Tuesday, May 31, 2011

Hashim Mustapha...Part 2 (Suara Sukan Anda)

Dipetik dari Laman Suara Sukan Anda

Hashim Mustapha Mangsa Keadaan Cetusan FAM

**sambungan kpd Part 1, Hashim Mustapha Hero Sepanjang Zaman Bolasepak Kelantan**

Adalah menjadi lumrah, apabila tiba masa seseorang pemain itu menggantung butnya, ada yang bersara atas faktor usia, faktor kecederaan, kegagalan berada dalam kesebelasan utama dan sebagainya, namun dalam kes HASHIM MUSTAPHA, wira sejati sepanjang zaman arena bolasepak Kelantan, ianya atas faktor berbeza.

Keputusan untuk bersara bukan atas kerelaannya, tetapi menjadi mangsa keadaan, apatah lagi Hashim sebenarnya bercita-cita untuk terus bergelar pemain professional, sehingga mencecah usia 40 tahun.

“FAM ni ada mewujudkan satu skim, dia macam tuntutan insuran/pampas an/ganjaran (tiada definisi tepat), di mana apabila kita bergelar pemain professional selama 7 tahun berturut-turut, kita boleh memohon untuk mendapatkan pampasan/ganjaran tu. Tapi bersyarat (tiada masalah disiplin, penggantungan atau sebagainya). Saya pohon, dan saya dapat, tapi wujud kekeliruan, FAM ni dia tak beritahu saya, apabila kita dah dapat pampasan/ganjaran pemain pro tu, kita dah tak boleh main dah, saya sudah bersetuju sambung kontrak dengan TNB, TNB nak daftarkan nama saya musim 2002 tu, tak dapat, FAM cakap saya dah tak layak main, kalau saya tahu, baik saya tangguhkan dulu untuk keluarkan pampasan/ganjaran tu, main sampai umur 40 tahun, cipta satu lagi rekod, walaupun masa tu nak main 90 minit mungkin tak boleh, tapi kudrat saya ni bolehlah kalau nak main 30, 40 minit, tapi nak wat camne, terpaksa gantung but..” – Hashim Mustapha.

Tidak keterlaluan, dan pastinya ramai mengakui andai dikatakan belum ada seorangpun pemain yang mampu menandingi kehebatan Hashim hingga ke hari ini.
foto kredit : coklat strobery/kelate.net
Bercerita tentang Hashim, bekas wartawan dan Ketua Editor NSTP Group, Datuk Hishamuddin Aun, dalam satu kolumnya pada awal 90-an dahulu pernah melabel Hashim sebagai seorang pemain yang menepati segala ciri professional sejati, baik dari segi disiplin, dedikasi, kesungguhan, inspirasi malah ‘role model’ kepada rakan sepasukan.

Bolasepak sudah sebati dalam diri Hashim, pada usia 13 tahun dia sudahpun mewakili Kelab Sri Utama dalam Liga Divisyen 3 Kota Bharu, manakala pada usia 16 tahun sebelum dipanggil mewakili Kelantan, dia mewakili pasukan kelab, PKINK – pasukan yang turut diperkuatkan bekas pemain kebangsaan, Nik Fauzi Hassan.

Kelibatnya di atas padang sudah cukup menghadirkan gerun pertahanan lawan, baik yang berbadan kecil mahupun, bertubuh tegap, sasa persis pemain eropah, maka tidak hairanlah nama Hashim tidak pernah lekang daripada menjadi sebutan dan seringkali menjadi topic utama akhbar tempatan.

Kalau ada seorang pemain tempatan, yang benar-benar dapat menandingi, malah mengatasi kehebatan pemain import pada zaman kegemilangannya seperti Scott Olerenshaw, Fandi Ahmad, Abbas Saad, Peter Nieketien, Alistair Edward, Jose Irriarte dan ramai lagi, ia tidak lain tidak bukan Hashim Mustapha.

Larian pantas, rembatan kencang bak peluru, sentuhan penyudah cukup tajam dan gol-gol memukau, menakjubkan hanyalah secebis daripada deretan kelebihan dimiliki Hashim, yang popular dengan jersi no 10 pernah disarung Dali Omar pada era 60-an dahulu.

“saya ni gelecek bola tak pandai sangat, setakat sorang dua bolehlah, terer Matyo lagi, tapi apabila winger atau rakan lain nk cross bola, saya mesti ada kat tengah..striker kena pandai cari peluang, jangan duk tunggu jer, tak semestinya setiap kali try tu gol, tapi usaha, sekali gagal, dua kali gagal, tapi dalam 10 kali try, mesti akan ada 1 gol, dalam kamus hidup pemain bola tak boleh ada giv up..”

Sebut sahaja nama penjaga gol terhebat ketika itu - Ong Yu Tiang, Mazlan Wahid, Khairul Azman, V.Murugan, Zubir Ibrahim, Halim Napi (ketika itu bersama Perak), Azmin Azram Aziz, Azlisham Ibrahim, semuanya pernah tewas kepada penyerang prolific ini.

Sesuai dengan statusnya selaku pengempur terhebat, Hashim, 3 kali meraih anugerah Kasut Emas penjaring terbanyak Liga Perdana – 1990 (15 gol), 1993 (13 gol), 1994 (29 gol), namun yang tetap segar di ingatannya hingga ke hari ini, muncul penjaring terbanyak pada 1994, tahun yang sama Hishamuddin Aun menulis tentangnya.
foto kredit : coklat strobery/kelate.net
Ini kerana dia beraksi 90 minit dalam kesemua 39 perlawanan musim tersebut – 30 perlawanan liga (ketika itu liga 16 pasukan), 3 Piala FA, dan 6 Piala Malaysia, tanpa terlepas walau satupun perlawanan sama ada digantikan, direhatkan, digantung, atau kerana kecederaan, satu rekod yang belum diatasi mana-mana pemain hingga ke hari ini.

Sepanjang menabur bakti bersama negeri kelahirannya, Hashim pernah mendakap Piala Emas Raja-Raja, Piala Agung, namun gagal membantu pasukannya meraih sebarang trofi utama Liga Malaysia – Liga, Piala FA dan Piala Malaysia, meskipun mara hingga ke separuh akhir Piala Malaysia pada 1993, tewas kepada Kedah.

Mungkin itu juga sebab Hashim beralih angin ke utara tanah air, selepas menyumbang 11 gol untuk Kelantan pada 1995, Hashim memilih untuk menyarung jersi Kedah selama 2 musim (1996/1997), yang ketika itu diperkuatkan Radhi Mat Din, Andre Luis Nascimento dan Mamadou Maryam.

foto kredit : coklat strobery/kelate.net
Musim pertama di Kedah, Hashim membantu Kedah muncul Juara Piala FA buat pertama kali, menewaskan Sarawak 1-0 di final, dan selepas berkelana dua tahun, Hashim kembali berbakti kepada Kelantan pada 1998.

Nyata, bisa sentuhan Hashim tidak pudar pada usia mencecah 32 tahun, apabila membantu Kelantan yang turut dibarisi pemain seperti Zahasmi Ismail dan Wong Kah Loon menduduki tangga ketiga Liga Perdana 2, malah masih menjadi kegilaan peminat bolasepak Kelantan yang merindui kelibat lagenda mereka itu.

Gara-gara selisih faham dengan pengurusan yang ketika itu diterajui Datuk Wan Hashim Wan Daud, Hashim sekali lagi membawa diri, kali ini ke Johor, dan membantu pasukan itu muncul juara Liga Perdana 2, seterusnya dinaikkan ke Liga Perdana 1.

Rindu terhadap tanah kelahiran tidak pernah pudar dalam dirinya, dan pada 2000, Hashim memilih untuk menyarung jersi pasukan kelab, JKR Kelantan bersama Adnan Musa dan Rosli Rejab dan membantu pasukan itu menyerlah dalam Liga Perdana 2, sebelum dipancing pula TNB Kelantan pada tahun berikutnya.

Sebaik bersara, Hashim menyepi seketika sebelum kembali bersama skuad Kelantan berwajah baru di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa, kali ini di dalam barisan kejurulatihan. Nak tahu apa rahsia di sebalik karier gemilang 20 tahun Hashim, apa yang menjadikannya pemain idaman semua jurulatih, serta pendapatnya tentang pemain hari ini yang disifatkannya MALAS, tunggu part 3.

Hashim Mustapha Lagi...kali ini dipetik dari Laman Suara Sukan Anda!

Dipetik dari: Suara Sukan Anda

Hero Bolasepak Kelantan, Belum Ada Pengganti Setanding Hashim

Sejak zaman Hussein Ahmad, Nik Mahmud Nik Daud, Datuk Ahmad Rastom Ahmad Maher hinggalah ke era kepimpinan Tan Sri Annuar Musa pada hari ini, bolasepak Kelantan telah melalui pelbagai revolusi dan hari ini, tanpa ragu Kelantan boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pasukan yang layak dilabel kuasa bolasepak tanah air.

Wira silih berganti, mungkin ramai yang sudah lupa nama-nama seperti Dali Omar, Wan Zawawi Yusof, Mahadi Yusof, Wan Hassan Wan Ibrahim mahupun Nik Leh Nik Man, namun jutaan peminat bolasepak Kelantan, pastinya tidak lupa akan nama wira sepanjang zaman mereka, HASHIM MUSTAPHA.

foto kredit : kelate.net

Sebut sahaja nama lagenda bolasepak tanah air dan Kelantan ini, ia persis Diego Maradona di Argentina, Pele di Brazil, dan Roberto Baggio di Italy, begitulah popularnya pemain ini sepanjang lebih 20 tahun mencipta nama di persada bolasepak tanah air, dan antarabangsa hingga digelar antara pemain Melayu paling hebat pernah dilahirkan.

Siapa yang boleh lupa gol TANDUKAN TERBANGnya ketika membantu Malaysia menewaskan Thailand 2-0 di Sukan Sea Jakarta 1987, atau GOL TERPANTAS Liga Malaysia jaringannya selepas hanya 26 saat perlawanan bermula ketika seri 2-2 menentang Pahang pada 1988 (dilaporkan rekod itu diatasi selepas 21 tahun oleh Safee Sali pada 2009, 11 saat), atau DUA GOL SEPAKAN GUNTINGnya ketika Kelantan menewaskan Johor di suku akhir Piala FA 1993?

Itu baru mukadimah, dan berborak panjang dengan Hashim yang nyata cukup peramah, mudah mesra dan tidak cerewet apabila diajak berkongsi pengalamannya ketika bergelar pemain, makin banyak yang boleh dicerita tentang anak jati Kota Bharu ini.

foto kredit : kelate.net

Antara detik yang sukar dilupakannya, dilabel ‘JAGUH KAMPUNG’ oleh bekas jurulatih kebangsaan, Claude Le Roy, yang membimbing skuad Sukan Asia Hiroshima 1994, gara-gara tersingkir awal di peringkat kumpulan.

“oleh sebab saya penjaring terbanyak liga masa tu (30 gol), harapan terhadap saya memang tinggi, tapi saya pun dah cakap awal2 lagi, orang lain trening 2 tahun, saya trening sebulan, kena pula national team saya bukan 1st eleven, supersub, 94 tu saya dipanggil semula selepas 4 tahun tinggalkan skuad negara, memang sakit atilah..”.

Skuad negara ketika itu yang turut diperkuatkan antaranya Khairul Azman, Ong Kim Swee, K.Sanbagamaran, Azizol Abu Hanifah, Dollah Salleh, Azman Adnan dan Shahrin Majid, sekadar mencatat 1 kemenangan ke atas Hong Kong, seri menentang Thailand, dan tewas kepada Arab Saudi dan Uzbekistan, yang kemudiannya muncul juara di kejohanan itu.

foto : kelate.net

Mengimbau pembabitan Hashim selaku pemain bolasepak, anak keenam dari Sembilan beradik ini, mula aktif sejak zaman sekolah lagi, apabila mewakili Sekolah Rendah Ismail (2) dan Sekolah Menengah Sultan Ismail (SMSI) di pelbagai peringkat umur, sebelum ‘bergraduat’ ke Kolej Sultan Ismail (SIC, medan utama lahirnya bakat-bakat baru bolasepak Kelantan ketika itu).

Penampilan pertamanya selaku pemain Kelantan, adalah pada 1982 ketika mewakili skuad Piala Emas Raja-Raja menentang Melaka di suku akhir, dan sejak itu, Hashim mula mengorak langkah demi langkah dalam menempa nama dan mengukuhkan reputasinya selaku bintang bolasepak tanah air.

Meskipun memilih untuk memberi tumpuan terhadap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun berikutnya, Hashim kembali pada 1985 sebagai seorang pemain yang lebih matang, menjadi asset pasukan dan dipanggil menyertai skuad negara pada usia 20 tahun, ketika itu skuad negara di bawah bimbingan Datuk M.Chandran.

Lebih dikenali sebagai supersub, Hashim antara tonggak yang memainkan peranan penting dalam kejayaan skuad negara meraih pingat Perak Sukan Sea 1987, apabila menjaringkan gol di separuh akhir, bersama Dollah Salleh, sebelum tunduk kepada tuan rumah, Indonesia dalam aksi final.

Dua tahun berikutnya ketika Malaysia meraih emas di bumi sendiri, Hashim tiada dalam senarai pemain, apabila memilih untuk memberi keutamaan terhadap keluarga - melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang abang.

Memasuki era 90-an, nama Hashim semakin meletup di arena bolasepak tanah air, malah reputasi dan kehebatannya menenggelamkan barisan pemain import tersohor negara ketika itu antaranya Scott Olerenshaw, Abbas Saad dan Alistair Edward.

Ingin tahu lebih lanjut tentang pencapaian hebat pemain ini, dan mengapa Hashim bersara walhal dia pernah bercita-cita menjadi seperti Paolo Maldini dan Teddy Sheringham (beraksi hingga usia 40 tahun), teruskan bersama Suara Sukan, part 2 akan menyusul.


p/s : Minat betul kawe baca kisah Hashim Mustapha ni...

Monday, May 30, 2011

Mampukah Badri Radzi Mengekalkan Prestasi Terbaiknya? - Laman PFKE.com

Diambil dari Laman PFKE.com

Mampukah Badri Radzi Mengekalkan Prestasi Terbaiknya?

KELANTAN BERTUAH MEMILIKI PEMAIN TENGAH BERBAKAT.

Siapa tak kenal Badri Radzi atau lebih sinonim dengan nama 'Piya' dalam kalangan rakan sepasukan serta para penyokong setia The Red Warriors.
Peranan beliau dalam skuad Kelantan sememangnya sukar untuk dinafikan berdasarkan khidmatnya yang kini semakin ditagih pasukan menjelang pertemuan dengan musuh tradisi, Terengganu pada 6 Jun ini dalam saingan Liga Super dan pada 11 Jun untuk Final Piala FA yang turut menemukan dua pasukan gergasi pantai timur itu.

Gaya Badri Radzi semasa meraikan jaringannya dalam
pertemuan dengan Pahang yang menyaksikan Kelantan
menang 1-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV,Kota Bharu.
credit pic: http://www.facebook.com/userunphotography

Prestasi Piya dilihat agak cemerlang musim ini meskipun terdapat sedikit aksi kurang memberangsangkan pada pertengahan musim ini. Terbaru, Piya membantu Kelantan kembali ke persada Liga Super apabila kapten 'Wira Merah' itu menyumbat gol tunggal pada pertemuan dengan Pahang di Kota Bharu tempoh hari.
Ketiadaan Indra Putra musim ini ternyata tidak memberikan
masalah kepada Kelantan kerana Piya juga punya sikap kepimpinan yang tersendiri.

Setakat ini, Piya sudah beraksi sebanyak 20 kali daripada 23 perlawanan Liga Super setakat ini. Piya dianggap antara pemain tengah berbahaya Liga Super musim ini apabila pemain berumur 29 tahun itu kini meledak 10 gol sepanjang 20 perlawanan yang dilalui beliau. Jika dibandingkan dengan musim 2009 dan 2010, Piya hanya mampu meledak 6 gol untuk The Red Warriors. Mungkin ketiadaan Indra Putra musim ini telah memberikan beliau banyak pilihan untuk bermain di pelbagai sudut posisi yang sebelum ini didominasi oleh bekas kapten Kelantan, Indra Putra Mahyuddin.

Badri kini sudah layak diangkat sebagai lagenda The Red Warriors
dengan kejayaannya membawa Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih ke Kelantan.

Kejayaan membawa Piala Sumbangsih pada 29 januari lalu sememangnya sukar untuk dilupakan oleh ribuan penyokong setia The Red Warriors. Kelantan menang 2-0 hasil gol terakhir milik Piya yang pada waktu itu beliau bijak menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti yang terus menerjah jaring Selangor yang dikawal Iqbal Suhaimi. Beliau pastinya antara individu yang tidak akan melupakan kenangan manis tersebut.

Badri pencetus jaringan Kelantan di samping kelincahan matyo
pada pertemuan Piala FA di Shah Alam yang menyaksikan
Kelantan menang besar 5-1 keatas Selangor.
credit pic: http://www.facebook.com/userunphotography


Kehandalan Piya sebagai perancang The Red Warriors terus diuji semasa pertembungan Piala FA separuh akhir di Shah Alam tempoh hari. Pada mulanya, tidak ada seorang pun yang menyangka Kelantan bakal menewaskan Selangor di Shah Alam dengan jumlah jaringan yang besar. Namun begitu, komitmen yang ditunjukkan kapten Kelantan itu dalam mengatur serangan demi serangan ternyata memberi tuah buat The Red Warriors.

Kebijaksanaan Piya di bahagian tengah banyak memerangkap
pergerakan pihak lawan terutamanya melalui hantaran cantik beliau.
credit pic: http://www.facebook.com/userunphotography

Tugas terbaru Badri Radzi sekarang ialah memastikan Kelantan menjuarai Liga Super 2011 yang kini hanya berbaki tiga perlawanan selain beliau juga bakal memimpin Kelantan pada aksi Final Piala FA 2011 yang akan berlangsung 11 Jun ini. Walau bagaimanapun, misi Badri sekarang pastinya terarah pada perlawanan 6 Jun ini untuk menentukan halatuju Kelantan sama ada mereka mampu menjulang Piala Liga Super musim ini atau sebaliknya.

DOAKAN SEMOGA THE RED WARRIORS DI BAWAH PIMPINAN KAPTEN BADRI RADZI BERJAYA MEMBAWA KEJAYAAN UNTUK BOLASEPAK NEGERI KELANTAN!
WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!

Sunday, May 29, 2011

DesireX (Sejarah Penubuhan)

Logo kumpulan yang dicipta oleh kawe

DesireX
(April, 2011 - …..)




Anggota asal Desire - Sumpitan Senja '1988

DesireX adalah pecahan dari kumpulan Desire (asal – D’Zai) yang telah ditubuhkan 27 tahun yang lalu. Semenjak berpecah pada tahun 1992… Ahli2 Desire membawa haluan masing2… walaupun begitu… beberapa percubaan untuk menyatukan kembali kumpulan ini di dalam 1 reunion hanya mencapai jalan buntu…

Sehinggalah….Facebook tercipta…



Kenangan kawe bersama KPD
(Admin KPD bersama Desire)

Peminat2 terutama di kalangan rakan2 yang dikenali mahupun yang tidak pernah berjumpa telah menubuhkan Kelab Peminat Desire (KPD) di dalam Facebook (fb)… Bermula dari situ lah…apabila ada di antara ahli2 Desire yang aktif di dalam fb menemui Kelab tersebut… maka persahabatan terjalin, disambung kembali bagi yang telah terputus hubungan.



Kenangan kawe bersama KPD
(Keratan Akhbar Sinar Harian Kelantan)


Usaha mula dilakukan oleh pihak KPD & ahli Desire untuk menyatukan kembali Desire dalam 1 reunion… ada ahli Desire yang sanggup mengambil cuti untuk merealisasikan matlamat tersebut. Dan terhasillah Video Clip ‘Dinasti Air Mata – Reunion 2010’….

Setelah itu… Desire mula di kenali kembali di arena rock tempatan… peminat bertambah… KPD berpuas hati Konsert pertama pada 18hb.Dec mendapat sambutan menggalakkan.

Konsert ke 2…pada 2hb.April, 2011.. sayangnya di buat dalam keadaan terburu2. Ramai peminat yang kecewa terutama yang datang dari jauh seperti dari Sabah & Sarawak…. KPD cuba menegur & memberi nasihat yang membina. Dan di atas sebab2 tertentu… Joe (vokalis) dan Saiful (gitaris) menubuhkan kumpulan baru untuk meneruskan perjuangan & minat serta cita2.

Pada mulanya… nama Kulamaya d pilih (untuk kumpulan yang baru di tubuhkan ini) tetapi nama Kulamaya tidak dipersetujui oleh peminat… bahkan peminat tetap memilih nama Desire untuk kumpulan baru yang sedang ditubuhkan ini… & dengan itu… undian dilakukan, & hasilnya ‘DesireX’ mendapat peratusan undi yang tinggi. Line-up DesireX mula di pilih dari kalangan anak2 tempatan yang berkemahiran tinggi dalam bidang muzik & memainkan alat masing2.


Keratan Akhbar Sinar Harian Kelantan

Dan sekarang DesireX telah mempunyai peminat2nya yang tersendiri… samada yang keluar dari Desire untuk menyertai DesireX… .Bahkan dalam masa tidak sampai seminggu..DesireX telah mengumpul jumlah peminat yang hampir menyamai jumlah peminat Desire yang telah bertapak lebihkurang 6 bulan sebelumnya iaitu semenjak tertubuhnya 'reunion'.

DesireX di anggotai oleh Joe/vocal (Vocalist album ke2 desire, album yang paling laris jualannya)… Saiful/gitar (salah seorang pengasas Desire & pencorak rhythm lagu2 Desire, bersama Desire di dalam album pertama – Sumpitan Senja) … Juki/gitar (bekas gitaris Calavaar) … Iwan/Bass gitar (sering mengiringi artis2 tempatan) … Wan Soulmaster/drums (pemain drums underground yang tidak mementingkan populariti & publisiti serta tidak kurang hebatnya)…


Poster Show di One Cafe (1/7/2011)

Buat masa sekarang DesireX sedang bersiap sedia untuk show pertama di One Café, KL pada awal Julai, 2011…. Dan akan meneruskan perjuangan dengan agenda2 yang telah disusun rapi. Tunggu….


Di sediakan oleh:
Admin KPDx
>>--SS--->

sumber:
DesireX(KPDx)
DesireX(Official Site)

Saturday, May 28, 2011

Kedudukan Liga Super Berubah Lagi

Kelantan menang 1-0 di Kota Bharu dan Terengganu tewas 0-1 di Kuala Terengganu.Manakala Selangor menang di Shah Alam dengan jaringan 2-0.

Kini kedudukan Liga Super berubah sekali lagi..

Dibawah ini disertakan keputusan2 lain dan carta Liga Super(terkini)




KELANTAN LEGA TEWASKAN PAHANG

Skuad Kelantan menarik nafas lega apabila jaringan tunggal Badhri Radzi membolehkan Kelantan memenangi perlawanan dengan jaringan tipis 1 – 0 mengatasi Pahang.

Gol badhri radzi hadir pada minit ke 8″ hasil hantaran cantik Nurul Azwan Roya membolehkan kapten kelantan itu menambah koleksi jaringan liga super dengan 10 gol ( Pemain tengah terbanyak menjaringkan gol )

Terengganu pula di kejutkan Kedah di laman sendiri dengan kekalahan tipis 1 – 0 hasil jaringan cantik Baddrol Bakhtiar.Selangor pula menambah lagi 3 mata menjadikan 45 mata namun masih kekal di tangga ke tiga liga.

sumber : Kelantan FA

Misi Mesti Menang




Perlawanan Liga Super hanya tinggal 4 perlawanan sahaja lagi. Dengan kedudukan Kelantan di tangga kedua dibelakang pendahulu liga Terengganu, Kelantan tiada pilihan lain selain menang kesemua baki perlawanan yang tinggal.




Baki perlawanan Kelantan ialah pertemuan dengan Pahang malam ini di SSM4, bertemu Terengganu di KT,kembali ke SSM4 bertemu Perak dan perlawanan terakhir liga Kelantan akan bertemu Sabah.

Kelantan tidak perlu memikirkan tentang perlawanan2 Terengganu, kerana jika Kelantan menang ke atas Terengganu dan kesemua baki perlawanan...InsyaAllah Kelantan pasti juara Liga Super tahun ini.

Apa pun,kawe tetap sokong walau apa pun keputusan yang diperolehi Kelantan.

'Hidup matiku Kelantan'
'Gomo Kelate Gomo'

Thursday, May 26, 2011

Kelantan Kalah Kali Pertama di SSM4 dan Berita Palsu

Malam tadi Kelantan mengalami kekalahan kali pertama di SSM4. Pasukan Kelantan tewas ditangan T-Team dengan jaringan 1-2....

Pagi td, heboh dilaman FB mengatakan FAM akan memotong mata pasukan Terengganu dan Kelantan kerana isu pendaftaran pemain di sebuah laman FB. Tetapi ternyata kenyataan itu cuma palsu dan kemungkinan hanya untuk membangkitkan kemarahan penyokong kedua2 pasukan pantai timur tersebut....klik sini




Keterangan lanjut boleh baca sini

Apa2 pun...Kelantan masih boleh mengejar kejuaraan musim ini...'Gomo Kelate Gomo'...

Wednesday, May 25, 2011

Tuesday, May 24, 2011

Misi Membalas Dendam

Video kekalahan Kelantan dgn T-Team hari tu...

Male esok misi Kelantan untuk membalas dendam...

Gomo Kelate Gomo...



~Sokong bia bijok~

Sunday, May 22, 2011

Keliru...keliru...keliru....

Keputusan perlawanan malam ni memang mengelirukan....ada yang mengatakan Kelantan seri 2-2 dan ada juga yang mengatakan Kelantan menang 3-2...

Dan yang paling tak percaya,yang kata menang tu datang dari pihak astro arena...Kawe cuba bertanya kepada org kuat Kelate.net, dan dia mengesahkan keputusan Kelantan seri 2-2...

Apa2 pun...Kelantan masih meneraju Liga Super dan berkongsi mata dengan Terengganu...

Syabas buat pasukan Kelantan kerana berjuang hingga ke wisel penamat...

Di bawah ini carta liga terkini;-


di petik dari laman fb kelantanFA.com

Perebutan Kasut Emas

Perebutan Kasut Emas



Norshahrul Idlan Talaha


KOTA BHARU - Penggempur sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha berada pada landasan terbaik untuk dinobat Penjaring Terbanyak saingan Liga Super 2011 apabila mendahului dengan carta senarai penjaring dengan 13 gol setakat ini.

Jaringan terbaru Norshahrul dijelmakan ketika dia membantu The Red Warriors menang mena...ng 3-1 ke atas Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur kelmarin.

Gol jaringannya menerusi sepakan penalti pada minit ke-89 perlawanan, sekali gus menamatkan kemarau jaringan selama 360 minit dalam saingan Liga Supe,r selepas kali terakhir melakukannya ketika menumbangkan juara bertahan Liga Super, Selangor pada 26 April lalu.

Jaringan tersebut menyaksikan penyerang kebangsaan itu mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super dengan 13 gol mengatasi pencabar terdekat, penggempur Terengganu, Abdul Hadi Yahya dengan kelebihan tiga jaringan dan rakan sepasukan yang juga ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Razhi.

Norshahrul menganggap gol ke-13 di Cheras kelmarin sebagai pembakar semangat untuk menghasilkan lebih banyak jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak liga musim ini.

"Gol tersebut cukup bermakna buat saya selepas gagal menghasilkan jaringan dalam perlawanan sebelum ini.

"Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak jaringan selepas ini dan memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki.

"Baki perlawanan selepas ini saya akan gunakan sebaik mungkin untuk meneruskan cita-cita muncul selaku penjaring terbanyak liga musim ini," katanya.

Mengulas saingan memburu penjaring terbanyak musim ini antara beliau dengan Abdul Hadi, Norshahrul memberitahu peluang masih lagi terbuka.

"Walaupun saya berkelebihan tiga jaringan, ia tidak mustahil untuk dikejar. Apa yang penting saya perlu fokus dan cuba menjaringkan gol.

"Selain itu, saya juga akan berusaha membantu pasukan mendapatkan tiga mata penting dalam setiap perlawanan dan memastikan Kelantan berjaya muncul juara Liga Super buat kali pertama," katanya.

Post ini diambil dari Facebook Kelantan Fan Club

Saturday, May 21, 2011

Aksi Akhir Piala FA di Bukit Jalil


Stadium Bukit Jalil sekali lagi menjadi medan pertempuran


PERLAWANAN akhir Piala FA antara Kelantan dengan Terengganu pada 11 Jun depan akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu diputuskan hasil permohonon Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan itu diadakan di venue berkenaan.

“Oleh kerana ia diadakan pada bulan Jun dan dimasukkan dalam pakej permohonan FAM untuk menganjurkan pelbagai perlawanan persahabatan, termasuk perlawanan kelayakan Sukan Olimpik, kelayakan Piala Dunia pada bulan Jun dan Julai ini, maka saya meminta pihak stadium agar stadium itu dapat digunakan untuk perlawanan Piala FA,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Chukai di Kemaman semalam.

Mengulas mengenai aspek keselamatan semasa perlawanan akhir itu nanti, Ahmad Shabery melahirkan keyakinan terhadap penonton kedua-dua pasukan yang mampu menunjukkan sikap terbaik.

“Insya-Allah Kelantan dan Terengganu adalah dua negeri yang paling akrab, boleh berkongsi budu, keropok lekor dan masing-masing makan nasi dagang, saya rasa masing-masing akan menjaga kesopanan dan ketertiban.

“Kita dua negeri yang sepatutnya tidak berbalah, kalau logiknya kita jangka bukan bermain di Bukit Jalil tetapi bermain di Besut tetapi malangnya di Besut tidak ada stadium,” katanya.

Kelantan layak ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Selangor dengan agregat 6-2, manakala Terengganu mara dengan agregat 5-2 ke atas Pahang.

Friday, May 20, 2011

Lagenda KELANTAN ~ Hashim Mustapha~

Post ini diambil dari laman blog ~shamil10~


The Golden Boy - HM10


Nama Hashim Mustapha pernah menggegarkan arena bola sepak negara suatu ketika dahulu. Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya – pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia.Paling ketara Sukan Sea 1987 di Jakarta yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.

Beliau yang mula berjinak dengan bola sepak seawal berumur 13 tahun bermain untuk liga daerah Kota Bharu dan membuat '1st debut' bersama skuad Kelantan pada usia 17 tahun pada tahun 1983.Sejak dari itu, kehadirannya dalam kesebelasan utama Kelantan merupakan berita buruk buat pasukan lawan.

Kelebihan dimiliki Hashim banyak dengan sepakan deras bak peluru,bila tiba 'deadball situations' (klik sini) dia lah yang paling digeruni,Sepakan-sepakan 'swinger' dan kebolehan untuk membuat jaringan dari sudut-sudut yang sukar juga merupakan salah satu sebab beliau digeruni.Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Walaupun aksi pemain istimewa seperti Hashim yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Kelantan itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Hashim sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan padang latihan,di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.

Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.Hashim merupakan seorang pemain yang selalu merendah diri.

Apapun bersaranya permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya di sia-siakan begitu saja,generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.

Berikut diperturunkan sedikit maklumat yang dapat dicari oleh penulis

NAMA : Hashim Mustapha
TARIKH LAHIR : 31hb. Januari 1966
TINGGI : 5' 6"BERAT : 65 kg
ADIK-BERADIK : Sembilan (keenam)
POSISI : Penyerang
STATUS : Kahwin
PENDIDIKAN : Kolej Sultan Ismail (SIC)
FIZIKAL : Sederhana tinggi
PENGALAMAN* 1982 - Mula bermain dalam pasukan Kelantan untuk Piala Emas Raja-raja ketika tingkatan empat.
* 1983 - Berehat setahun untuk menghadapi SPM
* 1984 ~ 1996 - Menjadi pemain utama Kelantan
* 1993/94 - Pemenang Kasut Emas
* 1996 ~ 1997 - Berhijrah ke negeri Kedah
* 1998 - Kembali ke Kelantan
* 1999 - Bersama pasukan Johor setelah berselisih dengan pengurusan Kelantan FA
* 2000 - Bersama JKR Kelantan
* Menyertai TNB Kelantan di pusingan kedua Premier II 2001
* 2008 - Jurulatih Skuad Presiden Kelantan
* 2010 - Pembantu Jurulatih Skuad Kelantan
Pencapaian : Pemenang kasut emas 1993-1994

Kelantan Kembali di Persada Liga Super




KL FELDA UNITED FC - 1
Mohd Hasmarul Fadzir Hassan (m-85)

KELANTAN - 3
Muhd Badhri (m-30)
Rashid Mahmud (gol sendiri m-46)
Norshahrul Idlan Talaha (pen m-88)

KUALA LUMPUR
– Kelantan kembali merampas kedudukan selaku pendahulu liga setelah mengalahkan KL Felda United FC 3-1 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Malah, kejayaan T-Team mengalahkan Selangor 2-1 pada aksi perlawanan yang berlangsung sebelah petang di Kuala Terengganu sebelum itu memberi perkhabaran gembira kepada anak buah Datuk M Karathu untuk kembali bermotivasi tinggi merampas gelaran selaku pendahulu liga malam tadi.

Seawal minit kelima, Felda United FC diberikan ‘sepakan penalti kontroversi’ setelah penjaga garisan mengesan bola terkena tangan Mohd Farisham Ismail didalam kotak penalti. Namun penyerangnya, Azrul Ahmad mensia-siakan peluang terbaiknya apabila sepakan keduanya diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat setelah sepakan pertamanya dibatalkan sebelum itu.

Pada m-25, Felda United kembali mencemaskan pintu gol Kelantan apabila sepakan percuma oleh Mohd Lot Abu Hassan ditanduk kemas Mohd Nizaruddin Yusoff namun Khairul Fahmi pantas menyelamatkan keadaan.

Selang dua minit kemudian, berpunca serangan balas, Chow Chee Weng pantas menyilang bola ke dalam kotak penalti namun tampanan kurang kemas Mohd Nizaruddin menyaksikan bola tersasar disebelah kanan biarpun Khairul Fahmi sudah pun tertewas dipintu gol Kelantan.

Disebalik asakan bertali arus pemain tuan rumah, Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri menceriakan penyokong setia The Red Warriors apabila menjaringkan gol pertama pada m-30. Berpunca hantaran lintang Mohd Daudsu Jamaluddin ke dalam kotak penalti, Muhd Badhri pantas menanduk tepat menewaskan Mohd Hamsani Ahmad untuk menghasilkan gol pertama Kelantan.

Empat minit berselang, penyerang terbilang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha mensia-siakan peluang terbaiknya untuk menjarakkan kedudukan Kelantan setelah menyepak liar ke sebelah kiri pintu gol biarpun hanya berhadapan Mohd Hamsani didalam kotak penalti pasukan tuan rumah.

Minit-minit akhir babak pertama, Felda United FC gagal menyamakan kedudukan apabila rembatan Mohd Lot hanya sedikit tersasar disebelah kanan pintu gol Kelantan.

Seminit babak kedua bersambung, Kelantan berjaya menjadikan kedudukan selesa setelah mendahului 2-0. Pemain pertahanan tuan rumah, Rashid Mahmud tertolak bola ke gawang sendiri setelah gagal membaca tepat hantaran mengelirukan Mohd Nurul Azwan Roya ke dalam kotak penalti pasukannya.



Biarpun ketinggalan dua gol, anak buah E Elavarasan jelas tidak mudah patah semangat malah lebih bersemangat untuk merapatkan jurang namun tandukan terbang bekas penyerang kebangsaan, Mohd Nizaruddin pada m-56 berpunca hantaran lintang Mohd Lot dibatalkan oleh pengadil setelah dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Tiga minit kemudian, pemain tengahnya, Chow Chee Weng sempat memperdayakan Mohd Daudsu didalam kotak penalti Kelantan namun rembatan kencangnya pula dinafikan oleh Khairul Fahmi.

Felda United FC turut mempunyai dua terbaik untuk merapatkan jurang selepas itu apabila rembatan kencang K Rajan pada m-75 terus ke dakapan Khairul Fahmi sementara tandukan cantik pemain gantian, Amir Shahreen Abd Mubin tiga minit kemudian sedikit tersasar daripada pintu gol Kelantan.

Pada m-85, Felda United FC memperolehi gol saguhati mereka menerusi tandukan cantik Mohd Hasmarul Fadzir yang menyambut baik sepakan percuma pemain gantian, Mohd Syazwan Zainon.

Namun kegembiraan pemain tuan rumah meraikan jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila Kelantan kembali menjadikan kedudukan 3-1 tiga minit selepas itu. Tindakan Abdul Ghani Abdul Rahman mengasari Mohd Nurul Azwan didalam kotak penalti akhirnya mengundang padah apabila pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti untuk Kelantan.

Norshahrul Idlan mudah menyempurnakan sepakan itu untuk menghasilkan gol ketiga Kelantan seterusnya membunuh semangat juang pemain Felda United FC untuk mencipta kejutan dalam perlawanan malam tadi.

Kesebelasan utama pemain :

KL FELDA UNITED FC : Mohd Hamsani Ahmad (KP) (Mohd Faizal Abd Rashid), Abdul Ghani Abd Rahman, Rashid Mahmud, Mohd Hasmarul Fadzir Hassan, Ramesh Lai Ban Huat, K Rajan, Mohd Lot Abu Hasan (Amir Shahreen Abd Mubin), Azi Shahril Azmi, Chow Chee Weng (Mohd Syazwan Zainon), Mohd Nizaruddin Yusoff dan Mohd Azrul Ahmad.

FORMASI : 4-4-2

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP) (Danial Fadzly Abdullah), Mohd Shakir Shaari (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid), S Chanturu, Muhammad Khalid Jamlus (Muhammad Ramzul Zahini Adenan) dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : KL Felda United FC (6) Kelantan (2)
Percubaan tersasar : KL Felda United FC (9) Kelantan (2)
Sepakan penjuru : KL Felda United FC (3) Kelantan (8)
Sepakan percuma : KL Felda United FC (11) Kelantan (15)
Ofsaid : KL Felda United FC (5) Kelantan (4)
Kekasaran : KL Felda United FC (10) Kelantan (7)
Kad kuning : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Lima minit
Penguasaan bola : KL Felda United FC (52%) Kelantan (48%)

Thursday, May 19, 2011

Carta Liga Super 19.5.2011




Kelantan kembali sebagai pendahulu Liga Super setelah berjaya memenangi perlawanan malam ini.

Keputusan diantara T-Team dan Selangor juga membantu Kelantan kembali sebagai peneraju liga setelah Selangor tewas 1-2.

Keputusan malam ini Felda United 1-3 Kelantan.

Gomo Kelate Gomo!

Wednesday, May 18, 2011

Motivasi Kelantan tinggi benam Felda - Arena

Motivasi K’tan tinggi benam Felda


Rabu, 18 Mei 2011
Source: D5 Sports

Penyerang Kelantan, Norsharul Idlan Talaha (tengah) diasak oleh dua pertahanan Negeri Sembilan dalam salah satu aksi Liga Super. Norshahrul menjaringkan gol kemenangan Kelantan ketika menang ke atas Selangor 1-0 dalam aksi Liga Super pada 26 April 2011.

KUALA LUMPUR, (D5) - Kejayaan mara ke final Piala FA dilihat menjadi bekalan motivasi penting buat skuad Kelantan menjelang pertemuan Liga Super menentang Felda United pada esok malam di Stadium KLFA, Cheras.

Meskipun faktor kecergasan pemain lebih memihak kepada Felda yang berehat panjang selama sembilan hari, skuad The Red Warriors bukan lawan yang mudah untuk dijinakkan.

Felda yang berehat panjang memulakan saingan liga dengan aksi positif namun ia tidak kekal lama apabila prestasi mereka semakin merosot dengan dengan kemenangan terakhir mereka adalah ke atas Harimau Muda A pada 6 Mei lalu.

Dengan kekuatan penuh, skuad E.Elavrasan berpeluang untuk mendapat keputusan diidamkan lebih-lebih lagi dengan kelebihan beraksi di laman sendiri sekaligus kembali menyuntik semangat pemain.

Felda juga pastinya mengharapkan penjaring terbanyak Mohd Farderin Kadir kembali menemui sentuhan berbisa di depan gawang begitu juga dengan tonggak tengah mereka Liew Kit Kong dalam misi memburu jaringan awal.

Berbeza pula buat Kelantan, mereka perlu meraih kemenangan untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga ketika ini Selangor.

Meskipun kesebelasan utama kelantan tidak memiliki kecergasan penuh, mereka memiliki kelebihan psikologi selepas merekodkan kemenangan menakjubkan ke atas Selangor untuk mara ke final Piala FA.

Tindakan pengendali mereka Datuk M.Karathu merehatkan dua penggempur utama pada perlawanan kedua separuh akhir Piala FA kelmarin, Norsahahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya mungkin menjadi kunci buat mereka meraih kemenangan ke atas Felda United.

Dalam perlawanan sebelum ini Kelantan meratah Felda 6-0 sewaktu melayan kunjungan mereka di Stadium Sultan Muhammad Ke-4 pada 9 April lalu.

Kelantan lebih unggul berbanding Felda United, daripada 5 perlawanan, juara Piala Malaysia 2010 itu mencatat 3 kemenangan dan seri 2 kali.

Saksikan pertemuan kedua-dua pasukan pada Khamis di Stadium Kuala Lumpur, Cheras.


Untuk berita sukan lain boleh ke http://www.arena.my


Kelantan akan bina stadium muat 40,000 - Menteri Besar Kelantan.


Gambar hanya ilustrasi sahaja



by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Wednesday, 18 May 2011 at 13:04

Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.

Sekian.

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M

*kenyataan ini dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011

Tuesday, May 17, 2011

Kenangan Piala FA (Akhir) 2009

Gambar2 Kenangan sewaktu Final FA Cup 2009
Kelantan vs Selangor - 25.4.2009


Tiket Perlawanan Akhir Piala FA 2009 hanya berharga RM15.00




Bersama adik-beradik sebelum bertolak ke stadium...




Bersama adik sebelum bertolak ke stadium...





Bersama adik-beradik sebelum masuk ke stadium...




Bersama bendera negeri kesayangan...




Bersama bendera negeri kesayangan...






Penyokong memenuhi segenap ruang kosong...





Bersama adik-beradik di tempat duduk...


InsyaAllah tahun ni Kelantan boleh memenangi kejuaraan Piala FA...

11 Jun 2011
Kelantan vs Terengganu

Pakat gi ramai-ramai...
''Gomo kelate Gomo''

Monday, May 16, 2011

Kelantan 1-1 Selangor | PIALA FA 2011 [Gol Shakir Shaari]



Gol terbaik malam ni...dari Shakir Shaari...(credit untuk sokernet.com)

Kelantan menang dengan agregat 6-2...

Untuk lihat video2 lain sila klik sini

Final FA nanti Kelantan akan bertemu Terengganu di Stadium Shah Alam pada 11 Jun 2011...

Gomo Kelate Gomo!!!

Sunday, May 15, 2011

Terima kasih cikgu.




Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia...

Terutamanya guru2 yang telah mendidik dan mengajar saya sejak dari Tadika hingga Ke Maktab...

TERIMA KASIH CIKGU!!!!!

Petikan Berita Sukan KOSMO - Satu Malapetaka - Devan

Satu malapetaka - Devan


PEMAIN Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) diraikan rakan sepasukan, Mohd. Badri Mohd. Radzi (dua dari kiri) dan Khalid Jamlus selepas menjaringkan gol kelima di Stadium Shah Alam kelmarin.


"KEKALAHAN teruk ini boleh dianggap satu malapetaka buat Selangor. Inilah kekalahan terbesar yang pernah kami alami. Saya memang tak sangka."

Demikian jelas jurulatih Selangor, K. Devan ketika ditemui selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam malam kelmarin yang menyaksikan Selangor dibelasah 1-5 oleh Kelantan.

Tanpa mahu mengaitkan ia dipengaruhi unsur rasuah atau jual perlawanan, Devan berkata, punca sebenar adalah kesilapan mudah yang dilakukan penjaga gol, Saiful Amar Sudar serta barisan pertahanan diketuai Yosri Derma Raju dan Bunyamin Umar.

"Apabila sudah ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama, susah untuk kami bangkit pada babak kedua. Semua pemain sudah tidak termotivasi lagi. Malah ada yang minta ditukarkan ketika di bilik persalinan.

"Dalam peringkat separuh akhir, pemain tak sepatutnya melakukan kesilapan. Lihat Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol Kelantan) bola keluar pun dia selamatkan. Saiful Amar pula jelas gugup," ujar Devan.

Lantas Iqbal Suhaimi yang dimasukkan pada minit ke-74 selepas gawang Selangor bolos sebanyak lima kali dijangka akan kembali merampas posisi penjaga gol utama pada aksi separuh akhir kedua di Kota Bharu malam esok.

Ditanya adakah mental para pemain Selangor begitu lemah sehingga mudah dipermainkan pemain-pemain Kelantan, Devan hanya berkata: "Apabila sudah dibolosi banyak gol, pemain jadi putus asa."

Devan bagaimanapun tetap mahu anak-anak buahnya memberikan yang terbaik malam esok biarpun sedar hanya kemenangan sekurang-kurangnya 5-0 mampu membawa Selangor layak ke final Piala FA pada 11 Jun depan.

"Memang satu tugas sukar. Tapi kami tetap perlu hadapi perlawanan kedua ini biarpun terus akan turun tanpa Khairul Anuar Baharum dan Razman Roslan yang cedera panjang.

"Kalau boleh, saya cuba untuk rehatkan beberapa pemain kerana kita kini perlu beri fokus untuk baki saingan Liga Super pula," tambah Devan.

Saturday, May 14, 2011

Selangor 1-5 Kelantan | Separuh Akhir 1 PIALA FA 2011 [TV1]



Gol-gol jaringan Kelantan dan Selangor semalam...Kelantan menang 5-1...

KELANTAN boleh dikatakan sudah hampir pasti layak ke final Piala FA setelah membelasah teruk Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dua jaringan Ramzul Zahini Adenan serta satu gol menerusi kapten, Badhri Radzi, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha memastikan bekalan selesa Kelantan untuk separuh akhir kedua di Kota Bharu, Isnin ini.

Di hadapan 10,000 penyokong Selangor dan 20,000 penyokong Kelantan, pasukan pelawat tidak perlu menunggu lama untuk gol pertama pada minit ke-10 apabila Ramzul menolak masuk bola muntah selepas dua percubaan awal Nurul Azwan dan Norshahrul gagal ditangkap kemas penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar.

Kelantan terus garang apabila berjaya menambah gol kedua juga menerusi Ramzul yang pantas menyambut hantaran Norshahrul hasil sepakan percuma Badhri pada minit ke-40.

Tiga minit kemudian, Kelantan mendapat gol ketiga menerusi Ba- dhri yang mudah menolak masuk bola hantaran Nurul Azwan dari sebelah kiri.

Pada babak kedua, Kelantan memasukkan Khalid Jamlus bagi menggantikan Ramzul yang cedera pada minit ke-54 dan seminit kemudian, Selangor melakukan dua pertukaran serentak memasukkan Rudie Ramli dan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Fadzli Saari dan Hardi Jaafar.

Namun kegarangan Kelantan sukar dibendung apabila mereka berjaya menambah gol keempat menerusi penyudah Nurul Azwan hasil serangan balas pada minit ke-67.

Gol kelima pula menyusul pada minit ke-71 selepas Norshahrul tenang menyudahkan lorongan Khalid.

Jurulatih Selangor, K. Devan akhirnya mengeluarkan Saiful Amar dan memasukkan penjaga gol simpanan, Iqbal Suhaimi pada minit ke-74 bagi mengelakkan gawang mereka terus dibolosi.

Rekod cemerlang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang gawangnya tidak dibolosi sepanjang lima perlawanan berturut-turut musnah apabila Amri Yahyah meledak gol tunggal Sela- ngor pada minit ke-90.

Kelantan menang besar di Shah Alam


Bersama-sama rakan sekolah menengah dahulu...


Malam td kawe sempat bersama-sama penyokong Kelate merasa kemenangan besar TRW di Shah Alam...

Kelantan menang dengan keputusan jaringan yang besar iaitu sebanyak 5 gol...

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Ramzul(2),Badhri(1),Nurul(1) dan Shahrul(1)...manakala gol Selangor dijaringkan oleh Amri pada minit2 akhir perlawanan...

Keputusan perlawanan semalam memang kawe anggap berbaloi-baloi dengan harga tiket sebanyak RM15...

Untuk berita tentang perlawanan semalam boleh klik sini

Saturday, May 7, 2011

Kelantan Kekal Teraju Liga




KOTA BHARU – Kelantan terus unggul mengekalkan kedudukan selaku peneraju tahkta liga setelah mengalahkan Kedah 2-0 dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Biarpun diberi tekanan hebat oleh dua pencabar terdekat, Selangor dan Terengganu yang turut mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing, namun tampuk penguasaan liga masih lagi kekal milik The Red Warriors yang mengatasi Selangor menerusi perbezaan jaringan gol dan berkelebihan satu mata ke atas Terengganu.

Terima kasih kepada Muhammad Khalid Jamlus dan S Chanturu yang menjaringkan gol terpenting untuk Kelantan pada babak kedua dalam perlawanan malam tadi.

Seawal minit kelima, Kelantan terlebih dahulu berada didepan menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha namun pengadil perlawanan membatalkan jaringan tersebut setelah dia dikesan berada didalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan.


Kapten pasukan Kelantan Muhd Badhri Radzi
yang di kawal ketat oleh 4 pemain Kedah

Empat minit kemudian, giliran pasukan Kedah mencemaskan pintu gol Kelantan apabila hantaran lintang Mohamad Azmi Muslim hampir memerangkap Khairul Fahmi yang gagal menangkap kemas hantaran tersebut namun Zairul Fitree Ishak bijak mengeluarkan bola daripada situasi merbahaya didepan pintu gol Kelantan.

Pada m-14, sepakan penjuru ‘inswinger’ Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi hampir menghasilkan gol pertama Kelantan namun Amar Rohidan pantas menanduk keluar sementara percubaan susulan Mohd Shakir Shaari selepas itu mudah dikeluarkan Mohamad Azmi.

Biarpun baru seminit dimasukkan, sentuhan pertama Muhammad Khalid Jamlus pada m-27, cukup mempersonakan apabila bola lorongannya kepada S Chanturu nyaris menghasilkan gol pertama Kelantan namun tampanan kurang kemas Norshahrul Idlan menyaksikan bola tinggi melewati pintu gol pasukan pelawat.

Selang seminit kemudian, Muhammad Khalid sendiri mensia-siakan peluang terbaiknya apabila rembatan kencangnya didalam kotak penalti diselamatkan penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza Elias.

Dua minit kemudian, Muhammad Khalid sekali lagi mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan Kelantan didepan namun rembatannya cukup lemah menyaksikan bola terus ke dakapan Mohd Helmi Eliza.

Pada m-31, pintu gol Kelantan sekali lagi diuji kali ini menerusi tandukan cantik penyerang mudanya, Mohamad Faizal Abu Bakar yang menerima hantaran lintang Mohamad Azmi namun Khairul Fahmi pantas melayangkan badan menepis keluar tandukan tersebut.

Lima minit sebelum babak pertama beraksi, Mohd Helmi Eliza sekali lagi dipaksa bekerja keras digawang golnya apabila terpaksa menepis keluar rembatan kencang Mohd Shakir Shaari hasil sepakan penjuru Mohd Nurul Azwan sebelum itu.

Bersambung babak kedua, Kelantan tidak perlu menunggu lama untuk memperolehi gol pertama perlawanan apabila Muhammad Khalid berjaya menjaringkan gol pada m-54. Hantaran lintang Mohd Nurul Azwan didalam kotak penalti yang memperdayakan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza, mudah ditampan kemas Muhammad Khalid untuk menghasilkan gol pertama Kelantan.


Gol pertama jaringan penyerangan kelantan Mohd Khalid Jamlus
gagal dihalang oleh pertahanan Kedah


Pada m-66, Muhammad Khalid sekali lagi mencetuskan ‘aura’nya tersendiri apabila hantaran silangnya mudah disempurnakan S Chanturu menerusi rembatan kencang untuk menewaskan Mohd Helmi Eliza digawang gol Kedah bagi menghasilkan gol kedua Kelantan.

The Red Warriors mempunyai dua peluang terbaik untuk menjarakkan kedudukan namun sepakan lambung Norshahrul Idlan pada m-73 hanya sedikit melewati pintu gol sementara rembatan kencang Mohd Nurul Azwan tiga minit kemudian tersasar disebelah kiri pintu gol Kedah.

Sekalipun ketinggalan dua gol, semangat juang anak buah Wan Jamak Wan Hassan itu tidak pernah pudar untuk merapatkan jurang apabila turut mempunyai dua peluang terbaik menerusi rembatan kencang Baddrol Bakhtiar pada m-82 yang sedikit tersasar disebelah kiri pintu gol Kelantan.


Gol kedua jaringan penyerang kelantan S.Chanturu
gagal
ditepis oleh penjaga gol Kedah Mohd Helmi Eliza

Sementara gerakan menarik pemain gantian, Mohamad Fiqry Md Isa yang memperdayakan dua pemain pertahanan Kelantan seminit selepas itu menyaksikan bola rembatannya tersasar di sebelah kanan pintu gol Kelantan.

Rembatan kencang Muhd Badhri yang singgah dipalang gol Kedah pada minit-minit akhir perlawanan menutup tirai penguasaan mutlak Kelantan untuk terus memimpin carta liga menerusi kemenangan 2-0 ke atas Sang Kenari malam tadi.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid), Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, Solehin Kanasian Abdullah (Muhammad Khalid Jamlus) S Chanturu (Mohd Izuan Salahuddin) dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

KEDAH : Mohd Helmi Eliza Elias, Khairul Helmi Johari, Mohd Fauzie Nan (KP), Shafizan Hashim, Mohd Azmi Muslim (Mohd Fazliata Taib), V Thirumurugan, Amar Rohidan, Wan Mohd Asraf Wan Ali (Mohamad Fiqry Md Isa), Baddrol Bakhtiar, Mohamad Faizal Abu Bakar, dan Mohd Firdaus Mohd Faudzi (Hattaphon Bun An).

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (6) Kedah (3)
Percubaan tersasar : Kelantan (7) Kedah (5)
Sepakan penjuru : Kelantan (6) Kedah (3)
Sepakan percuma : Kelantan (17) Kedah (18)
Offsaid : Kelantan (5) Kedah (3)
Kekasaran : Kelantan (12) Kedah (14)
Kad kuning : Kelantan (Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Daudsu Jamaluddin) Kedah (V Thirumurugan)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Empat minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Kedah (45%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Samsuddin Ibrahim
Penolong Pengadil 1: Mohd Zulkifli Jusoh
Penolong Pengadil 2: Mohd Faiz Che Mud
Pegawai Keempat : Mohd Ezani Said
Kommisioner Perlawanan : Noor Anuar Abdullah Sani
General Kordinator : Arif Hassan

credit to Mr.Mazram

Siaran Langsung Kelantan vs Kedah & Keputusan Liga Super 6 Mei 2011