Thursday, June 7, 2012

Nasran Desire Meninggal Dunia - 7/6/2012

Pada Selasa 5/6/2012,kawe dapat berita daripada sahabat [ex-admin Kelab Peminat Desire(KPD)] yang memaklumkan bahawa Nasran telah dimasukkan ke Hospital Kota Bharu dan menjalani pembedahan kerana diserang penyakit barah hati. Selepas pembedahan itu, dikhabarkan keadaannya kembali stabil. 

Bersama arwah di Showcase DesireX pada 1/7/2011


Petang Khamis, 7/6/2012 kawe mendapat berita lagi memaklumkan saudara Nasran telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.30 petang.  Kawe yang berada di Kuala Lumpur tidak dapat untuk menziarahi arwah yang berada di Kota Bharu. Hanya mampu menghadiahkan Al-Fatihah untuk arwah dari jauh.


Logo Kumpulan Desire

Sedikit info tentang arwah Nasran. Beliau merupakan bekas vokalis kumpulan rock 80-an dari negeri Kelantan iaitu kumpulan DESIRE. Arwah menjadi vokalis untuk rakaman album pertama Desire pada tahun 1988 yang berjudul Sumpitan Senja. Arwah mempunyai suara yang nyaring dan mampu menyanyi lagu2 yang bernada tinggi. Selepas merakamkan album tersebut, arwah menarik diri daripada kumpulan Desire atas beberapa sebab ketika itu. Arwah terus menyepikan diri daripada bidang nyanyian. Pada tahun 2011, arwah telah muncul kembali untuk memenuhi permintaan peminat2nya dan menyanyikan 2 buah lagu terkenalnya iaitu 'Kekejaman' dan 'Pemergian' dalam showcase kumpulan DesireX. Selepas itu, arwah kembali menyepikan diri dan menjalani kehidupan biasa.






Arwah ketika bersama ahli kumpulan Desire (dari kiri Zuki, Rody, Lie, arwah Nasran & Saiful)


Kawe sangat meminati kumpulan Desire dan arwah salah seorang vokalis rock yang sangat kawe minat. Impian kawe untuk bersua dengan arwah menjadi kenyataan pada tahun 2011 yang lalu. Al-Fatihah buat arwah Nasran.