Sunday, May 27, 2012

Guru Oh Guru



Guru Oh Guru

[Lelaki]
Guru oh guru kaulah pelita,
Menerangi kegelapan hidup ini,
Dengan cahaya ilmumu,
Cerah masa depanku,
Jasamu akan ku kenang selalu…

[Perempuan]
Berbakti kepada Negara,
Agama nusa dan juga bangsa,
Hadirmu di dalam hidupku,
Menerangi kehidupanku,
Guru Oh Guru…

[Perempuan]
Negara menghormati dirimu,
Guru…
Bangsa menyanjungi baktimu,
Guru…
[Lelaki]
Negara menghormati dirimu,
Guru…
Bangsa menyanjungi baktimu,

[Perempuan]
Ku…kan sentiasa mengingatimu, Guru…
Kan sentiasa menghormatimu,
Guru…
Kan sentiasa menyanjungimu…
Guru…Cahayaku…

[Lelaki]
Guru oh guru kaulah pelita,
Menerangi kegelapan hidup ini,
Dengan cahaya ilmumu,
Cerah masa depanku,
Jasamu akan ku kenang selalu…

[Perempuan]
Berbakti kepada Negara,
Agama nusa dan juga bangsa,
Hadirmu di dalam hidupku,
Menerangi kehidupanku,
Guru Oh Guru…


[Perempuan]
Negara menghormati dirimu,
Guru…
Bangsa menyanjungi baktimu,
Guru…
[Lelaki]
Negara menghormati dirimu,
Guru…
Bangsa menyanjungi baktimu,

[Perempuan]
Ku…kan sentiasa mengingatimu, Guru…
Kan sentiasa menghormatimu,
Guru…
Kan sentiasa menyanjungimu…
Guru…Cahayaku…

[Lelaki & Perempuan]
Guru oh guru kaulah pelita,
Menerangi kegelapan hidup ini,
Dengan cahaya ilmumu,
Cerah masa depanku,
Jasamu akan ku kenang selalu…
Jasamu akan ku kenang selalu…
Jasamu akan ku kenang selalu…

Monday, May 21, 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012

Akhirnya...Kelantan berjaya menjulang piala FA setelah kecewa 2 kali sebelum ni. Seperti biasa, kawe dan adik beradik dan sepupu2 akan duduk bersama2 di stadium. Final kali ni kawe dan ahli keluarga cukup gembira walaupun menang tipis. Tidak sia-sia abah,mami, paksu Hadi dan penyokong2 Kelantan yang datang untuk menyaksikan final kali ni.

Kelantan menang 1-0 hasil jaringan penalti Mohammed Ghaddar. Kini, lengkap sudah koleksi piala yang dimenangi pasukan Kelantan. Tahniah buat semua pemain dan pegawai KAFA terutamanya Tan Sri Annuar Musa. Gomo Kelate Gomo!

Sampai di Stadium seawal jam 5 petang.

 "Kegembiraan setelah wisel penamat dibunyikan"

 Bersama-sama abah dan adik beradik
Bersama adik ipar yang datang dari kampung




Video Sime Darby[0]-[1]Kelantan
(Sinar Harian)

Saturday, May 19, 2012

Sime Darby FC vs Kelantan, Esok terr...

Esok, kawe akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan Kelantan beraksi di final Piala FA buat kali ke 3. Dua kali sudah kecewa, harap kali ni tidak lagi.

Bersama ahli Keluarga di 'SNBJ' 2009

 Tiket Final 2009 - Kelantan FA mln Selangor FA [ RM15 jah! ]

Kali pertama layak ke Final Piala FA pada tahun 2009, Kelantan tewas di tangan Selangor dalam penentuan penalti. Pada waktu itu, dalam masa tambahan setelah seri 0-0, [90 minit] Kelantan mendahului dengan jaringan Nor Farhan. Tetapi Selangor membalas hasil jaringan Amri. Kemenangan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Kelantan kalah! Kecewa sangat2 masa tu.

 Bersama ahli Keluarga di 'SNBJ' 2011

 
 Tiket Final 2011 - Terengganu FA mln Kelantan FA [ RM30 naik doh! ]

Kali kedua layak ke Final Piala FA pada tahun lepas, 2011. Kelantan bertemu Terengganu. Kelantan mendahului juga melalui gol Nurul Azwan Roya. Tetapi Terengganu dapat menyamakan kedudukan hasil gol sendiri Daudsu. Seterusnya Terengganu mendapat gol kemenangan pada masa tambahan. Kecewa lagi.


Tiket Final 2012 - Sime Darby FC mln Kelantan FA [ RM40 naik lagi...]

Kelantan layak lagi untuk kali ketiga pada tahun ini, setelah layak berdasarkan peraturan gol ditempat lawan. Lawan kali ini dalam Final Piala FA ialah pasukan Sime Darby dari Liga Perdana. Kalau diikutkan, lawan kali ini memang tidak setaraf dengan kedudukan Kelantan yang beraksi di Liga Super. Tetapi, bola itu bulat. Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam masa 90 minit perlawanan. Harapan kawe agar kali ini tidak lagi kecewa seperti kedua-dua final yang lepas.


"Bo lawe setaro demo, Gomo Kelate Gomo"

Wednesday, May 2, 2012

Kelantan Ke Final Lagi... FA Cup 2012

Lamo tok update blog...male nim baru berminat nok update. Perlawanan sebentar tadi memang mendebarkan.

Kedah mendahului dengan jaringan 2-0 pada babak pertama. Memang nampak sangat Kelantan keletihan.

Tetapi pada babak kedua ternyata Kedah bukan tandingan Kelantan malam ni. Kelantan berjaya menjaringkan gol pertama hasil sepakan penjuru dan gol tersebut dijaringkan oleh pemain import pertahanan Kelantan, ObinNa. Gol tersebut memang gol yang dinanti2kan oleh seluruh penyokong Kelantan.

Dan, hero pada malam ni tidak lain dan tidak bukan pemain import serangan Kelantan, Mohammed Ghaddar yang menjaringkan gol hasil kesilapan pertahanan Kedah yang tertampan bola ke belakang.

Dan, yang pasti kawe dan seluruh peminat bola Kelantan akan berkampung sekali lagi di SNBJ untuk perlawanan akhir nanti yang dijadualkan pada 19 Mei nanti.

"Gomo Kelate Gomo"






Video perlawanan Kedah lwn Kelantan 1.5.2012