Muzik, itu minat kawe masa zaman sekolah dulu. Kisah bermula ketika kawe tingkatan 3 pada tahun 1997. Masa tu kawe menolong arwah ayah saudara meniaga di kantin sebuah kilang jam di Pengkalan Chepa bersama abe sepupu kawe, Yut. Kawe menolong arwah kerana sebelum itu abe sulung kawe yang selalu menolong arwah telah melanjutkan pelajaran ke matrikulasi Kulim.
Jadi untuk meringankan beban arwah, kawe membantunya, sekadar membasuh pinggan mangkuk di sana. Oleh kerana selalu bersama Abe Yut, yang selalu memainkan CD lagu band rock tersohor Kelantan iaitu Desire, membuatkan kawe terpaut pada lagu2 kumpulan Desire yang sebelum itu belum pernah kawe dengar. Yang paling terkesan lagu Bias Cinta dan Sentuhan. Yut juga mempunyai sebuah gitar yang selalu dimainkan.
(Album Desire yang selalu dimainkan oleh Yut)
Oleh kerana terlalu terpaut pada petikan solo gitar Lie, membuatkan kawe ingin belajar bermain gitar. Maka, bermula lah sesi mencari guru gitar. Haha, guru gitar kawe yang pertama ialah saing rapat kawe masa tu, Faisol a.k.a Piso. Ketika itu, Piso 'biso' sikit daripada kawe. Maka, dialah menjadi tempat kawe belajar memetik gitar.
Tak lama selepas itu, kawe mendapat tahu ada seorang 'brader' yang 'hebat' bermain gitar di kampung kawe. Mat Yie namanya. Usianya lebih tua, tetapi tidak menjadi masalah untuk melepak bersamanya. Jadi selalu la kawe melepak di biliknya. Boleh dikatakan tiap2 malam untuk mendengar beliau 'jamming' dengan 'saing' beliau, Mat Sejuk. Apabila beliau tidak memetik gitar, itulah masanya untuk kawe memetik seketika gitarnya. Beliau selalu memberi tunjuk ajar cara bermain gitar. Secara tak langsung, beliau menjadi guru gitar kawe yang seterusnya. Disini kawe dan beberapa 'saing' belajar memetik gitar bersama-sama. Sempat juga mengikut Mat Yie dan kawan-kawannya 'Jamming' di studio beberapa kali. Setelah Mat Yie mendapat tawaran kerja di luar Kelantan, kawe telah mahir bermain gitar secara asasnya. Maka kawe teruskan belajar sendiri dengan bantuan Piso.
Pada tahun 2000, setelah tamat belajar sekolah menengah, kawe membantu sekali lagi arwah ayah saudara meniaga. Kali ini di kantin JPJ Panji pula. Disini kawe menyambung pelajaran gitar kawe sedikit sebanyak dengan abe sepupu kawe, Abe EE. Abe E juga membantu arwah di kantin.
(gambar ketika bercuti dikampung)
Pada tahun 2001, kawe berjaya mendapat tempat di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang dalam jurusan Muzik dan Pengajian Melayu. Disinilah bermulanya masa-masa terhebat dalam hidup kawe. Disini kawe dikelilingi ramai orang yang minatnya sama dengan kawe. Pendi, Apek, Mat Peluk, Nidzar, Gundala, Stiben dan yang paling hebat ialah Mat Siam. Mereka2 ini semuanya rakan-rakan sekelas kawe, MUPM. Itu tidak termasuk nama2 senior yang hebat2. Disini juga kawe menyertai Kelab Gitar Ensembal dibawah bimbingan En.Goh dan isteri. Mereka berdua sangat berbakat dalam bidang muzik.
(BIG 2001)
(di bilik asrama 2002)
(Gitar Ensembal [Konvo] 2002)
(Gitar Ensembal [Konvo] 2002)
(Gitar Ensembal [2002])
(Gitar Ensembal [2002])
(Malam P.Ramlee & Saloma [2002])
(antara gambar2 ketika belajar di M4P)
Sepanjang berada di M4P, begitu banyak kenangan manis yang dilalui dalam bidang muzik. Dari belajar rekoder sehingga belajar bermain gamelan, semua ilmu asas tentang muzik kawe pelajari disini. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
(Malam Gemerlapan 2003)
(Pidato Spontan 2001)
(antara gambar2 ketika belajar di M4P)
2004 ialah tahun kawe memulakan langkah sebagai seorang guru muzik. Di SKBE1, tempat kawe curahkan bakti mengajar murid2 asas muzik dalam diri mereka. Kawe cuma mampu mencuit sedikit daripada bakat mereka2 ini. Ianya terpulang kepada mereka untuk meneruskan minat dalam bidang muzik jika itu yang mereka mahukan.
(antara gambar ketika di SKBE1)
Ianya bermula hanya dengan minat disertai sedikit bakat, bolehlah menceburi bidang muzik. Selagi tidak membawa kita terpesong kearah negatif, maka tidak salah rasanya.










