zoy
Majalah Ujang pertama terbit pada bulan Januari 1994 dan ia dijual dengan harga RM 2.20 senaskhah. Pada mulanya ia diterbitkan sebulan sekali tetapi tidak lama kemudian, ia dikeluarkan untuk dwi bulanan atau dua kali sebulan atau sebulan dua kali. Cover Majalah Ujang yang pertama memaparkan gambar karakter kartun Ujang bersama karakter Usop Sontorian dan rakan-rakannya (Abu dan Dol), karakter yang diambil daripada di antara siri animasi yang terawal disiarkan di kaca TV tempatan ketika itu. Naskhah nomor wahid, sulung (bukan Wahid Satay atau Yahya Sulong) atau pertama ini melampirkan (bukan Mak Lampir ye) komik Usop Sontorian secara percuma kepada pembaca.

Majalah ini memperkenalkan karya kartun dalam bentuk semuka-semuka dan inilah yang digelar Lawak Antarabangsa biarpun ada yang mempunyai tajuk tetap. Drama empat muka surat juga diperkenalkan untuk menarik minat pembaca di mana ada yang mempunyai penamat cerita dan ada yang bersambung di dalam keluaran berikutnya. Selain kartun, majalah ini juga memuatkan karya humor di dalam bentuk artikel dan di antara kolum tetap yang mula menghuni majalah pada awalnya termasuklah ruangan Asal-Usul, Berpantun Dengan Pak Cik Din, Cerita Satu Malam, Sudut Mari Bercerita, Cerihik, Karya Top, Bintang Barat, Temubual Eksklusif dan ruangan Pak Cik Din menjawab surat peminat, Hoi Pak Cik Din. Ruangan penulisan yang turut dikendalikan bersama oleh kartunis Ujang ini rata-ratanya begitu diminati kerana kelainan ideanya di samping idea-idea kelakar dan segar yang tercetus dari kepala otak beliau.

Majalah UJANG telah mendapat sambutan luar biasa daripada para pembaca serta peminat tidak kira kecik besar, tua muda dan tidak juga mengenal bangsa, keturunan atau etnik. Begitu pun golongan yang dikenalpasti sebagai golongan yang paling ramai membeli dan membaca majalah ini adalah para remaja ataupun pelajar, tak kiralah di sekolah, IPTA atau IPTS, jurusan atau course apa pun, course art & design, course architecture ataupun cosmetic (kosmetik). Ketika zaman kegemilangan atau kemuncaknya, majalah UJANG pernah mencatatkan jualan sebulan sehingga melebihi 100,000 naskhah. Hari ini, majalah UJANG turut dijadikan bahan rujukan ala-ala artifak di dalam proses penghasilan kartun, pembentukan karakter, teknik-teknik mewarna serta bentuk-bentuk stroke dalam lukisan kartun. Sang Kancil pun hidup aman dan damai bersama keluarganya sehinggalah ke akhir hayat (ni saja tambah ni, stail ending buku cerita kanak-kanak). TAMMAT.

Sunday, June 19, 2011

Belajar Guna Nikon D3000

Hari Jumaat lepas adalah kali pertama kawe guna kamera jenis DSLR Nikon D3000. Tak pernah pun terlintas nak guna atau belajar menggunakan kamera jenis ini. Tetapi, oleh kerana tugas yang memerlukan kawe menggunakan kamera jenis ini, maka secara tidak langsung terpaksa belajar menggunakannya. (agak ketinggalan kawe...hihihihihi)



Kamera DSLR Nikon D3000

Tugas yang menyebabkan kawe terpaksa belajar menggunakan kamera jenis ini ialah jawatan kawe di sekolah sebagai jurugambar sekolah. Sebelum ini hanya menggunakan kamera digital biasa sahaja. Oleh kerana pihak sekolah telah melaburkan duit untuk membeli kamera jenis DSLR ini, mahu tidak mahu terpaksa kawe belajar asas menggunakannya.

Contoh kamera digital yang biasa diguna oleh kawe

Nasib baik la sepupu kawe mahir menggunakan kamera jenis ini. Ini memudahkan sedikit kerja kawe. Setelah belajar serba sedikit asas, dan sedikit nasihat agar selalu mencubanya, maka barulah kawe memahami serba sedikit cara mengendalikan gajet ini.

Saturday, June 18, 2011

Tahniah Harimau Malaya!

Kesempatan untuk menonton perlawanan Malaysia bertemu Myanmar malam ini tidak dilepaskan walaupun sekadar di kaca tv. Tahniah kepada pasukan negara kerana memenangi perlawanan pada malam ini dengan keputusan 2-0. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Amirul Hadi(m28) dan Badrol Bakthiar(m55).

Stadium Sultan Muhammad ke-4

Perlawanan kali ini juga mencipta sejarah tersendiri buat negeri Kelantan kerana berjaya menganjurkan perlawanan antarabangsa pertama di SSM4. Walaupun hari hujan, penyokong pasukan negara tetap memenuhi stadium malam ini. Semangat begini yang ditagih oleh pasukan negara. Syabas juga diucapkan buat Ultras Malaya kerana sentiasa menyokong dengan semangat yang tinggi.

Ultras Malaya

Video2 jaringan gol Malaysia.



Gol Pertama



Gol Kedua

Friday, June 17, 2011

Dragon Ball di Ceria 611

Seminggu dua ni kawe layan smula cerita kegemaran masa zaman sekolah dulu2. Dragon Ball kini ada ditayangkan di astro ceria 611. Mula2 tu layan anak2 je tgk saluran kartun ni..alih2 nampak iklan Dragon Ball bakal ditayangkan. Apa lagi, jadi peminat saluran ceria la pulak sekarang ni. Nasib baik sekarang ni mengajar petang...sempat la layan kerana cerita ni ke udara pada pukul 11.30 pagi.

watak2 dalam Dragon Ball

Sekarang ni Marzuqi pun dah terminat sekali tengok Dragon Ball. Masa sekolah rendah dulu, sempat lah baca komik ni...tapi tak pernah beli, sekadar berkongsi dengan kawan2 je. Cerita animasinya pula pernah ditayangkan di TV7 dulu, tetapi tak sempat layan kerana masa tu belajar di Maktab. Sekarang ni cuba layan balik apa yang terlepas dulu tetapi sekarang ni bersama2 anak pula(abahnya yang bersungguh...hehehehe)


Intro cerita Dragon Ball

p/s : Kalau bercerita pasal Dragon Ball ni, kawe ada seorang kawan yang betul2 minat dengan komiknya. Semua episod dikumpulkannya. Tak pernah tertinggal satu episod pun.

Thursday, June 16, 2011

Perlawanan Persahabatan Di SSM4



Buat kali pertama sejak empat atau lima tahun lalu, KAFA tampil sebagai persatuan bola sepak negeri pertama menawarkan diri untuk menganjurkan aksi persahabatan bagi skuad kebangsaan Malaysia.

Skuad Malaysia

Stadium Sultan Muhammad Ke-4 di Kota Bharu bakal menjadi gelanggang pertemuan bagi aksi persahabatan antara skuad Malaysia dan Myanmar pada 18 Jun ini. Ini bakal menjadi perlawanan persediaan bagi skuad negara yang akan menghadapi Taiwan nanti.


Skuad Kelantan 2011
Skuad Pelita Jaya FC

Berita baik juga buat peminat-peminat TRW di Kota Bharu. KAFA telah mengaturkan satu aksi persahabatan diantara Kelantan menentang Pelita Jaya FC di SSM4 pada 2 Julai nanti. Yang lebih menariknya, pasukan TRW bakal dimantapkan dengan kehadiran beberapa pemain import sebagai pemain jemputan dalam aksi itu nanti.

Gomo Kelate Gomo!