Sunday, July 31, 2011

DESIRE wujud....by Saiful Desire

DESIRE wujud....by Saiful Desire

Adakah DESIRE wujud di Pasir Pekan..?? di rumah D'Zai di blkg sek.p.pekan.... ??? ......Tanye Ranzmie/Nasran....... Dimanakah konsep DESIRE d cetuskan...... d manakah lagu2 DESIRE bmula.....

Ayoh Pu terharu bila ingat..bila difikir2kan.... bahawasanye..... org yg PERTAMA PERCAYA kt ayoh pu... ialah ARWAH USTAZ OMAR..... (AL-FATIHAH UTK USTAZ.... ayoh pu rindu gurauan dlm sirus USTAZ..... klu tanyo Bae Een.... Bae Een tau sgalo2nyo crite zaman tu....) ... crito zaman muda.... zaman anak2 USTAZ berdarah panas..... Zaman USTAZ jjupo dapur kong USTAZ ltok atas TV ...hehe.... Tp USTAZ x maroh...... ayat2 USTAZ lembut.... tp ayoh pu ingat smpai skarang......

USTAZ beli Drum set.... utk Bae Een mmain..... smpai thp tu.... kepercayaan USTAZ pado ayoh pu..... komen jiran2 sebelah x yah crite ...... psl USTAZ phm minat anak2 dy..... tanggapan org2 kampung pda masa tu kt ayoh pu sbgai mat rock... lain..... tapi USTAZ tetap percaya pada ayoh pu.... rela kuar duit beli drum set... kita x tau sehebat mana USTAZ pekakkn tinge dgn jiran2 sebelah.... phm2 jelah... drum set... Bae Een dk main ari2..........

Ayoh pu bg nama Desire.... Arwah Malik yg wt ukiran logo huruf Desire..... Nasran ari2 d bilik ayoh pu..... bila ada idea lgu.... bru kol lie... dtg amik pektis d pasir pekan......... Bagi ayoh Pu.... Desire bermula d TMN GURU.... bermula nge Bae Een..... Tanpa Bae Een... takkan ade ... Reunion Desire..... xkan ade Cbg 3 Slayer...... Tp satu2nye.... org yg percaya akn cita2 kami.... org yg dh nmpk apa d hdpn.... org yg menyokong apa yg kami buat pada masa itu.... ARWAH USTAZ OMAR...... Abah Bae Een,..... rumah selang baling batu je pecah tingkap... hehe... tp nk ccabut jgok tange tu klu pekong.....

Byk lg ayoh pu nk crite kt sini........... kenangan zmn tu.... zmn vespa.... tp bukey Oi.... hehe... tangisan dlm senyuman.... bila d ingat.... dlm ati ado KAABAH... TERIMA KASIH USTAZ

Psl tu ayoh pu kato dlm fb thn lpas ... masa nk reunion.... klu ada 6 org ahli Desire.... Bae Een adala org ke-6

Dan x hairanlah klu semangat dan pandangan ARWAH USTAZ. ada di hati mereka.... Bae Een.... EE.... Ezi.... Guyub... Amy ... Mustaqim maso tu kecik lg.... oni....

TERIMA KASIH USTAZ...AL-FATIHAH sentiasa utk USTAZ ...Dengarkan salah satu lagu Hit Desire...Pemergian, khas d tujukn utk ARWAH USTAZ...... AL-FATIHAH

Saiful Desire

Terima Kasih kepada saudara Hafizi Ahmad untuk video ini...

Saturday, July 30, 2011

Memori : Motosikal Pertamaku...WS 4424

Pada ketika itu, aku di tingkatan 3 (1997). Abah telah membeli sebuah motosikal berjenama Honda c70 (dikenali dengan nama Honda Bulat di Kelantan). Motosikal itu dibeli daripada seorang kenalan di kampungnya di Kadok. Katanya motosikal itu dilelong oleh pihak polis. Jadi, dapatlah murah sikit. Badannya masih elok walaupun warnanya sudah pudar. Enjinnya masih dalam keadaan baik.

WS 4424 nombor plat pendaftarannyanya. Walaupun usianya yang lama, tetapi bagiku ianya sudah mencukupi untuk aku ke sana sini pada waktu itu. Abah membeli motosikal ini kerana pada waktu itu, motosikal abah yang ada (DAA 43) hendak dijual...(masa itu zaman kegawatan ekonomi). Jadi, boleh lah untuk aku ke sana sini ( waktu tu sibuk belajar gitar) dan untuk abah membawa ke masjid di kampungku.


'WS 4424 ketika diubah suai oleh sepupu'

Naik ke tingkatan 5, motosikal ini lah aku guna untuk berulang alik ke sekolah setelah mendapat lesen. Waktu itu agak terpengaruh dengan aksi bermotosikal..(sekarang orang gelar Mat Rempit). Motosikal ini pernah di ubah suai sedikit..(nak ikut trend kononnya). tetapi tak boleh lawan motosikal kawan2 yang lain...cukup sekadar puaskan hati ketika itu.

Selepas tamat persekolahan, aku menyambung pelajaran ke maktab perguruan. Disana, aku hanya berjalan kaki sahaja. WS 4424 ini ditinggalkan di kampung untuk kegunaan adik2 pula. Tetapi pada waktu itu, sepupu aku yang lebih banyak menggunakannya. Pernah ditukarkan menjadi seperti motosikal Honda c70 kepala petak dan enjinnya diubah suai oleh sepupu tadi.


'WS 4424 di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang'

Semasa semester 4, aku harus membuat praktikum di sekolah. Tugasan ini memerlukan aku berulang alik ke sekolah yang agak jauh daripada maktab ( di Ayer Itam) . Jadi abah telah menghantar WS 4424 ke Penang. Dengan adanya motosikal ini, senanglah aku berulang alik ke sekolah. Sewaktu hampir2 tamat sesi praktikum, suatu kejadian yang tidak diingini berlaku. Aku terlibat dalam kemalangan kecil yang melibatkan sebuah motosikal lain. Oleh kerana pada waktu itu yang membuat salah adalah aku, jadi aku mengambil keputusan untuk menghantar kembali motosikal ini ke kampung...(takut jugak). Jadi WS 4424 kembali ke Kampung Huda. Setelah itu, aku tidak lagi menggunakan motosikal ini.


DAQ 607

Sewaktu hendak ke KL menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik, abah dan mami telah menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada aku. Honda Ex5 bernombor plat DAQ 607. Jadi semakin lama semakin ditinggalkan WS 4424. Yang menggunakan motosikal ini hanyalah abah, untuk kegunaan ke masjid. Lama kelamaan, dengan hadirnya sebuah motosikal lagi yang lebih kerap diguna oleh abah, WS 4424 dibiarkan dimamah usia di belakang rumah.


'WS 4424 ketika terbiar di rumah'

Setelah sekian lama terbiar, abah telah menghantarnya untuk dibaiki semula. Kini, WS 4424 telah berwajah baru semula. Mungkin seperti mula2 ia dibuat dahulu. Kenangan bersama WS 4424 tidak dapat dilupakan. Dari tahun 1997 hingga ke tahun 2011, banyak pengalaman pahit manis ditempuh bersama motosikal pertamaku...WS 4424.


'WS 4424 kini berwajah baru'

Friday, July 29, 2011

Malaysia Tersingkir...Ramai Yang Kecewa!

Semalam tgk live di tv sahaja perlawanan Malaysia vs Singapura...niat asalnya memang nak pegi ke stadium, tetapi membatalkan niat tersebut setelah kecewa melihat permainan Malaysia di Singapura tempoh hari.

'Hanya tengok di rumah bersama anak2 dan isteri'

Niat itu juga dibatalkan kerana Datuk K.Rajagobal tidak merubah line up pertahanan pasukan Malaysia. Setelah melihat senarai 1st 11 Malaysia, terus mati niat untuk ke stadium. Hanya membazir masa, duit dan apa yang akan dapat hanyalah kepenatan.


Memang terbukti setelah melihat perlawanan semalam. DKR memang mengecewakan ramai penyokong Malaysia. Semua percaturan dan pemain yang dibawa masuk sebagai pengganti juga mengecewakan. Dan hasilnya, Harimau Malaya tersingkir dari kejohanan setelah hanya mampu seri di Bukit Jalil. Malaysia tersingkir kerana keputusan secara agregat memihak kepada Singapura, 6-4.


Apek begitu cemerlang semalam

Dalam perlawanan semalam juga, yang boleh dipuji hanya Khairul Fahmi dan Safee Sali sahaja. Amirul Hadi biasa2 sahaja dan yang lain, mengecewakan.

Selepas ini, penyokong hanya boleh menyokong pasukan Harimau Muda(Olimpik) yang telah mengesahkan kemaraan ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik.

untuk analisis perlawanan semalam, klik sini

Wednesday, July 27, 2011

Selamat Pengantin Baru Redhuan dan Nabihah!

Pada hari Ahad (24.7.2011) yang lalu, adik kawe, Mohd Redhuan telah selamat di'ijab qabul'kan dengan pasangan pilihan hatinya, Dr.Nabihah di perkarangan Masjid UPM, Serdang pada waktu pagi.


Dwen dan Nabihah

Sebahagian Keluarga Kami


Pada tengah hari, majlis persandingan kedua mempelai diadakan di Restoran Maeps, Serdang. Majlis ini disertai oleh saudara mara kawe sekitar KL/Putrajaya,Seremban,Perak dan Ampang...itu pun dah ramai...tak semua dijemput..kalu tak, mahu penuh restoran tu dengan ahli keluarga kami sahaja...


Pengantin Tiba di Restoran Maeps

sama cantik sama padan

keluarga kami...ramai lagi tp tak muat stage..mcm nak roboh je...hihihihi

Tahniah sekali lagi abe min ucapkan kepada Weng dan Bhah... Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...amin

Tuesday, July 26, 2011

Kelantan JUARA Piala Presiden 2011

Pasukan Piala Presiden Kelantan 2011

Tahniah pasukan Piala Presiden KELANTAN kerana berjaya menambah koleksi kejuaraan dengan memenangi Piala Presiden 2011 dengan mengalahkan MP Muar 2-1.

video perlawanan malam ini : -




Kelantan 2 - 1 MP Muar

Sunday, July 10, 2011

Senarai Penuh Pemain Yang Dipanggil Wakili Malaysia Menentang Chelsea


Senarai penuh pemain dipanggil untuk mewakili Malaysia bagi menentang Chelsea:

Badri Razi, S.Subramaniam, Rizal Fahmi, Izuan Solahudin, Daudsu Jamaludin(Kelantan)

Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, Ismail Faruqi Ashaari(Terengganu)

Faizal Abu Bakar(Kedah)

Hairudin Omar, Farizal Marlias(Negeri Sembilan)

Syazwan Roslan, Shahrulnizam Mustapha(Perak)

Rozaimi Abdul Rahman(Sabah)

Syazwan Zainon, Azrul Azmi(Felda Utd)

Ahmad Hazwan Bakri(K.Lumpur)

Famirul Asyraf Sayuti(Pahang)

Amri Yahyah(Selangor)

Mohd Azrif Nasrulhaq, Khairul Akhyar(PKNS Selangor),

Manakala selebihnya adalah barisan pemain Harimau Muda yang sedia ada.

Artikel asal dipetik daripada laman Suara Sukan Anda! - Kim Swee Panggil Otai & 4 Lagi Pemain Kelantan Lawan Chelsea

Saturday, July 9, 2011

Sambutan Kepulangan Wira2 TRW

Semalam pasukan TRW telah menerima piala dan wang hadiah pertandingan sebanyak RM500,000.00. Sambutan yang dibuat di Kota Bharu malam tadi amat meriah. Bermula di Lapangan Terbang, pasukan diarak ke Stadium Sultan Muhammad Ke-4 bersama piala Liga Super. Di sini sebahagian gambar2 sekitar semalam...


Julang Piala

Tiba Di Airport


Sebelum Berarak Ke Stadium


Tiba Di Stadium

Wednesday, July 6, 2011

KelantanKu JUARA Liga Super 2011...

champion!!! champion!!! oleeeeeeeee oleeeeeeeee!!! champion!!! champion!!! champion!!! oleeeeeeeee oleeeeeeeee!!! champion!!! oleeeeeeeee oleeeeeeeee!!

Seluruh rakyat Kelate bergembira male ni kerana meraikan kejayaan Kelate menjuarai Liga Super 2011. Kelantan berjaya mengukuhkan kedudukan juara selepas berjaya membenam Sabah di tempat sendiri dengan jaringan 2-1.

2 jaringan MatYo pada male ni bagaimanapun tidak berjaya membolehkannya mendapat gelaran penjaring terbanyak. Ini kerana Abd Hadi Yahya telah menjaringkan gol lebih banyak apabila menjaringkan hatrik pada male ni.Terengganu menang 6-2 menewaskan Felda United di Petaling Jaya. Selangor pula jatuh ke tangga ke3 apabila sekadar seri 0-0 dengan Perak.



Carta terakhir liga musim ini

Tuesday, July 5, 2011

Hari Penentuan Juara Liga Super

Esok, 6 Julai merupakan hari yang bakal menentukan siapakah juara Liga Super 2011. 3 pasukan teratas masing2 mengintai peluang untuk bergelar juara. Kelantan kini memimpin liga dengan 53 mata, diikuti Selangor 51 mata dan Terengganu 50 mata. Sebarang kesilapan yang berlaku malam esok akan memusnahkan impian mana2 pasukan untuk bergelar Juara Liga Super 2011.


Jadual terkini Liga Super 2011 dan jadual perlawanan terakhir musim ini.

Kelantan, pasukan yang benar2 ingin menjadi juara buat kali pertama. Manakala bagi Selangor pula, mereka ingin mempertahankan gelaran juara yang dimenangi 2 musim berturut2. Pasukan Terengganu juga ingin bergelar juara buat kali pertama. Saingan kali ini merupakan yang paling sengit. Bagi kawe, semestinya mahu Kelantan yang menjadi juara.

Esok juga astro akan menyiarkan siaran langsung perlawanan diantara Sabah menentang Kelantan di saluran sukan pertama Malaysia, Astro Arena 801. Jom kita sama2 saksikan malam esok.

Gomo Kelate Gomo!

"Saya Bukan Indra"

Artikel asal diambil daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

PENGHIJRAHAN Indraputra Mahyuddin telah menjadikan posisi sayap pasukan The Red Warriors tanpa pemain. Ramai penyokong pasukan tertanya-tanya siapakah pemain yang akan mengisi kekosongan itu. Persoalan kedua, mampukan pemain yang bakal mengisi tempat Indra itu beraksi sehebatnya?

Kini, selepas beberapa aksi Kelantan dalam Liga M, penyokong mula mengenalpasti pengganti Indra, Nurul Izwan Roya. Walaupun namanya tidak segah Indra namun Nurul membuktikan itu bukan penghalang untuk dia membuktikan kehebatannya.

"Saya tidak boleh menghalang jika penyokong Kelantan mahu membandingkan saya dengan Indra. Tapi, saya ingin menegaskan saya dan Indra adalah dua orang yang berbeza. Corak permainan kami tidak sama walaupun sama-sama bergerak memalui posisi sayap.

"Saya juga tidak mahu peminat membanding-bandingkan kemampuan kami. Saya menghormati Indra sebagai pemain yang lebih pengalaman. Tapi, saya akan memberikan permainan yang terbaik setiap kali diturunkan. Saya tidak pernah anggap diri saya sebagai pengganti Indra," kata Nurul.

Menurut Nurul, dia tidak pernah berasa tertekan apabila ada penyokong yang cuba membanding-bandingkan dirinya dengan Indra kerana tidak pernah di fikirannya mengenai hal itu.

"Bila Kelantan menawarkan saya menyertai mereka, saya tak pernah menganggap bahawa saya diambil untuk menggantikan Indra, sebaliknya saya adalah sebahagian daripada pasukan itu. Jika Indra masih bersama Kelantan sekali pun, saya akan tetap menyertai pasukan ini."

Malah, menurut Nurul, dia telah ditawarkan ke Kelantan sejak musim 2010 namun terpaksa menolaknya kerana masih terikat dengan pasukan Johor FC. Merupakan anak didik Kelantan sejak zaman persekolahan menyebabkan Nurul tidak kekok menyesuaikan diri dengan pasukan barunya itu.

"Kebanyakan pemain Kelantan sekarang adalah rakan-rakan saya ketika mewakili skuad Bawah 12, 15,17 dan 18 Tahun Kelantan. Malah, Norshahrul Idlan Talaha dan Shakir Shaari adalah rakan saya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Daudsu pula adalah rakan sepasukan says di Johro FC," jelas Nurul.

Nurul mengakui, peningkatan pasukan Kelantan serta pengurusan yang profesional menarik minatnya untuk kembali ke negeri kelahirannya selepas lima musim bersama Johor FC.

"Memang dulu saya terpaksa meninggalkan Kelantan kerana tidak yakin dengan masa depan saya jika kekal di sini. Tapi, kini pengurusan Kelantan lebih profesional. Bagi saya, ini amat penting, bukan saja untuk kebajikan pemain tapi untuk pembangunan bola sepak di negeri ini. Lihatlah, dalam masa tiga tahun di bawah pengurusan baru, Kelantan telah mencapai kejayaan," kata Nurul.


Artikel asal di sini

Apek Tidak Dabik Dada

Artikel asal daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

TIGA tahun lalu anak muda berwajah Cina ini duduk di bangku simpanan pasukan Kelantan, menonton aksi penjaga gol, Halim Napi dan Sharizan Ismail, sambil memasang angan-angan.

Melihat ketangkasan seniornya itu "terbang" menyelamatkan bola, dia membayangkan itulah dirinya yang tangkas bak Spiderman. Ketika itu, dia hanya berangan-angan tanpa berani memasang cita-cita untuk berdiri di antara tiang gol pasukan Liga Super Kelantan.

Pada usia 19 tahun, Khairul Fahmi Che Mat memberi masa selamat empat atau lima tahun untuk dia menggantikan Halim dan Sharizan.

Tapi, tuah menusia siapa yang tahu. Hari ini, Fahmi atau lebih mesra disapa Apek di kalangan rakan-rakan adalah benteng utama bukan sahaja kepada pasukan Kelantan, malah pasukan utama negara dan skuad Harimau Muda.

Bertitik tolak daripada kecederaan yang dialami Sharizan dan Syed Adney, Apek diberi peluang oleh jurulatih B. Sathianathan. Kecemerlangannya menyebabkan penjaga gol senior terpaksa memanaskan bangku pemain simpanan sehinggalah sekarang.

"Sampai sekarang saya masih berasa seolah-olah bermimpi. Karier saya meningkat dengan mendadak. Tiga tahun lalu, saya hanya penjaga gol skuad Piala Presiden dan diserap sebagai penjaga gol 'standby' dalam pasukan Liga Super.

"Kini, saya bukan sahaja menjadi penjaga gol utama Kelantan malah pasukan kebangsaan dan Harimau Muda," ujar Fahmi.

Namun, Fahmi tidak mudah mendabik dada dan lupa daratan dengan statusnya itu. Bagi Fahmi, masih banyak yang perlu dipelajarinya dan yakin pengalaman akan mematangkannya.

Cabarannya dalam skuad kebangsaan masih besar dan tempatnya belum terjamin dengan beberapa penjaga gol menunjukkan ketangkasan seperti Syed Adney (Sabah), Farizal Marlias (Negeri Sembilan) dan Mohd Alwee Sarbinee (Terengganu).

"Saya tahu ketiga-tiga penjaga gol ini sentiasa memberi saingan. Tapi, saya tak kisah kerana ia saingan yang sihat dan membuatkan saya sentiasa bekerja keras," kata Fahmi.

"Untuk menambah ilmu saya sebagai penjaga gol, saya menonton video-video aksi penjaga gol antarabangsa seperti Oliver Kahn dan Gianluigi Buffon.

"Saya amat meminati kedua-dua penjaga gol ini. Ketangkasan mereka menarik perhatian saya'" kata Fahmi.

Di samping itu dia juga merendah diri, meminta tunjuk ajar daripada dua penjaga gol veteran Kelantan, Halim Napi dan Sharizan Ismail.

"Walaupun saya kini menjadi penjaga gol utama dan mereka menjadi pemain simpanan, namun pengalaman mereka sangat luas dan boleh saya manfaatkan. Mereka juga tidak kedekut memberi tips dan nasihat kepada saya," ujar Fahmi yang dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada malam Anugerah Bola Sepak Negara 2010.


Baca artikel asal di sini

Saturday, July 2, 2011

DesireX ...Terbaik!

Male tadi, showcase DesireX memang berjaya menghiburkan peminat2 yang hadir dengan lagu2 hits mereka. Akhirnya kawe berjaya bertemu dengan dua orang vokalis Desire yang memang menjadi penyanyi kegemaranku. Juga akhirnya bertemu dengan gitaris DesireX, Saiful dan line-up DesireX yang bermain dengan mantap sekali.

Bersama Nasran - Sumpitan Senja 1988

Bersama Joe - Tolak,Campur,Kali,Bagi

Bersama Saiful DesireX {duduk tengah}

Bersama Line-Up DesireX {Jukie,Iwan,Kawe & Wan}

Vokalisnya, Joe berjaya mengubat rindu peminat2 yang kecewa dengan show Desire sebelum ini yang menampilkan vokalis Puteri Saadong. Joe berjaya menyanyi dengan baik lagu2 daripada album nyanyiannya, Tolak,Campur,Kali,Bagi.

Yang lebih istimewanya show male tadi,dengan hadirnya penyanyi asal Desire, iaitu Nasran. Nasran sempat menyanyikan 2 buah lagu hit dalam album nyanyiannya...Pemergian dan Kekejaman.


Nasran & Joe

Joe

Saiful

Jukie & Iwan