Sunday, January 30, 2011

Kelantan menang Piala Sumbangsih 2011






Malam td,(29.1.2011)kawe,saing2 dan adik bradik bersama ribuan penyokong TRW menjadi saksi Selangor tewas ditangan Kelantan...perlawanan semalam memang diantara perlawanan terbaik yang dipertontonkan oleh pasukan Kelantan...memang berbaloi dengan harga tiket yang sedikit mahal dari edisi2 sebelum...






Kelantan menang perlawanan semalam dengan keputusan 2-0..jaringan oleh Norshahrul Idlan Talaha(Mat Yo) dan kapten pasukan Badhri Radzi(Piya)...dan Khairul Fahmi(Apex) telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan...

Tahniah Kelantan...semoga terus maju kehadapan...




untuk ulasan perlawanan semalam sili klik disini http://kelate.net/kelantan-julang-piala-lagi/

Sunday, January 16, 2011

Stadium Sultan Muhammed Ke 4 di baiki...

Lepah ni buleh guna semula la stadium kito ni.....



AZMAN (dua dari kanan) bersama Sathianathan meninjau kerja-kerja membaik pulih permukaan padang di Stadium Sultan Muhammed Ke IV, Kota Bharu semalam.

HASRAT peminat ‘tegar’ The Red Warriors untuk menyaksikan pasukan mereka terus beraksi di Stadium Sultan Muhammed Ke IV, Kota Bharu menjadi kenyataan apabila stadium tersebut kini dalam proses pemulihan dan menaik taraf fasiliti.

Selain itu, masalah lampu limpah sebelum ini yang tidak memenuhi spesifikasi sehingga hampir menyebabkan Kelantan terpaksa beraksi pada sebelah petang juga sedang dalam proses baik pulih dan akan disiapkan dalam tempoh terdekat ini.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu, kerja-kerja menaik taraf dan pemulihan stadium terutama melibatkan padang sedang dilakukan dan mungkin akan siap dalam tempoh seminggu lagi.

Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Perbadanan Stadium mendapat kerjasama dari segi kepakaran memulihkan padang daripada dua kelab golf iaitu Kelab Golf dan Desa Kelantan dan Kelab Diraja Darulnaim.

“Setakat ini keadaan semakin baik dan cuaca juga menyebelahi kita. Kerja-kerja dilakukan secara berterusan untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik.

“Buat masa ini kerja-kerja menebuk lubang untuk pengaliran udara sedang dijalankan dan kita akan menabur pasir sebelum kerja-kerja membaja dilakukan. Kita akan tunggu rumput tumbuh dan akan dipotong sebelum fasa terakhir meratakan padang dilakukan,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, pekerja-pekerja yang terlibat sedang bertungkus lumus melakukan proses penambahbaikan termasuk kerja menanam semula rumput bagi memastikan stadium tersebut dapat digunakan pada perlawanan melibatkan pasukan Kelantan pada 1 Februari ini.

Katanya, selain daripada padang, kerja-kerja membaik pulih serta penambahbaikan lampu limpah stadium sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan tahap cahaya lampu menepati spesifikasi yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Insya Allah, dengan peruntukan yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Perbadanan Stadium, kerja-kerja menaik taraf lampu sudah diluluskan dan statusnya adalah perlu dilakukan dengan segera dan kerja-kerja sedang dijalankan.

“Cuma masalah melibatkan kabel memerlukan masa yang lebih panjang, mungkin dalam dua atau tiga minggu. Namun, apa yang penting kita akan pastikan pencahayaan stadium mencapai tahap minimum 800 lux seperti kehendak FAM dan kemudiannya pihak stadium akan memastikan ia akan lebih baik iaitu melebihi 1000 lux,” ujarnya.

Friday, January 7, 2011

KAFA hulur sumbangan bantu Sairozi


Annuar Musa (dua dari kanan) melihat keadaan Sairozi yang menderita barah tengkuk ketika menyampaikan sumbangan kepada keluarga bekas pemain Kelantan itu di Hopsital Pakar Perdana, dekat Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menghulurkan sumbangan kepada bekas penyerang pasukan negeri itu, Sairozi Daud, 32, semalam yang kini dirawat di Hospital Pakar Perdana, di sini, kerana barah tengkuk.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban yang dihadapi oleh Sairozi dan keluarganya.

"Sumbangan KAFA ini juga sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau yang pernah menabur bakti bersama Kelantan. Saya berharap kesihatan beliau akan bertambah baik dan menjalani kehidupan seperti biasa," ujarnya ketika menyampaikan sumbangan tersebut semalam.

Hadir sama, Pengurus Pasukan Liga Super Kelantan, Azman Ibrahim.

Bekas penyerang Johor FC dan Kelantan itu, dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu dekat sini kelmarin selepas tahap kesihatannya merosot sejak beberapa hari lalu.

Bapa Sairozi, Daud Yaakob mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut.

Menurutnya, sumbangan itu akan digunakan untuk menampung kos rawatan anaknya itu.

"Sejak dimasukan ke hospital dua lari lalu, keadaanya bertambah baik dan menunjukkan sedikit perubahan.

"Jika sebelum beliau kurang berselera, hari ini beliau mula menjamah makanan," ujarnya.

Jersi musim 2011
























Jersi terbaru Kelantan...akan dilancarkan pada petang ini di KB Mall (7.1.2011)

http://kelate.net/kafa-perkenal-pemain-jumaat-ini/

Majlis cukur Nurul Hani Mardhiah





















Pagi 7 Januari kami adakan majlis cukur anak ketiga di rumah kg huda...

Majlis disempurnakan oleh Ust Mad ( Wakil Rakyat Dun Demit )...syukur alhamdulillah...

Wednesday, January 5, 2011

Nurul Hani Mardhiah



























Nurul Hani Mardhiah binti Mohd Hilmi



Hari ni nak gi daftar nama anak ketiga yang lahir pada 3.1.2011 kat Jab.Pendaftaran...nama dah dipilih oleh abah dan uminya...'Nurul Hani Mardhiah'

Khairul Fahmi mula cipta nama...



MUNGKIN sebelum ini tidak ramai yang mengenalinya dan tidak keterlaluan jika dikatakan peminat bola sepak tempatan cukup sangsi terhadap kemampuan pemain ini ketika jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menyenaraikan namanya ke Piala Millenium di Vietnam baru-baru ini.

Namun, itulah hakikatnya – tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Segalanya bermula dengan kesungguhan, keazaman serta sema- ngat untuk sentiasa mahu menjadi yang terbaik dan akhirnya telah membuahkan hasil.

Sosok yang bergelar Khairul Fahmi Che Mat sebelum ini tidak begitu dikenali seantero negara seperti hari ini, malah peminat Kelantan juga seperti ‘enggan’ mengenalinya terutama ketika dia dibayangi kehebatan beberapa lagi penjaga gol utama pasukan The Red Warriors itu.

Berada di belakang Halim Napi dan Shahrizan Ismail, cukup membuatkan anak muda yang baru me- nginjak ke umur 22 tahun itu ‘lemas’ sehingga pernah memasang hajat untuk meninggalkan pasukan negeri kelahirannya.

Khairul Fahmi atau dikenali sebagai ‘Apex’, tidak pernah menyangka bahawa musim 2010 adalah musim paling bermakna buatnya.

Sebaik pulang dari Tanah Suci selepas mengerjakan umrah bersama pemain-pemain The Red

Warriors, ia membuka lembaran baru buat karier bola sepaknya.

Bagaimanapun, sebelum itu ‘Apex’ terpaksa melalui ranjau yang terlalu beronak selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan ketua jurulatih, B. Sathia- nathan membuat keputusan untuk mendapatkan bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussin.

Kehadiran penjaga gol tinggi lampai itu bermakna ‘Apex’ bukan lagi menjadi penjaga gol ketiga tetapi turun satu tahap lagi kepada pilihan keempat yang tentu- nya membuatkan masa depan yang lebih kelam.

Namanya terus disisihkan sehingga dia tidak mempunyai pili- han selain beraksi bersama skuad Piala Presiden semata-mata untuk mengekalkan prestasi dalam saingan liga kompetitif.

Kosmo! memetik ayat yang ditulis di dalam blog jejariruncing. blogspot milik Aimie Harmelia Mohd. Hashumi, buah hati penjaga gol kebangsaan itu sebagai berkata: “Saya teringat masa tu sering kali mendengar keluhan My Incik Apex (Khairul Fahmi), “Nak buat macam mana yunk, I tak bagus, tak main la.”

Luahan tersebut sudah cukup untuk menggambarkan betapa ‘Apex’ berperang dengan perasaan untuk membuktikan bakat yang terpendam serta semangat cintakan pasukan kelahirannya menyebabkan dia memilih untuk terus bersabar.

Sejarah penglibatan ‘Apex’ dalam dunia bola sepak cukup sempurna apabila menerima asuhan di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) kemudian meneruskan cita-citanya di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Dia kemudiannya menyertai pasukan PKNS pada tahun 2007 dan seterusnya dipanggil menyertai pasukan Harimau Muda pada tahun 2008 sebelum memilih untuk pulang menyertai pasukan negeri kelahirannya, ‘Negeri Cik Siti Wan Kembang’.

Pulang ke pangkuan pasukan negeri bermakna cabaran besar perlu dihadapi olehnya, sementelah ketika itu satu reformasi besar- besaran dilakukan oleh KAFA yang diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa membentuk sebuah pasukan negeri yang cukup mantap dengan membariskan beberapa pemain yang lebih berpenga- laman dan berkaliber.

Kembalinya Shahrizan Ismail yang bekelana ke Terengganu sebelum ini serta penampilan semula Halim Napi sudah pasti menipiskan lagi peluang ‘Apex’ beraksi dalam skuad utama dan musim 2008 kelibat pemain yang mengenakan jersi nombor 30 ini langsung tidak kelihatan.

Musim 2009 sekali lagi menyaksikan ‘Apex’ terus tersisih apabila kekebalan Halim dengan sosok tubuh yang tegak dan ketinggiannya menyebabakan pemain vateran itu sentiasa menjadi pilihan jurulatih Peter James Butler manakala Shahrizan pula sentiasa mengintai peluang.

Turun menjalani latihan dengan status sebagai rakan sparring, ‘Apex’ tahu peluangnya juga makin tertutup selepas KAFA sekali lagi membuat kejutan membawa masuk bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney.

Segala-galanya bermula pada 6 Mac tahun lalu apabila dia disenaraikan oleh B. Sathianathan ketika Kelantan terpaksa berkunjung ke Terengganu untuk aksi Liga Super menentang T-Team.

Ketika itu Sathia seperti tiada pilihan lain kerana Syed Adney mengalami kecederaan selain keyakinan pengurusan dan penonton terhadap pemain tersebut juga sedikit berkurangan ekoran bebe- rapa kesilapan mudah yang dilakukan.

Selain itu, Shahrizan juga mengalami kecederaan manakala Halim yang baru pulih daripada kecederaan, belum cergas sepenuhnya menyebabkan ‘Apex’ terpaksa disenaraikan memikul tanggungjawab di gawang Kelantan.

Sama ada takdir atau kebetulan, bermula dari situ ‘Apex’ enggan menoleh ke belakang lagi apabila aksi demi aksinya amat meyakinkan para penonton dan namanya mula menjadi sebutan puluhan ribu penyokong fanatik The Red

Warriors.

Kemuncak prestasinya apabila Kelantan bertemu Selangor pada peringkat suku akhir Piala Malaysia apabila dia berjaya menyela- matkan beberapa percubaan bahaya pasukan lawan selain membantu Kelantan ke peringkat sepa- ruh akhir menewaskan gergasi Lembah Klang.

Kepantasan serta keyakinannya di padang mula memikat jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yang mula memantau kelibatnya dan mula menaruh minat untuk memanggilnya menyarung jersi kebangsaan.

Impian yang lama dipasang menjadi kenyataan apabila ‘Apex’ dipanggil melaporkan diri ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) untuk menyertai skuad kebangsaan dalam misi kejohanan Piala Millenium di Vietnam awal Oktober lalu.

Pulang dari kejohanan tersebut, namanya semakin memuncak selepas Kelantan buat pertama kali- nya berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia selepas penantian selama lebih 80 tahun dan ‘Apex’ adalah antara pemain utama yang membantu Kelantan.

Tugasnya semakin sibuk. Belum pun sempat meraikan kejayaan tersebut, dia diarahkan melaporkan diri bersama skuad Rajagobal untuk persiapan ke Sukan Asia Guangzhou, namun langkah Malaysia hanya terhenti di pusingan kedua.

Akhirnya sinar kegemilangan anak kelahiran Kampung Cherang, Kota Bharu ini semakin jelas kelihatan apabila bersama skuad kebangsaan berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF ke Malaysia setelah menunggu selama 14 tahun.

Ramai yang bersetuju salah satu faktor kejayaan pasukan Malaysia adalah disebabkan kecekapan ‘Apex’ di gawang.

Buktinya, perlawanan menentang Indonesia pada pusingan akhir kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno memperlihatkan bakat sebenarnya.

Mentalnya terlalu kuat untuk ‘diganggu’ para penyokong fanatik sang Garuda walaupun pelbagai cubaan dilakukan dan dia juga de- ngan tenang menyelamatkan sepakan penalti ketua pasukan Indo- nesia, Firman Utina.

Proton Inspira bakal ganti Proton Perdana sebagai kereta rasmi pegawai kerajaan

sumber dari kosmo online

SUBANG JAYA - Proton Inspira atau Proton Perdana Eksekutif baru dicadangkan sebagai pengganti Proton Perdana jenis standard yang kini menjadi kenderaan rasmi pegawai kanan kerajaan.

Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed berkata, cadangan itu sudah dihantar kepada kerajaan dan kini terpulang kepada kerajaan memilih model Proton yang sesuai.

"Dengan adanya model Proton Inspira 2.0 CVT (Transmisi Penghantaran Berubah Berterusan), ia boleh menggantikan model Perdana standard kerana ia lebih murah walaupun mempunyai kelajuan yang sama. Proton Perdana Eksekutif pula akan dinaik taraf supaya lebih berdaya saing," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm