Sunday, September 25, 2011

Dugaan "Ujang Budak Minang"

Sedih kawe baca kisah brader Ujang ni dalam metro hari ni..banyak dugaan yang ditempohnya akibat hak cipta majalah UJANGnya dulu. Sebelum ni kawe ada copy asal usul majalah UJANG daripada blog Majalah Ujang.[boleh baca sini]. Disini juga kawe copy cerita daripada mymetro

Tempah batu nisan untuk kematian

Oleh NORIAH IDRIS
nori@hmetro.com.my



IBRAHIM Anon, 46, pemilik nama kartunis Ujang, pernah mengalami pengalaman perit apabila karya atau lukisannya dipatenkan oleh pemilik sebuah syarikat awal 1990-an sebagai harta inteleknya.

Kisah seperti Aku Budak Minang, Usop Sontorian dan pelbagai watak pernah menghiasi majalah humor sehingga mengangkat popularitinya tetapi syarikat berkenaan menerusi peguamnya terlebih dulu menghantar notis bahawa mereka adalah pemilik Majalah Ujang.

Walaupun sudah turun naik mahkamah dan kesnya bertukar tangan daripada seorang peguam kepada peguam yang lain bagi menghalang syarikat berkenaan, segalanya sudah terlambat.

Menurut undang-undang, dia tidak dibenarkan mengambil mana-mana bahagian dalam majalah itu dicetak semula dalam sebarang bentuk sama ada cetakan, penukaran, penyamaran, edaran, penyerahan atau mempamerkan dalam media cetak, digital dan pelbagai lagi tanpa kelulusan.


“Bayangkan, saya langsung tidak boleh melukis kartun yang pernah saya hasilkan menerusi watak ciptaan saya dalam sebuah majalah, sampaikan kalau lukis gambar pokok pun, saya dikenakan tindakan undang-undang.


“Cubaan mempertahankan hak saya dengan turun naik mahkamah membuatkan segala penerbitan saya terpaksa gulung tikar. Saya dihujani surat dan arahan mahkamah agar segala majalah keluaran saya ditarik balik di pasaran. Hutang dengan syarikat percetakan dan gaji kakitangan semuanya bernilai RM1.8 juta. Akhirnya mahkamah mengisytiharkan saya muflis.

“Bayangkan, saya terduduk dan rasa seakan-akan kehidupan ini direnggut sekali gus rumah tangga saya juga hampir musnah dan memaksa saya lari ke kampung untuk mencari ketenangan. Saya hampir gila dan pernah menempah batu nisan sendiri semata-mata persiapan untuk ‘kematian’ sendiri,” katanya.

Demi menghilangkan tekanan perasaan, dia pulang ke kampungnya di Kuala Pilah tanpa melakukan sebarang kerja kerana buntu memikirkan apa yang berlaku serta fikirannya menjadi kosong.

“Saya berkelana dan wang ringgit memang langsung tiada, sebaliknya hanya berharap ihsan orang ramai. Apabila pulang ke rumah semula, suatu hari emak menegur dan memarahi saya kerana mengerjakan solat dan berulang-ulang hinggakan 14 rakaat. Sebenarnya, ketika itu saya sudah tidak tahu apa yang berlaku seolah-olah dalam dunia yang amat asing,” katanya.

Hampir lapan bulan menyepi diri dan langsung tidak menghiraukan isterinya, Zaiha Abdul Rahman dan empat cahaya mata, ibunya paling banyak memberi kekuatan semangat kepadanya agar bekerja keras demi masa depan dia sekeluarga.

Ujang mengakui yang dia pernah mengusung guni mengandungi gelang untuk dijual dengan harga RM2 semata-mata mencari sesuap nasi. Bahkan, dia pernah melukis potret di kaki lima di sebuah pekan dan menjualnya kepada orang ramai untuk mencari sesuap nasi.

“Bayangkan ketika zaman kegemilangan, saya pernah memperoleh pendapatan RM50,000 sebulan tetapi di zaman kejatuhan, dengan hasil jualan lukisan potret berharga RM10, saya mampu menampung hidup saya untuk dua, tiga hari. Bayangkan ketika melukis potret atau inspirasi daripada kartun saya dan mengabadikan dalam kad ucapan Hari Raya, tiba-tiba saya didatangi surat saman.

“Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, saya sekali lagi tertekan apabila ibu meninggal dunia tiga tahun lalu. Namun segala nasihat dan doanya menjadi ubat paling mujarab buat saya meneruskan kelangsungan hidup ini,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik ini bercerita mengenai arwah ibu tercinta, Ramlah Omar.

Sebagai insan cekal, dia kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu bekas majikannya, pemilik syarikat Creative Enterprise iaitu Jaafar Taib untuk kembali bertugas di syarikat berkenaan.

Namun katanya, selepas itu tidak putus-putus rezeki datang menggolek dan mendapat tawaran menghasilkan kartun untuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Kini, dia bersama syarikat Century Vantage Sdn Bhd yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor menerbitkan majalah komik animasi yang menjurus kepada bacaan untuk semua golongan dan dikenali ‘Animaxi’.

“Apa yang penting dalam hidup, kita harus berfikiran positif. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan namun saya tidak pernah berputus asa bahkan kekuatan saya adalah sifat dalaman yang dimiliki diri ini. Saya sudah menempuh pelbagai halangan besar dan reda dengan ketentuan takdir,” katanya.

Monday, September 19, 2011

Memang Menyusahkan Orang

Hari ni sepatutnya kawe kena pergi taklimat Lagu Wilayah Persekutuan yg baru di DBKL. Pagi2 lagi bersiap sedia kerana biasanya waktu pagi2 ni kawe hanya d rumah kerana mengajar petang. Memang betul2 dugaan la, sampai je KL hujan turun. Nasib baik dah dekat dgn DBKL. Tak de la basah sgt.

Nak dijadikan cerita, sampai2 je tanya kat kaunter pertanyaan tingkat brapa taklimat,di beritahu yg taklimat dah ditunda ke tarikh lain. Hati memang menyumpah seranah la sbb tak dberitahu awal tentang pembatalan ni. Nak blk semula hari msh hujan. Duduk 'sebek' jah la di lobi ni. Dah la petang ni kena dtg sekolah lagi. Memang menyusahkan orang betul la Jabatan Pelajaran KL ni.

Thursday, September 15, 2011

Sorang2 pun Layan...

Malam td kawe sempat ke stadium Selayang untuk menyaksikan perlawanan diantara Kelantan menentang Felda United walaupun hari hujan. Semangat untuk menyokong pasukan Kelantan begitu berkobar2. Pada mulanya ingin ke stadium bersama sepupu kawe tetapi dia membatalkan hasrat kerana hujan dan hanya ingin menonton secara live di TV. Itu tak menjadi hal kerana walaupun sorang2 kawe tetap akan pergi juga.

Sampai di stadium sahaja terus ke kaunter tiket dan masuk. Waktu itu perlawanan baru sahaja bermula. Mencari2 dan mengintai2 juga kut2 terpandang sesiapa yang kawe kenal. Tetapi tiada sorang pun. Jadi Kawe mengambil keputusan untuk duduk dekat dengan pasukan gendang.

Bergegar jantung rasa duduk dekat pasukan gendang

Sewaktu masa rehat, kawe disapa oleh saing sekolah. Mat Ley dan Khuram ajak kawe duduk bersama. Separuh masa kedua baru lah seronok sedikit kerana ada teman berbual. Tetapi sedikit kecewa kerana Kelantan tewas ditangan Felda United dengan jaringan 2-0 walaupun permainan dikuasai oleh Kelantan.

9/9/11 Hari Jadi BoboiboyKu

9/9/2011 hari jadi Hadi yang ke-4

Seminggu cari kedai kek yang ada gambar Boboiboy...akhirnya jumpa satu kedai tu ada gambar Boboiboy...terus tempah.


Kek 'Boboiboy' Hadi


Tak terkata dapat kek 'Boboiboy'

Huda sibuk nak tiup sama


Acara memotong kek 'Boboiboy'

Monday, September 5, 2011

Piala Malaysia Akan Bermula Esok


Esok sudah start Piala Malaysia peringkat kumpulan. Kelantan akan bertemu pasukan Sarawak di tempat lawan. Semoga Kelantan berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dan akan ke Final lagi tahun ni seterusnya bergelar juara.

Raya Dah Abis...

Beraya di rumah abe yie

Selepas pulang beraya di Kampung selama seminggu,kini tiba masanya untuk kembali bertugas. Suka duka sepanjang seminggu di kampung juga tinggal kenangan.

Weng bersama isterinya

Tahniah juga kepada Weng kerana majlis menyambut isterinya berjalan lancar pada 2hb 9 tempoh hari. Semoga berjumpa lagi dengan ramadhan tahun hadapan.InsyaAllah!


Jem selepas Tol Bentong!

Perjalanan pulang ke KL semalam agak lancar walaupun ada sesetengah tempat jem. Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi.