Tahun ini semangatnya lain sedikit kerana pertemuan menentang Darul Takzim FC ini ibarat menentang pasukan negeri walaupun pasukan ini pasukan kelab. Ini kerana orang Johor sekarang menyokong penuh pasukan DTFC ini kerana pasukan ini telah ditransformasi oleh TMJ dari sebuah kelab biasa (kelab asal namanya JOHOR FC) kepada sebuah kelab yang penuh dengan pemain2 star negara.
Kelantan pernah ditewaskan 0-2 di stadium mereka dan seri 1-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-4 awal tahun ini. Tetapi bagi perlawanan ini, lain sedikit kerana ianya berformat kalah mati.
![]() |
| 5 tahun berturut-turut ke Final |
Untuk pasukan DTFC pula, walaupun pasukannya baru, tetapi kebanyakkan pemain mereka pernah merasa aksi final seperti Matyo, Awe Roya, Aidil, Safee Sali, Safiq Rahim dan lain2 lagi.
Apa2 pun, tahniah kepada kedua2 pasukan yang layak ke perlawanan akhir tahun ini. Siapa yang kurang lakukan kesilapan, pasti akan menjadi juara. Adakah Kelantan akan kekalkan gelaran Juara atau kita akan tengok pasukan baru yang bergelar juara. Sama2 kita tunggu 29 Jun nanti.
~ gomo Kelate gomo ~

No comments:
Post a Comment